Isnin, 4 April 2011

kadang-kadang kita tidak sedar



ini hanyalah tulisan secara umum. tiada kena mengena dengan sesiapa... sekadar untuk renungan kita bersama.
manusia. nama pon manusia. bukannya kambing mahupon bunga tahi ayam.

 manusia kadang kadang becerita atau bercakap tanpa mengambil kira sensitiviti orang lain. bercerita untuk kepuasan diri tanpa mengetahui apa yang mereka perkatakan telah menyakiti hati orang lain. kalau tidak secara langsung pon pasti dengan cara secara tidak langsung. natijahnya, pasti orang yang terasa itu merasa jauh hati, sedih, terluka dan beremosi padahal si pencerita tidak ada niat mahu mengguris hati orang lain. dia hanyalah bercerita untuk berkongsi apa yang dia rasa. namun, hati orang kita tidak tahu. di luar kita lihat dia tersenyum mendengar cerita kita. namun di dalam hati, dia menanges.

jadi, berhati hati lah dengan butir butir yang keluar dari mulut kamo0. fikirkan dulu apa yang ingin kamu perkatakan kepada orang lain kerana mungkin bait bait ayat yang keluar dari mulot kamu akan merubah emosi seseorang.

jadi, renung renungkan dan selamat beramal !

p/s: apahal tetibe aku cam sentap jer nih? adakah aku orang yang terasa ituw??  mungkin.






satu lagi contengan jiwa oleh: