Khamis, 4 September 2014

sesungguhnya rezeki itu dari allah.. alhamdulillahhh

alkisahnya bulan Julai lepas telah terlewat 2 hari dari tarikh period... humak aih.. memang takut bebenaw aku masa tu. sampai setiap kali solat doa kat Tuhan biarlah aku period.. boleh ke doa gitu? hahahaaha...disebabkan takut terjadi lagik kes kes terlewat period ni maka aku dengan malu malu kucing pon pergi ke farmasi.. niat hati nak beli pil perancang. lama jugak aku google yang mana lebih bagus. dulu mula mula ingat nak amik implan tapi ntah macam mana sampai la ni tak buat-buat sebab nak jimat duit pergi haji. so, riki punya riki ramai yang kata pil YASMIN the best but quite expensive. range harga lebih kurang RM40-RM55. takpela kan. redah ajo...

so on the way nak balik dari opis, aku singgah ke satu farmasi ni. D'Apotic Pharmacy. first time masuk gile kelas tempat dia... dengan pharmacist berkot putih sambil tersenyum tunggu kita masuk. siap ade pak guard bukak pintu lagi... kelas macam masuk hotel. muahahahaa. 

so, pharmacist yang layan aku ni lelaki. segan la jugak.. yelah.. nak beli pil perancang kate. memula dia suggest better mintak pendapat doktor sebelum consume dengan pil perancang ni. tapi aku cakap malas la sebab aku pecayakan pakcik google. gelak besar pharmacist tu.. rase nak tumbuk je muka dia.. nasib handsome. eh..

so dia bagi tau harga pil yasmin tu RM 45.50 tapi kalau aku jadi ahli ada la diskaun. baik jadi ahli. free pulak tu. so lepas jadi ahli dapat diskaun 10% so harga pil tu jadi RM40.95. murah bukan? murah keeee?? T___T

tapi pil yasmin ni nak makan kau kena tunggu period dulu. maknanya hari pertama period baru kau boleh makan. so, period aku bulan Julai tu adalah 24hb. aku beli pil ni masa 5hb Ogos so kena la tunggu sampai 24hb nanti...

nak dijadikan cerita bila dah sampai 24hb Ogos tu aku masih tak period.. tanda tanda nak pms tu macam ada.. sakit perut tu ada la.. tapi rileks... bulan lepas pon lewat 2 hari ape. rileks ayu rileks.. kata aku dalam hati untuk sedapkan hati sendiri.. sambil sambil tuh dah mula google pil yang boleh turunkan darah period.. memang ada. masalahnya kalau dah kawen kene check UPT dulu takut takut termengandung. sebab kalau makan tapi mengandung nanti ada side effect lain pulak.. aduhh... tak pa tak pa.. kita doa esok kita period..

4 hari dah berlalu. mak aih.. tak period lagik weh.. tak kan tersumbat kot? masa ni aku dah cuak dah. tengah hari tu aku pergi guardian beli pregnancy test. tak sempat nak makan yer. sampai sampai opis masuk toilet terus wat upt. aku takut sebenarnya.. pejam mata ok. mana tau laju jer keluar 2 line. terus aku macam Allahhhhhhh... terduduk sekejap. tak tau nak gambarkan perasaan aku masa tu macam mana.nak nangis ade.. nak gembira pon ade.. bila teringat aryan terus alamak kesian anak aku. kecik lagik. ok.. tarik nafas dalam dalam. ni namanya rezeki kan? cuma aku tak bersedia nak mengandung dalam masa terdekat ni. bukan aku tak nak anak.. aku nak anak cuma bukan dalam masa terdekat ni. aryan baru setahun 3 bulan T____T. .sakit bersalinkan dia pon tak hilang lagik. ok. itu tipu.. hahahahaa. hai susah la aku nak cakap.

alhamdulillahhhh. .rezeki allah nak bagi... :)

call incik suami. syukur panjang lakiku.. rezeki tu yang.. katanya... yolah... bila aku cakap tak ready kau tau dia cakap ape? dah main bukak bukak seluar tak ready menda? gila lucah laki aku.. hahahhaa... tak baik cakap gitu katanya.. kan rezeki tu... ye lah yelah.. bebel cam mak nenek.

budak budak opis bila aku cakap aku preknen semua jaw macam nak jatuh. respon dorang macam haaaaaaaa.. kemain besawwwww melopong mulot korang eh??? tampar kang.. aku cakap dalam hati jer.. hahahahaha.

so, membazir lah aku pergi beli pil perancang ni ha... elok tersimpan dalam kotak.. gamaknya simpan tahun depan la.. tu pon kalau sempat makan.. pengsannnnnnn T___T


tak sempat nak menelan dah terbunting.. hahahahahaha

tapi bila aku fikir balik syukur tuhan nak kurniakan aku anak..ada orang lain nak anak sampai sekarang tak dapat dapat.... aku ni bila dah Tuhan nak kasik boleh lak nak cakap tak ready. T__T..sorry baby... moga baby baik baik jer yer **usap usap perut.. hihiihi**

semalam saja wat check up suh doktor kira dah berapa minggu ku preknen.. padahal dah calculate sendiri kat internet. doktor cakap baru nak masuk 5minggu ++. edd on 1st may 2015. wahhh... tapi sedikih kuciwa doktor tak scan.. takpa.. nanti kita gi check tempat lain eh.

sekarang mabuk adalah teruk.. loya, pening, muntah, nak tumbuk orang semua ada.. hahahaa..emosi swing gila babs.. hai... tapi makan selera pulak. camna tu? muahahaahaha

doakan aku dan baby baik baik saja ya.... hihihihi.. ok, nak solat.. tata :)