Jumaat, 20 April 2012

insaf dan besyukurr..

sekarang kan musim hujan kan? kat shah alam nie, petang petang time balik kerja mesti hujan. bukan lah aku marah pasal nak hujan pon. hujan kan rezeki Allah.

cuma setiap kali hujan, aku teingat sms dari laki aku. tak silap sms tu masa aku baru baru masuk keja kat kompeni nih. bulan lepas. sms dari suami aku buat aku temenung seterusnya besyukur dengan apa yang aku ada sekarang nih.

nak tau laki aku sms pasal apa? kebetulan hari tu pagi masa nak keluar kerja memang hujan. agak lebat jugak kalau aku tak silap. laki aku cakap masa dia keluar nak pegi kerja hari tersebut, dia nampak satu kapel ni naik moto. dalam hujan. basah lecun. then kat tengah tengah antara kapel tuh ada seoang budak kecik. mak dia balut anak dia dengan raincoat untuk elak anak dia dari kena hujan. ye la.. budak kecik kalau kena hujan kan senang kena selsema la. demam la. kan? so, untuk elak anak dari basah, mak bapak dia yang kuyup dek hujan. aku tak tau la napa dia tak beteduh masa hujan tu. maybe nak rushing pergi kerja ke hapa ke tak lah aku ketahui.

apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah aku masih beruntung sebab ada kereta untuk angkut anak aku sana sini. bukan maksudnya orang yang takda kereta tuh miskin dan yang pakai motor tuh tak kaya. bukan itu point aku. kereta sekarang nih da jadi satu keperluan bukannya lambang kekayaan seseorang. aku pon pakai kereta nasional jer pon. cukuplah untuk bawak anak aku sana sini tanpa perlu kena panas or hujan. even kereta aku taklah seselesa or secanggih kereta BMW or Merc, aku tetap bersyukur.

Mia pon kena bersyukur jugak yer nak. sekurang kurangnya taklah mia sejuk kena hujan. sejuk kena air cond jer la. ahahahaa...

Bila pikir pikir balik, kesian gila kalau anak kecik kena hujan or panas kan?

da, tu jer. nak sambung wat kerja. mana tau naik gaji nanti boleh tukar lamborghini  ker? muahahahaa.. sila berangan sampai lebam !

Ok.Byebye ^___^