Jumaat, 11 Oktober 2013

fragile

kalau kau kenal rapat dengan aku kau pasti akan kenal aku ni macam mana sebenarnya. sebenarnya aku ni orang yang mudah tersentuh. orang yang terlalu sensitif. hati rapuh.

luaran aku memang nampak kasar. macam orang gasar. nampak brutal bak kata kawan aku. tapi aku ni lembut dalam sebenarnya. fragile.

kawan aku pernah cakap yang aku ni  nampak ganas habis tapi cengeng. hati kecik macam hati nyamuk. ok. itu memang betul. kadang kadang aku tengok kartun yang sedih pon aku boleh menangis. aku tengok masterchef US bila peserta favourite aku terkeluar pon aku boleh menangis. gila fragile bukan?

dan aku jenis seorang yang suka fikir sesuatu dengan mendalam. kau tengok aku nampak happy. gelak kuat macam kiah propa. cakap pung pang pung pang. tapi hati aku gundah sebenarnya wei. otak aku ligat pikir macam mana nak selesaikan masalah tu. macam mana nak buat keputusan tanpa sakitkan hati sesiapa. macam mana nak bagitau pihak tu yang dia ada buat salah tanpa guriskan hati dia. arrghhh!

jadi, bila aku diuji dari segi mental dan emosi dalam keadaan aku tidak bersedia, aku rasa down gila babs... mata ni bocor jer. hati aku rabak. bernanah. pecah bederai. nak tampal dengan plaster pon dah tak boleh. tapi aku tahu tu cara Tuhan ingatkan aku yang aku ada Dia untuk mengadu.

cuma aku berharap satu hari nanti Tuhan gantikan hati aku dengan hati yang baru. yang kuat. yang tabah. yang tak mudah jatuh bederai. dan tak fragile macam sekarang.


doakan aku.
satu hari nanti.
akan
dapat hati.
yang baru. :)