Jumaat, 27 Disember 2013

azam 2013 yang tak tercapai....

hai korang. amacam? 2013 dah nak ke penghujung. semua azam korang dah tercapai ke belum? aku masih ada yang tak tercapai ni. harap dapat dicapai bila masuknya tahun 2014 nanti.


1.kurang memaki ketika memandu

haaa... ni memang masalah besar dekat aku. azam ni dah lama aku nak capai tapi tak tercapai capai dek akalku. ye la.. baru aku nak istiqamah memandu dengan berhemah ada je mangkuk hayun yang buat aku naik hantu. selalunya kat tol la. tengah kita sedap sedap q nak bayar tol, datang pulak mangkuk hayun yang tiba tiba potong q. mau aku tak hangin? orang beratur bagai nak lebam ko sedap sedap je pancung depan aku.. memang dapat la seketul dua makian kan. aku cukup pantang dengan bangsa yang tak reti hormat pemandu lain. nak nak yang suka potong q ni. rasa nak tangankan aja. tu belum lagi yang potong tak kasik signal. masuk simpang tak kasik signal. yang kita terconggot la tepi simpang tunggu dia. alih alih masuk simpang sebelah kita. apa. kau tak boleh kasik signal ke simpang mana kau nak masuk? ingat signal yang ada kat kereta kau tu perhiasan? arrghhh.. aku bila ingat ingatkan balik mentaliti pemandu malaysia ni boleh buat aku meroyan ! rasa macam susah je nak capai azam ni. kan?

2.kurangkan berat badan

ye. aku dah gemok sekarang. sangat ok ! dulu lepas maternity berat adalah 63kg. masa tu hati berbunga girang. mana tau naik kerja ja berat mendadak naik macam shrek. dekat 75kg ok. so, sekarang berazam nak kuruskan badan. tapi aku ni hawa nafsu besar la. nampak aiskrim nak makan. nampak coklat nak telan. macam mana nak kurus? now dah dekat sebulan aku try diet. cara yang sihat la.. biar turun sikit sikit tapi badan aku tak seksa. aku takda la tak makan nasi langsung. cuma aku dah tak ambil nasi lemak. sarapan aku makan cereal. tak pon roti. tengah hari aku belasah nasi macam biasa. cuma kuantiti kurang la dari sebelum ni. malam pulak aku makan jugak nasi tapi sikit je. satu senduk pon tak sampai. sayur biar lebih. harap harap dapat la kurus sikit dari sebelum ni. tengok gambar sendiri pon ngeri ok ! saiz double dari saiz suami aku. so, itu adalah motivasi untuk aku kuruskan badan. doakan aku !

3.kurangkan marah mia.

hahahahaa. bunyi macam aku ni ibu tiri je kan. aku tak tau la macam mana anak korang. tapi mia ni spesis rare la. aku rase la sebab aku tak pernah tengok anak orang lain yang terlalu hyperaktif macam dia. mana aku tak naik darah. mia ni kasar tau tapi datang manja kededek dia ok pulak perangai dia. kan adik aku jaga anak anak aku. si adam anak adik aku tu baru setahun lebih. tu lah kawan belasahan mia. kadang kadang mia selamba jer tolak si adam sampai jatuh terturmus. selalu ok. aku nmpak memang kena la si mia. mia kedekut sikit dengan barang dia tapi barang orang lain dia nak conquer. kalau si adam pakai barang dia, mia terus meroyan. tolak tolak adam. pastu menangis macam kena dera. sampai meleleh air liur. memang pitam aku dibuatnya. sekarang kalau berak dia diam jer. pastu garu garu punggung habis penuh tahi dekat tangan. pastu selet kat muka kita. tak ke naik hantu aku???

siapa yang tak sayang anak? aku sayang anak anak aku. tapi bila diaorang buat salah kita kena ajar. kena bagitau yang dia buat tu salah. bila dah cakap baik baik tak mau dengar memang kena la..

so, tahun ni aku masih tak dapat nak kawal marah bila mia buat perangai. kalau jalan kat mall dia boleh buat perangai melalak sepanjang jalan. tak tau apa punca. tiba tiba menangis meraung sampai semua orang pandang. malu? memang malu. dah pujuk semua pon tak jalan. sudahnya aku biarkan ja dia nangis. penat dia berhentilah.sampai macam tu sekali tau.

2, 3 hari ni mia buat perangai pelik.ada ke patut dia boleh main tahi dia. tepuk dahi aku la.. semalam dia berak tapi dia senyap jer. aku tengah nenenkan si aryan. tetiba dia garu punggung. penuh tahi dalam kuku. so, laki aku pon bawa pergi toilet nak cuci. boleh dia calit tahi tu kat muka laki aku. mau tak meroyan pakcik tu. memang mendapat la si mia. aduhai.. macam macam peel tau. kau bagitau aku kalau dah camgitu perangai nya mau tak semput aku dibuatnya....

harap tahun depan dia dah 3 tahun mia dah boleh fikir. boleh terima arahan. boleh dengar kata. so, takda la aku melampir lagi. hehehehe.

4.jaga solat

alahai.. umur dah 3 series tapi solat pon masih tonggang langgang. ada je rompong sana sini. doakan aku jadi hamba Allah yang lebih dekat padaNya. yang tunaikan janji bila tiba waktu berkhalwat denganNya.

............................................


banyak lagi sebenarnya yang aku nak buat dalam tahun ni tapi tak dapat dapat lagi. aku harap aku dapat buat semua yang tak sempat aku buat dalam tahun 2013 masa tahun depan nanti.

moga aku jadi orang yang lebih baik. lebih matang. lebih berfikiran jauh dan tak mudah naik naik angin lagik. dah dah la ayu. umur pon dah nak makcik makcik.... fikir panjang sebelum ambil apa- apa tindakan ya.**note to myself**

bye bye 2013 and welcome 2014 !

happy new year kawan kawan!!