Khamis, 18 September 2014

mabuk kepayang

aku sekarang mabuk teruk la.. mood kau jangan cakap la.. manjang nak jadi naga. aku pon tak tahu kenapa. kepala berat. rasa nak meletop. tekak tak sedap.. loya. kalau boleh nak biarkan jer air liur ni menjejeh. tak sedap di telan. air putih pon aku rasa macam besi. mengada sangat kan? T___T

walau ni dah masuk 3rd pregnancy, mabuk tetap ada. dulu masa mengandungkan damia pon teruk macam ni. sampai bleeding bagai. sampai berhenti kerja la aku. masa mengandungkan aryan senang sangat. pening sikit sikit jer. kerja pon cargas. naik tangga tingkat 4 rileks cool and steady jer. sakit beranak pon sekejap. hari ni last kerja esok dah bersalin. mudah.

yelah. setiap pregnancy tak kan sama. lain lain kan.. kalau yang senang tu alhamdulillah.. kalau yang mabuk macam aku sekarang ni kena bertabahlah. T_____T

sekarang baru nak masuk 8 weeks... ikut pengalaman dulu dulu biasanya mabuk macam ni sampai 16 weeks (4 bulan). tapi ada jugak yang sampai bersalin pon mabuk gini. pengsaaannnnnn...

budak ofis aku sampai ambik unpaid leave sebulan sebab tak tahan mabuk teruk. asyik muntah. kesian pon ada. tapi semua orang mengandung merasa benda tu kan.

aku makan berselara je. walau tekak meloya pahit ada aku kesah. semua aku bedal. pastuh muntah balik. huhuhuhu... T__T

sekarang aku belum pergi buat check up pon. scan pon belum sebab masa aku gi check pasal pregnancy ni awal sangat. baru 6 weeks masa tu. doktor cakap kecik sangat kalau scan pon tak nampak apa. okla. ni dah masuk 8 weeks dah boleh sangat nak scan. tapi hujung minggu banyak sangat programnya. tiap minggu ada jer hal. macam minggu ni makcik aku buat kenduri doa selamat kat kampung pulak.dekat je.tanjung karang. tapi dengan keadaan camni tanjung karang pon aku rasa macam nak ke kelantan. tak larat lama dalam kereta. rasa nak pengsaaannnnn... ngengada la mak buyong ! seriyes. tak larat weh T____T

masih tak tau nak bersalin kat mana. kejap nak kat PMC sebab dekat. kejap nak dekat pusrawi sebab best. kejap nak tropicana. tapi lakiku kata tropicana mahal. normal pon mungkin sampai 6k..mampossss... tapi mmemang mahal la. hari tu mia ngan aryan demam bawak gi sana check darah bagai dekat 1k... gilo ! sepupu aku baru bersalin kat sana. czer. aku tak berani nak tanya berapa kos. lakiku ckp dalam 10k++.. menangis weh ! takpa la. kita beranak kat tepmpat biasa biasa udah. janji selesa. gitu. sedapkan hati.. hahhaa.. ikutkan nak jer ke Prince Court. wehaaaaaa... hahahahaa.. demand !

k la... nak buat kerja. buat ke ngular? muahahahaaha...moga cepat la mabuk ni hilang. kalau tak semua orang aku pandang semua macam aku nak makan. maafkan mak buyong yer ! :)