Ahad, 6 November 2011

selamat hari raya aidiladha..

selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua umat Islam... selamat makan rendang. lemang dan ketupat. makan tuh ingat ingat sket. jangan sampai sakit perut tercirit cirit dek melantak sambal rendang.. huuu

kepada para jemaah haji, moga kalian mendapat haji yang mabrur. aminn

selamat ari raya haji semua dari kami sekeluarga....

ondeway ke jb tok sambut raya ngan keluarga mertua. kene ikut turn la.. naseb kawen ngan orang jauh...
T______________T


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Ahad, 30 Oktober 2011

hukum karma kah ini?

dari dulu lagi aku terpikir pikir
kenapa aku tak henti henti diberi bermacam macam bentuk ujian...
dugaan.
cubaan.
adakah disebabkan dosa dosa lampau aku
atau...
adakah ia hukum karma?
yaaa... dulu aku pernah buat seseorang menangis kerana aku.
kini, aku pula yang menangis kerna seseorang.

hukum karma kah ini?
hukum karma kah?
jika ya, aku da terima balasannya.




"awak, orang mintak maaf sebab pernah sakitkan hati awak............ orang da taw rasa peritnya awak dulu. maafkan orang......."

T_______________T




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Jumaat, 28 Oktober 2011

mengandung?

malam tadi telah bermimpi. mimpi aku mengandung lagik. apekah?? apekah maknanya?? so, saja jer gugel tafsiran mimpi nak taw makna mimpi tuh. saja suka suka. bukan nak percaya sangat pon sebab hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui kan?

so, gugel punyer gugel terjumpalah blok nih ha blog keluh kesah Mrs Chot. tak taw la betul ke idak sebab penulis blog ni pon mimpi perkara yang sama macam aku.

disebabkan malas nak huraikan dengan menggunakan idea sendiri, so aku copy paste jer la dari blog beliaw eh.


1) Untuk suami yang bermimpikan isterinya mengandung :
Tafsiran = Sesuatu yang buruk mungkin akan menimpa / berlaku.. (Wallahualam.ALLAH saja yang lebih mengetahui)

2) Kalau diri sendiri (perempuan) yang mimpi dia mengandung :
Tafsiran A : Generally membawa maksud akan mendapat keuntungan besar berbentuk wang & harta... (Wallahualam.ALLAH saja yang lebih mengetahui)

Tafsiran B : Kemungkinan juga membawa maksud mimpi mengandung ni mungkin jugak dia bakal mengandung tak lama lagi....(Wallahualam.ALLAH saja yang lebih mengetahui)

But for those yang belum kawin tapi mimpi mengandung, bermaksud orang2 terdekat akan mengandung...(Wallahualam.ALLAH saja yang lebih mengetahui)

tapi mimpi aku adalah dalam kategori kedua. dedua pon menunjukkan benda yang positif. aku mungkin lebih mengharapkan yang A. mana la taw kot kot aku dapat keja dalam masa terdekat nih. mana taw ade interviewer yang kasihan nengok aku so, nak kasik kerja kat aku. kekadang, nak aje aku apply jadi kliner. kliner pon kerja yang halal ape. jangan pandang rendah ngan mereka yang bekerja sebagai kliner eh korang. kalu dorang takde, sape nak kemas opis. sape nak cuci toilet pas korang berak? sanggop kau nak masuk toilet yang hancing, hapak, kotor?? aiyakk.. geliiii aku ! tapi kan kalau la aku dapat kerja, seronoknyerrr ! da lama giler tak soping soping. kasihan kan? de curve tuh memanggil manggil jer suh aku  abiskan duwet laki aku. tapi aku kan isteri yang baek. teguk air lior jer la.. T____________T

tapi kalau yang B pon aku on jerk. wakakaka. tapi sakit la nak bersalin. hold dulu la.. kihkihkih.

da, jangan nak percaya sangat. if betul, alhamdulillah. tapi ape ape pon kena la usaha kan. kalau tak usaha camne nak dapat. caiyok caiyokk ! 



TAPI AKU BANYAK KALI GI INTERVIEW ! APSAL TAKDAK SATU KOMPENI PON NAK HAMEK AKU?? 
**stress T______________T**



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Khamis, 27 Oktober 2011

berjimba di lumut

wakakaka... cite da basi baru sekarang kau nak reveal? ah.. biarlah. orang baru jumpe internet memang gini jakunnya. muahahaa. walaupon kisah jimba di lumut nie telah lama berlalu kira kira 3 minggu yang lepas, aku tetap nak hapdet gak. sile baca sampai lebam !

aku malas nak cite banyak. korang layan je la gambo gambo kat bawah nih. cekidauttt !


haa.. ni la pantai yang menghadap hotel aku tuh. petang petang nyaman weh. angin sopan sopan jerk betiop.. memang romantik la kalau kapel kapel tuh nak berdating kan? cam aku takda maknenyer. baru nak tunggu sunset, da laki aku ajak balek takut mia selsemer kena tiop dek angen. musnah impian... T_________T


nih kawasan pool tempat mia tunjuk skill swimming dia. ok la.ada 2 pool. satu tok kekanak satu tok yang dewasa. naseb baek masa aku stay sini takdak minah salleh sesat yang swimming. kalu idak, kompom bedarah hidung para lelaki kat sini kan? atternyer mandi berbikini. silap silap ngan idung aku skalik berdarah... muahahaa. ok. abaikan. 


pool dia ok la. tapi tak tau napa masa aku bawak mia mandi, air dier macam keruh jerk. agaknyer ramai naw bebudak bekubang kot sebab masa aku stay kat sana, ramai gak famili yang stay kat hotel nih. masa ngah bawak mia swimming nih pon ade budak cenonet swimming sama ngan bapak dia.

disebabkan datang lumut ni pon sebab folow en suami bekoje, maka waktu waktu senggang adalah telepet di bilik hotel saja gamaknya. so, takda la gamba gamba gedik kat sana sebab kalau nak berambu ramba, kereta tak ada. laki aku guna gi port. ape? kau suh jalan kaki? panas weh ! abes la lemak lemak yang aku kumpul nih ha. aset tuh. mampos. huhuhu. lagipun sian kat mia. takkan kau nak menolak stroller tengah tengah terik tuh ha ngan budak kecik? tak sanggup la aku. adalah lebih baek biarkan mia di dalam bilik yang ada EKON. sejuk gituw !

on de way nak balek, singgah jap kat taman nih. hape ntah namenyer. ada kapal laut kat situ. nak masuk 15 hengget sekepala bagi orang dewasa kalau aku tak silap. yang kekanak free kot. ntah. tak ingat aku. so, disebabkan kami pasangan suami isteri yang memegang moto "kedekut akan jadikan kita cepat kaya" maka hanya bermimpilah nak naek kapal tersebut. T___________T


haaa... tempat nih free. kau boleh la beposing sampai lebam kat situw. kasihan kiteorang kan??? wakakkkakakaaaa....

pastuh, on de way nak balek. eh, kejap. berapa banyak on de way daaaa... tak pe la. on de way kiteorang nak balek tuh, nampak signboard menara condong teluk intan. nak gi menara condong pisa mahal sangat. mati hidup 10 kali pon lom tentu dapat pegi lagik. aku yang jakun nih da tentu tekinja kinja nak gi sana. orang jakun. tak pernah nengok menara condong. maapkan lah yer. padahal kalu nampak tiang letrik condong tak pulak aku heran. muahahahaaa. so, disebabkan laki aku laki mithali walaupon agaknya dalam hati dok maki seranah aku, dia ikutkan jugak la sebab taknak aku mati ngan mata tebukak. huuu.. cuaca masa tuh tak berapa good good. hujan. tapi perjalanan tetap diteruskan ke menara condong PISAAA.. haipp.. kasik can la aku rasa ala ala gi menara condong pisa gituw.. muahahhaa


menara condong teluk intan pon menara condong teluk intan laaaa.. ape ada hal. condong gak kan? sila abaikan nyonya jual telur yang pegang payung tuh ek. :P tak dak orang pon kat sana. so, snap 2, 3 keping, kiteorang terus blah. 


so, pas blah dari menara condong tuh, kiteorang terus straight balek umah. sampai umah semua terbungkang. nak nak si mia. kemaen lagik. cam dia yang drive.

ok la. mia da bangun. nak kasik susu jap. jumpe di laen entri ya.

babai.


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Jumaat, 14 Oktober 2011

gila kuasa

dah terbukti yang aku boring kan? kan?  3 entri dalam sehari. memang gila kuase punyer olang ! ade aku kisah ?
wakakkakaa..

dah, malas nak tulis panjang panjang. lenguh jari ai ! layan je la gambo nih eh.. enjoyyy !

kalau korang perasan, baju ibu dia sumenyer baju sama. miskin  kesian kannnn?
T_____________T





so, betullah kan, anak aku comel sebab ikut gen aku?? muahahaha..
**sila jangan santau aku**


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

bila boring, saya swimming

aduhh.. boring gila kat hotel nih. da la laki keje balek petang gaban. nak keluar panas gilos. satu keje nak memikul budak kecik nih lagik. arrghh ! tensennn..

mia pon kekadang busan je pandang aku. aku rasa mesti die nak cakap "ibu, please la. mia bosan nih. kat bawah ada pool. bawak la mia swimming" **kelas anak aku cakap omputih** jadi, kerana naluri seorang ibu itu memang kuat, maka aku pon bawaklah budak kecik nih swimming.

aku pon tak paham. dia nih suka ke idak swimming. takde perasaan taw budak nih. masuk dalam air takda reaksi. wakakaka. gelak idak. menangis pon idak. aiseymen ! ko nih suke swimming ke tak mia? kompius betul la.

tapi aku rasa disebabkan boring asik teperap dalam bilik, lebey baik dia swimming kan?? ye la. balik balik dalam bilik tuh ha dia pandang aku, aku pandang dia. nasib baik ibu dia santek cam jesicca alba.  takda la dia temohok sangat nengok aku setiap hari. muahahahaa.

da la aku lupa bawak kabel kamera. card reader takde pulak. miskin eh? T_______________T
so, amek je la gambo mia pakai kamera telepon yang aku rasa kalu telepon nih baling anjing kompom kojol anjing tuh. takde la secanggih henpon org yang pakai ipon ke belkberi ke kan.. takpe la. guna je apa yang ado **sejukkan ati sendiri**

oh ya ! kat sini kami stay di the orient hotel. ok la tempat dia. tempat agak strategik sebab banyak kedai makan. pastuh dekat dengan lumut waterfront. kat dalam tuh ada roller coaster. ada terjun bungee. sumpah. aku tipu ! wakakaka. jangan tanya aku ada apa kat situ sebab aku tak masuk pon. :)
hotel ni mengadap laut. tapi tak pasti kenapa takda satu umat pon yang teringin nak berjimba kat situ. so, just kalaau yang kapel kapel tuh ley la feeling feeling pegang tangan awek jalan tepi pantai sambil nengok matahari terbenam. walla ! memang romantik !

ni la hotel tempat aku stay. nampak kan laut depan tuh??
haa... ni la tempat budak kecik nih bejimba dan nak tunjuk skill satu hari nanti dia nak jadi perenang negara. ahahahaaa. mana lah taw kan. mia wakil negara dalam renang berirama ke.. kayoooo mak cik !



gelak pon tak. nangis pon tak. aduhh ! anakku, tunjukkan reaksi mu !
tapi dahi bekerut memang trade mark mia. muahahhaaa




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

semua benda dia nak hisap la

budak kecik nih memang taw. mentang mentang da 6 bulan. da boleh capai semua barang yang dia nampak. aduhh.. semua benda dia capai, semua dia nak masukkan dalam mulut. penat marah "mia, jangan. bende tuh kotor la." mia ! wat pe masukkan toys dalam mulut!!" kekadang bila aku jerit camtuh dia pandang jerk. cam paham. heee. capek ! naseb baek dia belum boleh merangkak. kalu tak kompom aku nak benapas pon tak sempat.

sekarang ni da pandai masukkan jari dalam mulut. nyonyottt sampai berair- air tangan. pastuh main air liur kat tangan tuh. aduhh ! macam macam ragam la..

kalau boleh satu tangan dia nak masukkan dalam mulut la...

ko nengok gambar tuh comel jer kan? haaa.. nengok gen sape. gen ibu dia la..wakakkaa.. tapi kan, bukan tangan je mia rasa sedap nak nyoyot. tak caya? cuba test nengok gambar kat bawah nih..

anak sapa la manjang kebulor nih??? ikut pelahap ibu sape nih mia??
aiyoo ! kau nengok ! dia hisap ibu jari kaki die cam makan kentaki. ganas betul. sedap sangat eh mia?? aku tepok dahi la nengok budak nih ! orang tua tua kata kalau baby isap kaki dia nak adik lagik ek? bagus mia bagus sangat la tuh. diri sendiri pon tak terjaga ada hati nak geng. kau taw tak ibu nih rasa tulang tulang da cam kena gigit anai anai?? kau nak adik lagik??? ye laaaa... nak adik yer??

kalau ibu yang isap lak jari kaki nih nak dapat ape pulak eh? tak kan madu kot? nak mamposssss??? hahahhahahaaaaaaahahahahhaahahahahahahha
**ketawa sambil menangis**

KE MEMANG SEKARANG NIH AKU MENGANDUNG??
**pengsan**



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Rabu, 12 Oktober 2011

wordless wednesday #2



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

wordless wednesday #1







satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Selasa, 11 Oktober 2011

shaun the sheep

Aku memang suka nengok citer porno kartun. setakat dragon ball, sailor moon, sinchan, doraemon sume aku tapau. alaaaa..sekalik sekala layan katun nak release tensen apa salahnya kan??

Ada satu kartun yang versi baru. aku rasa la. ke sebab aku yang tak taw kartun nih da lama wujud? muahahhaa. maap. aku takde channel disney kat umah. **menangis**saja layan kartun kat youtube kasik mia leka then jumpe kartun shaun the sheep. lawak nak mamposss.. penat aku gelak. hajat di hati nak kasik mia nengok. alih alih aku yang ketagih. ape kes?

Tak caya kartun nih lawak??

Layann video bawah ni..... ada banyak lagik video cite shaun nih. cari je kat youtube.. free kater.. muahahhaa


Seriusssss... aku gelak macam nak mati nengok telatah kambing nih taw. memang super duper cute. enjoy !
ada satu lagik kartun oscar's oasis.. tuh pon lawak nak mamposs.... gelak sampai nonggeng nonggeng aku. eh eh.. ni mia yang nak nengok ke ibu dier? hehehhehee

satu lagi contengan jiwa oleh:
 


Jumaat, 7 Oktober 2011

perit bila tidak bekerjaya

Ok. sekarang aku dah paham perasaan orang yang nak kerja tapi takda satu kompeni pon yang nak amik dia kerja. sengsara. stress. jiwa kacau. sakit hati bila org tanya "eh ! tak kerja lagi ke yu? dok umah jer ker? untungla... laki kau kaya" takpon "kau da try anta resume guna jobstreet?" serius ! aku rasa nak lempang betubi tubi je mulut orang tuh.

Hello ! aku da try semua. sampaikan aku da fedup nak send resume aku. siap drop by hand dari satu kompeni ke satu kompeni. siap ada yang tak kasik aku masuk sebab ingat aku nih salesgirl. hello ! punyer lawa2 ngan baju kemeje sambil jinjing fail ko ingat aku salesgirl? tapi gayanya memang macam salesgirl pon kan? mampossss.... aduhhh hai..memang mencabar nak cari kerja nih rupanya.

Penah aku rasa give up. kadang kadang aku bermonolong dengan diri sendiri. bukan salahkan takdir. tapi aku tertanya tanya apsal la orang lain senang je nak dapat kerja. kadang kadang siap 2, 3 kompeni panggil dia. aku? seketol pon belum tentu nak panggil interview. cait ! ada yang panggil interview and hanya kasik harapan kosong untuk menjaga hati aku dengan mengatakan " takpa ya puan. kami kena review and diskus dulu ngan orang atasan. kalau berjaya kami akan hubungi puan dalam tempoh 2, 3 hari nih." jangankan 2, 3 hari, 2, 3 bulan aku tunggu, haraaammmmmm takda pon orang call. menangissssss...

sekarang aku rajin beli the star kekunun semangat waja nak cari kerja. ari sabtu banyak gak iklan kerja dalam tuh haa... kepada en somi, aku harap sangat dia paham. aku pon bukan nak sangat goyang kaki dok umah nih. aku memang nak kerja. mungkin belom ada rezeki aku lagik kot.

sekarang kena start ajar mia bottle feed. kot kot mana taw ada kompeni yang baik hati nak amik aku bekerja. rugi woooo tak amek aku. muahahahaa.. tapi budak kecik nih cerewet cam bapak dia. susah gile ! makan nestum pon aku sumbat paksa sampai kekadang tersedak budak kecik nih. siannnn... hehehhee


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

KENTUT



Kentut. nak tulis entri nih pon aku da geli geliman. yup ! aku memang alergik dengan bunyi kentot. apatah lagik bau yang dikeluarkan yang bisa membuat aku separa mati dan tercungap cungap kelemasan akibat hidong aku teperosak dengan bauan yang mengalahkan bau kaki bacin yang menggunakan stokin yang sama selama seminggu tanpa henti.

Aku paling pantang bila ada orang yang kentut merata rata. rasa aku nak lempang jerk dia ngan piring astro. contoh terdekat adalah laki aku sendiri. ko bayangkan. time nak tido da nih. dia boleh kentot baik punyer time. selamba badak kentut dalam selimut. maw aku tak bertuka daripada comel cam Nora danish  angel terus jadi Freddy Krueger nak tikam dia ngan jari aku yang tajam. serius ! aku geram ! Bukan maksudnya aku tak pernah kentut langsung. gila kau. kalu tak kentut kau bukan manusia namanya. tapi aku lebih gemar mengambil sikap berhemat dan bersopan kalau nak kentut pon. sebagai contoh, kalau kat umah, aku rela pergi ke toilet untuk kentut berbanding kentut depan adik aku yang mulut dia buleh tahan puaka. sebab bagi aku, adalah kurang sopan kau buang angin depan orang lain. tak berciri ketimuran ok !

Penah masa aku studi dulu, ada kawan aku taw habit aku nih. tengah dok sedap ngumpat ngumpat, die boleh kentut. bukan kentut main main. kentut betol betol punyer.. panjang gile bunyi dier. lebih 8 harkat ! aku ngan automatiknyer menggelupur cari tingkap mintak oksigen. pastuh, member aku selamba badak ketawa macam nengok rancangan jozan. rasa aku nak humban jerk minah nih dari tingkap hostel. naseb baek aku mempunyai tahap belas kasihan yang tebal. kalau tak da inalillah da kawan aku tuh.

So, untuk korang semua yang kaki kentut, kalau nak kentut pon, kentut la cara berhemah. aku rasa ramai yang sama spesis cam aku yang kurang gemar dengar bunyi kentut. apatah lagik nak menghidu baunya. please la. hormat orang sekeliling. kalau da betul betul tak tahan sangat, mintak izin la. at least orang sekeliling korang tuh ley cari pedinding dan amek langkah berjaga jaga sebelum terhidu gas toksid korang tuh.

Tadi laki aku kentut. sok kalau ada berita isteri tikam laki sebab kentut dalam selimut, haa.. tak lain tak bukan, pompuan tuh aku la tuh. haishhh !


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Rabu, 5 Oktober 2011

gila babi

Perghhhh... gila babi tak bukak blog nih... rinduwwwwww.... nasib baek ikot en somi ke lumut. dapat la online kat hotel oriental star nih. kat umah internet problem padahal da bebulan tak bayar bil. mamposss.. banyak benda nak tulis sebenarnya. tapi budak kecik nih tau tau lak ibu dia nak begosip. haishhh...

Ok. budak kecik da start meraukkk.. next time bila ada masa aku tulis yang best best k...

"mia nih dengki tawwww...... ibu baru jer nak lentik lentik jari kat lappy"
**menangis tanpa lagu**


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Selasa, 16 Ogos 2011

ini makan bantal ker?

Ok. aku ade sedikit kemusykilan. korang tau kan rambut mia lebat, hitam, bekilat kan? kan ? ok. lepas botakkan kepala dia ari tuh, aku perasan rambut mia tumbuh tak seiring. betul ke seiring?** da macam lagu seriring dan sejalan.. mamposss** ke nak panggil sekata? haa.. bantai je la.. yang penting rambut mia tumbuh tak sama panjang. orang kata makan bantal? ke cukur bantal ? tak kisah la yang mana satu pun sebab maksud dia sama gak kan? meh sini nak tunjuk gambo



Korang nampak tak? ok, ade 2 spot yang togel kat kepala mia. 1st spot tuh memang da sedia wujud sejak 1st day mia botak lagik. satu line sekeliling kepala dia kau tauuuu. kiteorang pon pelik. bila jumpa orang jerk, suma tanya "eh, korang memang wat line eh kat kepala anak kau" tak pon "wah ! cantek pesyen rambut anak kau" taik kudaaaa... takkan la nak wat pesen gitu kat kepala budak kecik nie.. huhuhuhuhu

Yang 2nd spot tuh agak da lama baru jadi gitu. so, adakah itu cukur bantal? maksudnya nanty rambut mia tumbuh tak seiring la eh? ke nak kena cukur sekali lagik baru dapat hasil yang memuaskan?? oh ! tidak.. aku da rindukan mia yang berambut lebat dan itam itu.
T____T

Ke kena belikan YUN NAM??
**pengsannnn**




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

thousand of M I A

Bila da buhsan, ini la jadinyerrrr...

macam macam mimik muke budak nih ley wat. tak sabar nak tunggu mia besar.. hehehehe




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

suke lagu nih

layannnn...



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

kecoh betul la budak kecik nih

Budak kecik nih kemaen kecoh taw sekarang. cakap ngan kita cam paham jerk apa kita cakap. kadang kadang ngah nenen terus behenti pandang kita bila dengar kita beborak. pastuh siap menyampuk. alahai mia ! awak ingat awak tuh da besar eh? baru 4 bulan nak oi !

Kalau bangun pagi lagik la. kemaen kuat dia menceceh ! kalau kita wat derk jerk, mula la dia menjerit jerit nak kejutkan ibu die sebab ibu dia asik membuta jerk  T______T' . menjerit jerit siap kembang kembangkan idung lagik. lucu betul ! mau aku tak ngantuk da budak nih tidur kul 2.30 pagi pastuh kul 7 da tebuntang da bijik mata dia. haish !

Ni ade video mia menceceh cam cik eja die. **mampossss** ada gaya nak begosip budak nih ! wakakakaka ....






satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Isnin, 15 Ogos 2011

aku percaya pada kebesaranMu

Tak tau nak kata apa dah. tapi aku percaya ! Tuhan tuh Adil dan Saksama. Tuhan itu Maha Pengasih kepada hamba hambaNya. semua yang berlaku pasti ada hikmahNya.

Aku percaya, setiap yang terjadi pasti ada sebab. dan ya, aku juga percaya Tuhan da ATUR semua yang terbaek untuk hambaNya. Dia lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya.

Insya allah, aku masih tidak goyah. doakan aku !



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Ahad, 14 Ogos 2011

m a l a s

ari nih aku malas nak bangun sahur esok. korang sila jangan ikot perangai aku. tapi kan. tapi kan. hurm, masalahnya nasik tadi aku masak agak lebeh. ingatkan mampo nak mentekedarahkan nasik tuh tadi. ni sume salah napsu ! camne nak wat nih ? nak sumbat pon da tak larat.

tapi tadi selak selak kat dalam kabinet, nampak megi kari lak.  terus lapar balek. kasihan nasik. gamaknya terbuang lagik la. orang kata nanty nasik menanges eh? alololo.. jangan la menanges nasik. perut aku da tak muat nak sumbat ko. pasrah je la ko jadi makanan tong sampah eh? huuuuu

ok. nak masak megi.sedapnya. terus teringat zaman studi dulu. makan megi pon share ngan kengkawan. berebut rebut takut tak cukop. wakakakaaa.

nak masak yang camnih.. yummy ! punyer semangat bukak peti ais, skalik hampehhh !
sume bahan takdek. gamaknyer rebus aje la.. soddihhh.. makan sambil menanges la
T______T


satu lagi contengan jiwa oleh:

Sabtu, 13 Ogos 2011

layankan aja video nih

boring gila ari nih. sebenarnya takda apa apa pon nak tulis. tapi tangan gatal gak nak menaip. nak masak, berbuka lambat lagi **ok. da mula lapa T__T**

oh ! just nak share video mia... sebenarnya aku da share pon video dia kat pesbuk.saja nak tempel kat sini. padahal video da bekurun pon. eh, suka hati la. blog aku..wakakaka..

enjoy yaaa !




COMEL KANNN???



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Jumaat, 12 Ogos 2011

tak tau nak kata apa

aku malu.
da tua tua perangai masih macam budak budak

aku malu.
da tua bangka masih nak jadi budak pra matang pemikirannya

aku malu.
da umur macam nih pon masih ada ego yang membataskan segala galanya

kan ke senang kalu ucap "AKU MINTAK MAAP PADA KAU"
kalau itu yang boleh menjernihkan keadaan dan semuanya kembali normal seperti biasa.

SUSAH sangat kah nak mintak maaf?? susah sangat kah???





satu lagi contengan jiwa oleh:
 

macam macam style la budak nih..

ok. tadi biarkan mia layan al-kuliyyah. ari jumaat. kena la islamic sket kan? biar dia nengok rancangan yang islamic moga da besar nanti jadi muslimah sejati. atternyer lentur buluh start dari rebungkan? insya allah. aku sebenarnya nak masak tok berbuka. so, saje bagi dia leka nengok tv. tak kan nak pikol budak nih sambil masak kot? aku bukan robot ok. budak nih semangat bukan main.sigh ~

ari nih menu utamanya nak masak ayam lemon.wah ! makanan. **sangat lapa T__T** lambat lagik nak berbuka nih :(  ok. lupakan. ngah masak masak ayam, tetiba aku rasa umah sunyi sepi cam kena langgar garuda. wakakkaaa. selalunya, budak nih kalu tak nampak muka aku seminit, mulalah start mengaruk ! so, bile senyap camtuh, jadi musykil gak aku kat dapur.

skalik jengah kat depan, laaaaaaa.... tidor upenyer budak nih.. kasihan ! heeee. mia ade satu style tidor taw. mentang mentang sekarang da pandai meniarap, tengah tengah syok tido pon tetibe die ley meniarap. pastuh da meniarap, tejaga la. ape lagik. melalak. padahal sendiri salah gi meniarap, pandang kita mencebik cebik.sabar je la.

k, nak sambung masak. korang nengok je la gambar budak kecik nih ngah tido. cute gile.. hehehee

kemaen nyenyak tido. pas nenen kater.. hahahaaa

ngah tido pon tangan kemaen lagik. ala ala nasyid. atter tadi nengok al-kuliyyah kan? bagos anak ibu. cepat belajor nih ! ahahahahaa

tidor nyenyak nyenyak sampai kol 10 taw lalink. senang ibu nak berbuka jap gi. pastuh nak kemas umah kita yang da cam tongkang pecah. sok, cik eja nak datang. kalu umah besepah, mampos ibu kene katai ngan die kat pesbuk. wakakaka
 haaa... ko nengok gambar kat bawah nih !  haishhh ~

nasib baek tak terjaga. kalu tak meraung cam kita yang telangkopkan dier..

haa.. macam macam style kan? tak taw la pasnih gaya ape lak die tidor. mia mia.... tapi kekadang risau gak takot hidung mia tertutup bila dia tido meniarap camtuh. tapi aku nengok, dia cam selesa lak tido camtuh. apa apa pon kena selalu monitor mia la takut benda yang tak baek jadi kan? nak dapat da susah woiii !! aahahaaaa...




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Khamis, 11 Ogos 2011

merindui saat itu

sungguh ! kalau boleh putar semula masa, banyak yang ingin aku perbetulkan.

sungguh ! kalau boleh diundur semula masa, banyak benda yang aku ingin lakukan.

sungguh ! kalau boleh kembali ke masa silam, banyak yang ingin aku rencanakan.

NAMUN.

masa tak kan tunggu kita.

masa tak kan dapat diputar semula.

sungguh ! aku rindukan "waktu" itu...

TAPI.

ape ape pon aku tak menyesal sebab hidup kena terus.
kita kena syukur dengan apa yang kita ada sekarang sebab HIDUP adalah satu ANUGERAH.




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Rabu, 10 Ogos 2011

penawar lara

bile aku sedih. aku renung dia. bila aku ade masalah, aku cari dia. bila aku perlukan teman, aku pelok dia.

MIA, even mia tak taw cakap apa apa, walau tanpa apa apa kata, ibu taw mia paham apa yang ibu rasa. ibu taw mia kalu boleh nak tenangkan ibu. apa apa pun, bila nengok mia senyum and gelak, da cukop wat sume masalah dan sedih di hati ibu terbang jadi debu. terima kasih sayang !





IBU SAYANG MIA...




satu lagi contengan jiwa oleh: