Khamis, 29 Mac 2012

demam lagi T_T

aku demam lagi. sejak 2 minggu lepas aku demam. kejap ok. kejap datang balik. malam tadi da start gigil gigil. tidur pon pakai stokin. selubung ngan toto masih rasa sejuk cam dalam freezer. apekah?

semalam da telan 2 biji panadol pon masih macam ni jugak. aku risau denggi or kencing tikus jer. jauh jauhkan ya allah T_T

balik ni aku try togok ubat demam dulu if minggu ni masih macam tu jugak, nak gi hospital check. takut jugak.

sekarang dah rasa seram sejuk. sweater pon tak jalan. so, dengan sedih nyer peluk je la diri sendiri nak kasik badan hangat . sadiss T_T

doakan aku sihat ya !

**taip gigil gigil tapi gagah nak berblog. ahahaha :P

Ok.Byebye ^___^

Sabtu, 24 Mac 2012

kerja di pagi sabtu

aku kerja hari ni. memang macam haram kan? T_T

APE? ingat bangla je kerja hari sabtu?

DIAMMMM korang !



Ok.Byebye ^___^

Khamis, 22 Mac 2012

hepi besday papa...

hubby.. hepi besday ya... moga sentiasa dirahmati allah. dipanjangkan umur dan dimurahkan rejeki. moga bertambah kaya raya**nantibolehbelikanibugalaxynote.. ngehngehngeh**

moga bey menjadi suami dan papa yang lebih bertanggungjawab, yang gemilang, yang cemerlang, yang tebilang.. moga sentiasa gembira dengan hidup sama sama ngan ibu dan damia.

selalu doakan bey sukses dalam semua yang bey buat. dan yang paling penting sentiasa cintakan ibu sorang ! itu mesti !!

HEPI BESDAY BEY ! I LOVE U !

p/s: takdapatbalikawalnakdinnernganbeysebabadameeting!shit!!
Ok.Byebye ^___^

kecik kecik dah menyusahkan mak bapak.

amaran keras: entri ini mempunyai perkataan yang agak ekstrem dek kerana amarah penulis yang terlalu tinggi. harap maklum.

aku dah beberapa hari tak sihat. da dekat 2 minggu dah ni. demam, batuk and flu. kepala ada sikit pening. kebetulan kerja tak berapa banyak hari ni, so saja saja baca metro online. sekalik terbaca satu topik yang bisa buat emosi aku jadi panas macam gunung berapi nak meletup.

koang tau kan sebelum ni ada kes budak kene culik masa balik dari kedai top up kan? aku setiap hari tunggu berita nak tau pasal pekembangan kes tu. sekalik hari ni dalam paper tulis rupa rupanya budak tuh berlakon jer kena culik semata mata tertekan dan rasa dikongkong oleh famili dia. siap rancang ngan makcik dia lagik. watdefakkkk???

kau kecik kecik dah pandai menipu mak bapak. menyusahkan mak bapak. kau tau tak mak bapak kau punyer susah hati risaukan keselamatan kau. ntah kene rogol ke, kene potong kena kerat 14 ke, kena bakar hidup hidup ke? kau sekarang dah kene lacur ker? sekalik dapat dapat tau kau belakon jer kena culik. memang chilake..

membazir air mata aku je menangis masa dengar radio la. bapak kau punyer sedih masa hotfm call tanya pasal kau la bodoh !

kau lain kali kalau dah gatal sangat, terus terang jer ngan mak bapak kau. cakap mak, saya ni da gatal sangat da nih. saya nak bebas. saya nak bejantan. mak bagi kebenaran. kalau tak saya lari dari rumah sebab saya da cukup DEWASA nak mula hidup tanpa mak ngan ayah ! haa.. kan senang ! takdelah mak bapak kau menggagau nak cari kau bila hilang ! takda otak punyer budak !

dan bila aku dapat tau cerita sebenarnya hari ini, aku sangat sangat berharap yang kau benar benar diculik nanti ! baru kau tau langit tinggi ke rendah! baru kau tau kenapa mak bapak kau kontrol hidup kau ! sebab kau tu masih bawah umur la bingaiiii !

ok. aku memang marah pasal benda ni. dan aku sangat sangat beharap agar anak anak aku nanti tidak jadi seperti budak fatihah nih. kalau anak aku macam ni, aku cili cili 'adik' dia. dah gatal sangat !



Ok.Byebye ^___^

Selasa, 20 Mac 2012

hari khamis

hari khamis ini banyak benda penting akan jadi. kebetulan birthday en suami pada masa itu. dan pagi pagi lagi aku dah dapat memo kene attend meeting pada hari yang sama. dah la meeting pukul 5.30pm. watdehel? apasal taknak wat pukul 8 malam jerk? tak tau ke aku nak balik awal baca yassin?

aku nak balik la. nak celebrate birthday en suami walaupun pada hakikatnya nanti en suami yang akan mengeluarkan segala pebelanjaan pada hari tesebut. hahahaha.

ok. da mula stress sebab tak dapat balik awal pada hari tersebut. haish !


Ok.Byebye ^___^

Isnin, 19 Mac 2012

aku tau la aku baru kerja sini..

fine ! aku tau la aku baru kerja kat sini. tapi kau nampak muka aku ni muka balaci ke hapa? kau ingat aku baru kerja sini kau boleh buli aku? kau silap !

kau boleh tanya aku tengah wat apa? kau nampak aku free ke? ko ade nampak aku korek korek hidung sambil siol siol kat sini? boleh kau nak suruh aku wat kerja kau sedangkan kau sedap sedap kunyah keropok sambil dengar radio gelak gelak ek. banyak cantik muka kau !

ni la susahnya bila bekerja ngan melayu nih. bukan nak mengutuk tapi itulah realiti. suka sangat nak buli pekerja baru. kau silap kakak ! jangan sesekali kau berangan nak wat aku jadi balaci kau !

aku bengang bila ada spesis yang suka amik kesempatan kat atas orang lain atas kepentingan diri dia sendiri. sedangkan dia seronok seronok jimba jimba orang lain tanggung susah !

da. aku tengah marah ni. baik aku minum hot milo kasik cool down !

Ok.Byebye ^___^

Jumaat, 16 Mac 2012

esok cuti. yahuu...

alahai.. menjak jadi wanita bekejaya ni masa manjang tak cukup. serius ! masa nak bersantai santai depan tv pon nan ado. mana taknya. balik kerja pukul 5.30pm terus cabut ke sungai buloh amik mia. sampai umah aku je da dekat pukul 8. kasik mia makan, mandi gedebak gedebuk da pukul 9. badan penat pukul 10 je da masuk tidur. ye la, esoknye nak bangun pukul 5.30 am lak nak pegi keja. tuh kalau sharp balik kul 5.30. kalau pukul 7? menangis la kau kat opis T_T

oh ! rindunya nak nengok desperate housewife #7. ke da habis da? ape cita la hope dalam cite raising hope.. The voice pon tak sempat nak nengok malam tadi. memula en suami pasang dvd adnan sempit 2. separuh jalan je nengok terus join aku masuk tidur. penat kan b? huhuhu. T__T alahai.. rindunya waktu senggang nak main main ngan mia..

esok kebetulan hari sabtu minggu ketiga and jatuh time aku off. syukurrr ! malam ni boleh nengok tv sampai lebam. yeah !

boleh layan the walking dead ! best best !

nota : minggu depan menangis la sebab kena kerja ari sabtu. T__T
**bongok la keyboard komputer opis nih. hurup 'r' susah nak tekan. sakit tangan aku la !



Ok.Byebye ^___^

kisah hari ini..

semalam mc. wah ! baru 3 hari kerja da cuti. anak demam dong. tak sampai hati nak tinggalkan mia. aku pon demam juga. so, senang cerita pegi PMC amik MC. then buka akaun CIMB sebab kompeni ni guna CIMB baya gaji.

hari ni kerja balik. tapi ada berita syok. pepagi aku nya opismet bagi tau dia and lagi sorang opismet aku kena ke SUK. Head aku pulak kena ke PD. yahoo... hari nih kat department aku hanya aku dan sorang budak praktikal. best2.. boleh ngular.. mampos.

ok. nak wat kerja. da siap kerja baru leh ngulauuuu lama lama... hahahaha..


Ok.Byebye ^___^

Isnin, 12 Mac 2012

mencari rezeki

hari ni aku mula kerja. alhamdulillah. maka bermula semula episod bangun pagi seawal 5 pagi untuk keluar mencai sesuap nasi..

so far mia ok je ngan wan dia. harap harap dia minum susu moo moo tu. tadi call mak dia cakap mia tak nangis pon. makan banyak. good girl mia !

hari pertama kerja biasa biasa aja. orang kat sini ade yang sombong cam gagak. ada yang baik cam angel. tapi aku tak kisah. nawaitu aku datang sini nak cari rezeki. yang lain letak tepi...

ok. hari pertama keja tak ley ngula. so entri pon pendek jek huahahaauahaua...

oh ! da mula rindukan si kecil itu. mia.. ibu tak sabar nak balik ! tungguuuu ibu tau ! T__T


sedihgilekuarlunchsensorang... srooottt T______T


Ok.Byebye ^___^

Sabtu, 3 Mac 2012

kisah mia dan tok wan

semalam mak mertua aku cakap dia kena pergi langkawi esok sebab abang ipar aku mintak tolong jaga anak dia, si adam yang sebaya dengan mia tuh dalam seminggu. penjaga adam balik kampung. ye la. sekarang kan cuti sekolah.

so, malam tadi, mak mertua aku nak kemas kemas barang. keluarkan beg troli untuk isi barang. si mia tak hagak hagak. cam jakun nengok beg troli tok wan dia. padahal beg papa punya besar dia tak heran pon.

siap masuk bilik tok wan dia nengok tok wan mengemas. tak boleh bla. dia nak masuk dalam beg tuh ! apa la mia nih. tok wan dia gelak mengekek ngekek sampai bawak beg tu kat ruang tamu biar mia main.

meh nengok gamba mia begedik santai....


gedik gedik kat meja atok baca buku



haaa.. tuh dia.... selamba jer masuk.. mia nak ikut tok wan gi langkawi ek??

menangis bila orang nak keluarkan.. mia.. miaaa..

tak dapat main beg, dia joget joget kat kerusi pulak...

alamak.. mia dah perasan ibu snap gambar dia la... jaga jaga.. dia datang nak rampas kamera lah tu..

ha.. kan da cakap.. budak nih gila kamera cam ibu dia jugak.
T___T
tapi adorable gila kann....

da.. tu jer.. nak makan ni. ^___^


Ok.Byebye ^___^

Jumaat, 2 Mac 2012

nama saya damia

nama saya damia. saya sekarang berumur 10 bulan.  saya anak manja ibu dengan papa saya. sekarang saya ada 2 batang gigi. semenjak ada gigi, ibu suka bagi saya makan bubur nasi. kadang kadang ibu buat sup ayam. kadang kadang ibu masak pindang ikan tenggiri. itu bila time ibu rajin. kalau time ibu saya malas macam cipan, ibu drive thru mekdi, order bubur saiz besar **sehari suntuk punyer stok T___T** buka purse dan bayar rm4.65**dah hapal da harga. mahaha**  tapi saya suka. kata ibu makan mekdi barulah URBAN. ahahaha. kelakar lah ibu saya ni kan?

nampak tak gigi saya? 
kalau waktu senggang, ibu bagi saya makan biskut heinsz sebagai snek. kadang kadang ibu bagi double cheese burger biskut tiger agar saya bertenaga macam iklan tu. tapi kalau tak makan biskut tiger pun da cukup buat ibu menangis kejar saya yang aktif merangkak ke sana sini.

sekarang ibu suka bagi saya minum susu moo moo. saya tak nak. saya nak susu ibu sebab ia shedaaappp.. ibu ingat ibu hebat sebab cucuk puting botol dalam mulut saya? ibu silap ibu **sambil goyang goyangkan jari telunjuk** mia lagi hebat menepis botol susu tu sampai terpelanting. ahahahaa. tapi saya perasan ibu menjeling saya dengan tajam. tapi saya tak takut sebab ibu takkan berani cubit saya. ibu kan sayang saya.. ngeh ngeh ngeh..

sekarang saya belum pandai berjalan. tapi saya expert dalam seni rangkak merangkak. saya suka menyorok bawah kerusi meja baru tok wan saya. yang paling saya suka ialah berdiri dekat kerusi sambil berjoget ke kanan dan ke kiri sambil diiringi melodi teriakan ibu saya "miaa !! jangan. nanti tergolek !" hahahaa. saya suka wat ibu saya naik hantu cam orang gila meroyan ! yeah ! i loike !

lagik satu hobi saya ialah mengutip makanan makanan yang saya sepahkan lalu masukkan ke dalam mulut. tapi misi saya selalu gagal sebab ibu pantas bertindak dengan menepis makan itu dari sampai ke mulut saya. apa lah ibu ni. mia tak nak membazir aja. kan ibu cakap membazir amalan syaitan. jadi sekarang siapa syaitan tu?? hurm...

paling saya suka adalah masa ibu tidurkan saya. kadang kadang baru saya menguap sekali, ibu dah paksa saya tidur. apalah ibu, mia nak tengok sponge bob pon tak sempat. ibu da sumbat mia dalam buaian. memula ibu dendangkan saya dengan lagu rap  zanji. best. tapi lepas tu bila ibu tengok tengok mata saya masih bulat, ibu sudah naik hantu. memula ibu cakap" tidur la sayang.. ibu nak masak ni" saya gelak gelak lagi. lepas 10 minit pitching ibu sudah lari  "Mia ! ibu cakap apa? tidur kan?? pejam mata. pejam mata. pejam  mata...bla bla blaaa bla !" masa nih saya nampak ibu macam raksasa hijau. saya tutup muka dengan bantal busuk saya dan lama lama tak dengar lagi suara ibu memetir dan saya pun zzzzzz...

 lagi 2 bulan umur saya genap setahun. ibu saya dah berjanji nak wat parti bikini masa ulangtahun saya nanti. tapi kesian ibu. masih tak dapat kerja. tapi ibu kata takpa mia. ibu akan cari kerja secepat mungkin. saya tau ibu dah berusaha. lagipon kalau ibu masih tak kerja, papa kan ada ibu. ahahaha. kita suruh papa wat parti kat kedai pancake dekat the curve tu ya ibu.. papa pernah cakap kan kat ibu dulu. mia dengar. ahahhaa.

walaupun kadang kadang ibu garang tak macam papa, tapi saya tetap sayang ibu saya. saya tau.saya selalu buat perangai. kadang kadang bila tak cukup tidur, saya suka mengaruk masa magrib. saya bayi yang suka tidur lambat. tidur malam saya biasanya bermula pukul 12 malam ya. ibu selalu cuba tidurkan saya awal awal tapi sering gagal. ahahahaa. kadang kadang saya berjaga sampai pukul 2.30 pagi sebab saya suka main main ngan papa dan ibu walaupun kadang kadang ibu stress je nak layan saya. bila dah tidur, saya akan bangun 2 jam sekali untuk menyusu. kadang kadang sejam sekali. ahahaha. sian ibu kan? kadang kadang ibu belum lagi sempat tidur, saya da bangun menangis nangis nak susu. sian ibu tak cukup tidur walaupun bangun pukul 10 pagi. hahahaa. saya tak suka ditinggalkan seorang di ruang tamu. kalau ibu nak masak, ibu dukung saya sekali. kadang kadang pergi toilet pun angkut saya sekali sebab saya takut tinggal sorang sorang. ahahha. ibu tak senonoh tau bawa saya masuk toilet dengan dia sekali.

apa apa pun ibu, terima kasih sayang mia. mia janji bila mia da besar mia jadi anak yang baik, dengar cakap ibu dan papa dan akan belajar sungguh sunguh sebab satu hari nanti kalau ada rezeki mia nak bawak ibu dan papa tunaikan haji. insya Allah...

ibu, mia hauslah. nak susu. bukan susu moo moo tau. nak susu ibu **sambil kenyitkan mata**



Ok.Byebye ^___^

Khamis, 1 Mac 2012

sebuah pengharapan

ok. aku dah tau. pembelajaran yang aku dapat hari ini adalah, kau jangan terlalu mengharap akan sesuatu yang kau rasa kau akan dapat benda tuh walau tahap kekompidenan kau adalah setinggi KLCC. sebab? sebab kalau kau tak dapat, kau akan sengsara. sumpah. itu yang aku rasa. sekarang aku agak sedikit down, agak kurang keyakinan diri dan rasa kerdil sangat**walau hakikat aku gemok dempol**.

orang kata setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. tapi aku dah penat menanti. dah penat menunggu. dah penat berharap. aku rasa setelah penat kau berhempas pulas untuk mendapatkan sesuatu, setelah penat kau berusaha untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa kau juga boleh menjadi "somebody", dan kau deserved sesuatu yang lebih baik. dan itulah yang aku harapkan !

ok. lepas ni aku akan belajar untuk terima sesuatu dengan hati terluka terbuka even ia tak seindah seperti yang aku inginkan.

p/s : minggu depan aku ada 2 interview. doakan aku !
**pergilah interview sampai lebam. hahaha**


Ok.Byebye ^___^