Sabtu, 28 April 2012

bila terlalu letih, aku jadi oang yang mudah perasan..

semalam ada meeting. tulis kat memo start pukul 5.30 pm. tapi biasalah. itu sekadar melepas batuk di tepi tangga. meeting start pukul 6.30 pm ok. kau bayangkan nak bincang 5 projek kau rasa rasa pukul berapa pulak meeting habis? pukul 9 der. pukul 9! damn !

dah la aku terlupa tinggalkan car seat kat umah mak aku. ingat nak suruh laki aku amik mia, so balik opis boleh cabut terus balik rumah. tapi terlupa pulak. da tua aku nih T_T

turun je opis lepas abis meting, terus masuk kereta. aisehmen ! minyak pulak bekelip kelip. badan letih ya ampunn.. dah nak behenti lagik kat petrol pam. lepas isi minyak, terus start enjin kereta and gerak balik la. then sampai traffic light, lampu merah pulak. ok. fine. sabar ayu. sabar. perut lapa gila ! lepas lunch tengah hari pukul satu sampai abis meeting satu benda pon tak telan lagik. lapa.. lapa... T_T

sambil tunggu lampu merah jadi kaler hijau, aku free gear. tarik hand break. tarik napas dalam dalam sambil  tanggalkan rantai tag kad opis sambil sambil nengok kereta sebelah. ok. ada 2 orang bujang kat depan and 2 orang perempuan dok belakang. boipren gepren kot. aku wat rumusan sendiri. pastu aku ngelamun kejap. depang depangkan tangan.

sayup sayup aku dengar bunyi hon. tapi aku nengok lampu merah masih merah. belum ada tanda tanda nak hijau lagi. aku rileks lagik. sambung layan perasaan sambil tangan picit picit dahi. sakit kepala sebab perut da masuk angin. pastu aku dengar lagik bunyi hon. eh, takkan orang sebelah ni nak ngurat aku kot?? ngengada betul. kan da ada awek kat belakang tuh. aku wat bodoh lagik. makin lama makin kuat pulak bunyi hon ni. sapa yang hon. sapa yang di hon?

last last aku fedap. aku pandang kereta sebelah nak marah. ape kes hon hon nih. sekalik aku pandang, mamat ngan minah kereta sebelah jerit jerit bagitau aku lupa on lampu kereta. damn! dengan senyum sumbing, aku cakap oh ! thanks. senyum untuk kaver malu. tu lah. bajet hot. bajet ada maket lagik la tuh. bajet orang sebelah nak ngorat. macam mana aku boleh beperasantan camtuh skalik. ok . malu gila. nasib dorang tak tau ape aku pikir. kalau tak mesti diaorang dah muntah darah ! hahahaa..

bila lampu hijau je terus masuk gear and pecut laju laju. kekunun lagik jauh dari kereta mamat tu lagi cepat hilang rasa malu itu... muahahhaa. kononnya la kann...

aku sampai umah mak untuk amik mia dalam kul 10pm. then pas makan terus gerak balik damansara. sampai pukul 11pm. nengok laki aku ngan layan super spontan. niat dihati memang nak nengok johan tapi mata dah rabak gile. setan kuat betul tarik mata aku suruh pejam !

aku salin je baju. tak mandi pun. cuci muka. nenenkan mia kenyang kenyang tapi budak kecik nih tak nak tidu pulak so aku suruh papa dia jaga. flat gila. skalik tidur, tidur mampos.

sedar sedar jer pagi ni, dengar jam loceng memekak mekak. aiseh men ! kena bangun pergi kerja T_T huwaaaa... dengan mata separa tebukak, gagah jugak la ke bilik air. ikutkan hati nak je sambung tidur. penat lagik...

takpa la. orang kata ni la cabaran nak cari rezeki. ye tak?? penat memang penat. tapi nak tak nak kena bangun kerja jugak. huhuhu




notakaki: aku berharap sangat yang bos aku buat meeting masa opis hour. tak pon tak yah la meeting meeting nih bos. kalau nak sangat wat meeting lepas opis hour, wat la kat hilton hotel. baru best. amacam bos? ade brannnnn??? hehehhee



Ok.Byebye ^___^

Khamis, 26 April 2012

kisah aku dan motor

tadi masa dengar hot fm dalam perjalanan ke  tempat kerja, dorang buka hot chat topik kisah motor. senyum kambing aku dengar kisah sorang sorang. ada yang kelakar. ada yang scary. cam orang gila gelak mengekek sensorang dalam kereta.

topik ni wat aku terflash back zaman aku bermotor masa studi kat UTM dulu. aku bukan orang kaya yang ada kereta. masa tu guna duit PTPTpu beli motor. dengan niat senang nak ulang alik ke library untuk studi. kononnya. walhal nak senang nak bejimba ngan kengkawan. padahal mana ada lesen pon. hahaha. macam jahanam kan?

ok. banyak sebenarnya kenangan masa bermotor di kampus dulu. ngan kisah merempit memalam ngan si mye dondeng. pastu dengan eksiden nyer. macam macam.

tapi part yang paling best adalah masa buat praktikal kat Mah Sing. tempat tu kat Mount Austin. So, kena lalu area pasir gudang. kau tau la. pasir gudang tu tempat lori lori besar lalu lalang. lori apa yang takde? dari lori hantu sampai la lori tak berapa hantu semua nya ada.

pemandu pemandu lori ni ada satu habit tau. dorang ni jakun kot kalau nengok orang yang bawak motor tu adalah seorang perempuan. nak nak perempuan santek dan lemah lembut cam aku ni kan? ok. sila jangan muntah. bila nampak perempuan je menggeletis lain macam. kau bayangkan tengah kau fokus ngan pemanduan kau kat jalan raya. ye la mana nak elak kereta. mana nak mencelah celah celah lor  .mana nak elak motor yang merempit sesama sendiri lagi. semua kau kena ambil kira.  tengah syok syok kau bawak motor sambil menikmati pemandangan indah sekeliling kau tetiba kau dengar hon yang ampunnn... begegar bontot tau tak.... hon lori memang power sebab mampu wat aku tak tentu arah atas motor. tehuyung hayang aku. naseb tak eksiden. jantung ni nak tercabut da. pastu saja jer bawak laju laju cucuk kita dari belakang. tak ke menggelabah kau? yang paling aku geram, da la hon kita. pastu bila melintas kita, dengan rasa tak bersalah nya dorang ni gelak gelak bila nengok kita teperanjat. hampeh !

kau bayangkan selama 3 bulan aku dalam berkeadaan begitu. di dera oleh hon lori. stress. sehari kalau kena hon 5 lori, kalau 3 bulan?? sian jantung aku. bekerja keras selama 3 bulan dok ulang alik jalan pasir gudang tu. dosa aku pon makin banyak sebab setiap kali kena hon, setiap kali kata kata carutan terkeluar dari mulut aku. nak hon dorang balik? alahaiii.. kentut aku lagik kuat dari hon motor. muahahaa...

tu la kenangan yang paling aku tak boleh lupa. aku kalau nampak lori jer rasa nak langgar jer doang. tapi apekan daya. dorang lagi besar dari aku. jadi aku hanya mampu memaki di dalam hati saja.. T_T

ni la buah hati pengarang jantung aku masa studi dulu. sekarang aku dah serahkan hak penjagaan sepenuhnya kat adik bongsu aku.. ku rindukan kau HITAM
T_T



nota kaki : sebenarnyasampaisekarangakutakdalesenmoto.muahahahaa



Ok.Byebye ^___^

Isnin, 23 April 2012

saya dah pandai bejalan.. yey !

lama gila nak tunggu kau jalan nak. ahahaha..setahun bau dapat kaki eh mia... mintak mintak ibu tambah kurus la pasni nak keja mia... ahahahaa


enjoy !





Ok.Byebye ^___^

Jumaat, 20 April 2012

insaf dan besyukurr..

sekarang kan musim hujan kan? kat shah alam nie, petang petang time balik kerja mesti hujan. bukan lah aku marah pasal nak hujan pon. hujan kan rezeki Allah.

cuma setiap kali hujan, aku teingat sms dari laki aku. tak silap sms tu masa aku baru baru masuk keja kat kompeni nih. bulan lepas. sms dari suami aku buat aku temenung seterusnya besyukur dengan apa yang aku ada sekarang nih.

nak tau laki aku sms pasal apa? kebetulan hari tu pagi masa nak keluar kerja memang hujan. agak lebat jugak kalau aku tak silap. laki aku cakap masa dia keluar nak pegi kerja hari tersebut, dia nampak satu kapel ni naik moto. dalam hujan. basah lecun. then kat tengah tengah antara kapel tuh ada seoang budak kecik. mak dia balut anak dia dengan raincoat untuk elak anak dia dari kena hujan. ye la.. budak kecik kalau kena hujan kan senang kena selsema la. demam la. kan? so, untuk elak anak dari basah, mak bapak dia yang kuyup dek hujan. aku tak tau la napa dia tak beteduh masa hujan tu. maybe nak rushing pergi kerja ke hapa ke tak lah aku ketahui.

apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah aku masih beruntung sebab ada kereta untuk angkut anak aku sana sini. bukan maksudnya orang yang takda kereta tuh miskin dan yang pakai motor tuh tak kaya. bukan itu point aku. kereta sekarang nih da jadi satu keperluan bukannya lambang kekayaan seseorang. aku pon pakai kereta nasional jer pon. cukuplah untuk bawak anak aku sana sini tanpa perlu kena panas or hujan. even kereta aku taklah seselesa or secanggih kereta BMW or Merc, aku tetap bersyukur.

Mia pon kena bersyukur jugak yer nak. sekurang kurangnya taklah mia sejuk kena hujan. sejuk kena air cond jer la. ahahahaa...

Bila pikir pikir balik, kesian gila kalau anak kecik kena hujan or panas kan?

da, tu jer. nak sambung wat kerja. mana tau naik gaji nanti boleh tukar lamborghini  ker? muahahahaa.. sila berangan sampai lebam !

Ok.Byebye ^___^

Rabu, 18 April 2012

Khamis, 12 April 2012

penolong kanan ibu

semenjak menjadi ibu dan isteri yang bekejaya nih, masa untuk aku mengemaskini rumah amatlah terhad. walhal sebelum bekerja pon sama jerk. mahahaha biasanya masa masa cuti hujung minggu baru la berpeluang nak kemas kemas umah. tu pon ikut mood la. hihihi.

tapi sebulan ni aku hepi gila.sebab? sebab laki aku dapat kerja baru. dan mula keja Mei ni. so, sebulan ni dia cuti goyang kaki kat umah sebab nak habiskan cuti annual leave kampeni lama dia. jadi, sebulan ni laki aku jadi bibik tak betauliah la. semua kerja rumah dari membasuh pinggan, cuci baju, sidai baju, sapu sampah sampailah menghantar mia ke sungai buloh rumah mak aku semuanya laki aku monopoli. ahahaha. jadi, bila aku balik rumah sejuk je mata memandang sebab sumanya tesusun besih. mekasih b ! ^_^

tapi laki aku mana boleh kasik aku goyang kaki cam tu je kan. so, dia sengaja tinggalkan baju begunung gunung untuk aku lipat. T_T tak baik kan..jadi, semalam kan cuti umum. aku pun kekunun tunjuk rajin la nak lipat baju baju yang macam setahun tak berlipat. mana taknya. baju mia da sebakul. baju aku ngan laki aku usah cakaplah. da tinggi menggunung cam bukit broga dah.

so, memula nak wam up, amik yang sikit dulu la. lipat dulu baju mia. tapi aku lupa. anak aku nih rajin. mana boleh nengok ibu dia wat keja sensorang. maka ngan baik hatinya mia tolong. tolong la sangat kan.. T_T


penolong kanan ibu..
T_T

masalahnya baju yang dah lipat pon dia pergi punggah balik tau. sadisss.. tapi mia kemain suka dapat baling baling baju. sabar jer la.. sudahnya baju mia jer yang habis lipat semalam. baju aku ngan laki aku? arghhhh ! ujung minggu je la sambung. tu pon kalau rajin. hahahahaa..



Ok.Byebye ^___^

Selasa, 10 April 2012

1st year with damia......


08 April 2011


08 April 2012

selamat hari jadi sayang... anak ibu dah setahun dah hidup sama sama ibu ngan papa. moga menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendapat keredhaan Allah ya. ibu selalu doa yang tebaik untuk mia. selagi hayat dikandung badan selagi itu kasih sayang ibu takkan luak walau seinci pun untuk kamu. jangan dah besar nanti lupa diri, lupa jasa orang tua. memang ibu sumpah mia jadi kredit card. hahahaa. tipu jer. 

ibu ngan papa sayang mia banyak banyaaakkk. nanti mia da besar sikit kita tiup lilin kek sama sama ya ! 

"HEPI BESDAY NUR DAMIA BATREESYA"


notakaki : mia demam dari semalam. genap setahun terus sakit. doakan mia sembuh ya ! mungkin mia demam sebab nak pandai jalan kot ! yey !






Ok.Byebye ^___^

Rabu, 4 April 2012

bila nak gaji?

damn ! hari ni da 4hb. masih belum ada tanda tanda akan gaji. T__T

duwet pon tinggal kaler merah je. sekeping pulak tu. takpe. balik ni pau en suami. nak pau man, joyah kedekut ! kata sharing is caring. tak baek joyah menghabiskan reta family dia sensorang kannn...

doakan aku. mana tau tetiba tejumpa duwet ke terjumpa kad kredit ke. boleh aku beli sambal bini wan basir. muahahaa....




Ok.Byebye ^___^