Khamis, 20 Disember 2012

tolongla...






kadang kadang kita tak sedar dalam cara kita bercakap, dalam cara kita berkomunikasi, dalam cara kita memberi arahan kita tidak menggunakan ayat yang bersesuaian.

sebenarnya kau nak mintak tolong dengan kawan kau setelkan kerja kau. MINTAK TOLONG. tapi cara kau mintak tu serupa macam kau bagi arahan kat kawan kau tu setelkan semua kerja kau tanpa boleh kawan kau kata TIDAK. padahal kau pon tau kawan kau pun sama banyak kerja.  sama banyak kerja macam kau!

jadi, jangan salahkan kawan kau tu bila tiba tiba dia memberontak dan buat kerja kau tu dengan muka hitam, hati sakit dan tak ikhlas langsung. bila dah tak ikhlas dalam sedar tak sedar kawan kau tunjukkan ekspresi muka dia yang dia sebenarnya tak nak TOLONG kau. walaupun sebelum ni dia buat kerja kau tanpa apa apa prejudis atau tanpa apa apa bantahan, tapi tak selama lamanya dia boleh berdiam, tabik hormat kat kau sampai bila bila.

ketahuilah, yang kawan kau tu pun manusia biasa. manusia BIASA yang ada perasaan. bukan robot yang boleh terima semua arahan sedangkan pada masa yang sama dia tengah sibuk setelkan semua bebanan kerja kerja dia yang kau sendiri pon TAK PERNAH nak tolong.

please la.. kalau kau tak suka orang beri arahan kepada kau, please.. dont do the same things to others. please.. kalau tak, sampai bila bila orang takkan respect kau. yes ! memang dorang akan buat apa yang kau suruh sambil dalam hati berbakul bakul sumpah seranah yang kau dapat. fikir fikirkan....


Ok.Byebye ^___^

Sabtu, 15 Disember 2012

ingin begitu juga..

ya. aku bekerja hari ni. malas sangat. tapi gagahkan diri ke tempat kerja.. gigi sakit. sangat. berlubang dah teruk. tapi takut nak jumpa dentist. boleh? huhuhuhu

nak dijadikan cerita, awal awal pagi nak ke opis, aku nampak satu pasangan ni. dah umur veteran. jogging. bagus betul. menjaga kesihatan. kebanyakkan budak budak muda usah bermimpi nak bangun awal pagi semata mata nak jog termasuk lah aku. heh.

takada apa yang luar biasa semasa pasangan ini berjoging. sama macam orang lain. kena berlari lari anak bukan? kalau lari pecut itu bukan joging tapi main polis entri. huahuahua. ok. lawak bodoh.

masa nak melintas, kemain bersungguh pakcik ni pegang tangan isteri dia. takut ada kereta yang laju lalu masa mereka nak melintas. oh ! romantik gila. sambil paut tangan dan pandang kiri kanan untuk pastikan mereka selamat melintas. aduhh... gentleman ok !

aku? kalau melintas. laki aku jalan dulu. pegang tangan? last sekali 2 tahun dulu kot. sedihnyer. dah tak ada masa nak romantik romantik da. nak nak ada anak. mana kau nak dukung anak. mana nak kejar anak.. takkan time tu ko sibuk sibuk nak pegang tangan laki semata mata nak romantik? ade makan penampauu u..

alahai.. takkan nak tunggu dah tua baru ade can nak romantik? sodihhhh....


Ok.Byebye ^___^

Jumaat, 7 Disember 2012

budak bertuah..

malam tadi masa rehat rehat sambil goyang kaki atas sofa empok sambil nonton movie HBO, papa mia keluar ke bank. ape lagik. bayar hutang dong. tinggal aku ngan mia jer.

masa nengok movie tu aku perasan si mia dok ngangkut patung beanbean dia ke hulur ke hilir... ah.. biarlah. janji diam. sukahati kau la nak nak buat apa pon. sambil sambil tu aku jeling jeling jugak. kang tetibe masuk bilik air, masak aku.

memula aku nampak dia pegang botol losyen baby & johnson. goncang goncang nak sapu kat benbean die la tu. aku gelak jer. relax. budak ni bukan dia reti buka penutup botol losyen tu pon.. goncang sampai lebam nak. kata ku di dalam hati sambil ketawa kecil.

pastu aku konsentrate kat tv balik. tetiba aku hidu bau wangi. takkan hantu kot. gila apa. sekalik....  nak gugur jantung nengok anak bertuah nie dia pergi lumur beanbean dengan bedak. separuh botol abis ditogak nyer... Y___Y.. boleh teberanak awal ibu kau mia nengok kan peel kau nie. nak sebat kang budak kecik lagik.. sudahnya urut dada.. sambil cakap "miaaaa.... ibu penat laa"... dia pandang je muka aku dengan muka comel dia tuu.. adduuuhhhh.... sebelum papa kau balik baik kemas... nak tak nak aku amik la kain basah lap... sadisss betul la kalau ingat perangai budak ni tau..

dah la hari tu pergi nenenkan beanbean dia. siap selak baju nak kasik nenen.. pening kepala mak laaa....





kemain seronok ceria lagik bahagia kan kau nak dapat main tepok tepok bedak kat beanbean? ibu kau pulak hanya mampu tepok dahi jer sambil nanges... Y___Y..

bertuah betul budak ni tau !



Ok.Byebye ^___^

Khamis, 6 Disember 2012

I'M BACK !

wah ! tajuk tak menahan... macam la orang penting nak heboh dia dah berbloging balik. rindu nak menulis kat sini. sangat !

kenapa semua gambar hilang? apekahh? sedih.. Y__Y

takpe takpe.. nanti kita hapdet gambar yang lebih menarik.. yang lebih boombastik ok.

takda apa nak tulis pon. cuma sekarang me dah pregnant. what? yess... i'm pregnant again. gatal sangat.. pantang tersenggol... kahkahkah... tu la...sape suruh kan? terlajak perahu boleh diundur.. terlajak perbuatan kan dah perut ke depan.. muahahaha.. rezeki Allah nak bagi.. kekunun hebat sangat. rancang manual lagik. konon nak kasik mia besar sket. sekalik terrrrmengandung pulak.. papa mia lah nie. JAHAT ! hahahaha

now dah dekat 14 weeks.. due insya Allah bulan Jun 2013. tak kisah lah baby boy ke baby girl ke.. janji sihat.. sempurna sifat... kalau boy pon ok. kalau girl pon ok. boleh kawan ngan kakak mia kann... :)

harap harap semua berjalan dengan lancar. moga selamat semunya. sabtu lepas pergi buat check up. kali ni try kat Putra Medical Center. sebelum ni masa bersalinkan mia aku bersalin kat PUSRAWI. saja nak try tempat lain. ramai member kata ok. amik Dr Ratna. friendly gila. cakap pon lembut jerk. alahai... jatuh cinta aku. baik sangat doktor ni. so far servis ok la. cuma satu jer. nak test urin kena share bekas tu. agak geli di situ walaupon lepas guna dorang dah cuci. masa kat pusrawi bekas tu setiap orang dapat sorang satu. so, next check up aku ingat nak bawak bekas urin sendiri. tidak kemahuan berkongsi kongsi... hehehe..

k la... ni pon ngular masa bos meeting. selamba badak. nanti ade masa aku hapdet lagi k. cau cin cau..



Ok.Byebye ^___^

Rabu, 12 September 2012

Sabtu, 11 Ogos 2012

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

Dulu... Aku memang tau Tuhan itu adil... Tuhan itu Maha Penyayang... Itu kan pekara yang asas..
Tapi kini aku YAKIN...SANGAT... Tuhan itu selalu mendengar doa hambaNya walaupon doa dari hamba yang hina macam aku...Y___Y

Terima kasih ya Allah.... Walau aku selalu ingkar suruhanMu tapi Kau masih memakbulkan doa aku... Sesungguhnya Kau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Takkan aku sia siakan peluang kedua yang kau berikan...


Dan semoga aku akan menjadi hambaMu yang lebih baik.. Yang selalu "berkhalwat" denganMu...Y__Y

Amin ya robal 'aalaminnnn...

Rabu, 8 Ogos 2012

ulang tahun ke-3

hari ini adalah ulangtahun ke-3 perkahwinan kami. tiada janji manis. tiada kek. tiada apa apa kejutan. tiada.

mengharapkan selepas ini ada yang ke-4, ke-5 dan seterusnya..

atau ini...


mungkin pengakhirannya..



nota kaki: maafkan aku, sayangg...




Ok.Byebye ^___^

Khamis, 2 Ogos 2012

tolong.. tolong jangan memperbodohkan diri anda boleh tak?





aku jumpa video ni masa jalan jalan di muka buku tadi. mampos..

tebelahak aku ! nak sepak pon ada..

tolonggg.. tolonglahhh...kenapa nak malukan diri sendiri. napa nak tunjukkan kebodohan diri. motif muncungkan mulut? apekahhh?? menyampah mak ! rasa nak piat piat je muncung kau dik !

tak pasal pasal dah kena kutuk. suke la tuh kan.. glemer semelaysia kau dik !

best ke weh buat mulot itik nih? pasnih nak try la.. kompom akak glemer.. glemer kena bahan.. muahahhaa...


nota kaki: kalau anak aku yang buat aku ikat muncung dia kasik sidai kat ampaian. kemain nak sangat muncungkan mulut kan?? jaki betul aku la.. haisshhh



Ok.Byebye ^___^

pengalaman bersahur #1

takda apa pon nak cerita. tahun ni tahun ketiga aku dan suami sambut Ramadhan. takda apa yang beza. tetap bangun sahur seperti sebelumnya dan berbuka ala kadar. tak mahu membazir konon kononnya.

tapi ini tahun kedua sambut puasa dengan Damia. tahun lepas dia kecik aja. ahh.. cepatnya masa berlalu. sekarang budak kecik nih dah nak masuk setahun setengah. tengah melasak. kemain aktif. bak kata adik adik aku "mia nih seminit pon tak leh diam eh". nak tengok dia diam time tidur je la. tu pun time tidur golek sana golek sini. tak diam jugak. Y___________Y

sebelum nih masa nak masak untuk sahur kemain bertenang nak masak. aman. damai. permai sambil di tiup angin dingin subuh kat tepi tingkap dapur. nyaman jer.

sekaraaanggg??? jangan kau bermimpi.

aku baru jer nak mula masak, dah dengar suara meraung. melalak macam kena cubit. siapa lagi? budak bertuah tu la. mia sekarang memang selalu bangun time kami sahur. dah kelam kabut aku. mana nak masak. mana nak kacau nasik. mana nak buat air panas. mana nak melayan dia. kadang kadang laki aku tolong jugak layankan si mia. tapi kebanyakkannya membongkang je atas katil. huh !

nak tak nak bawak jer la mia ke dapur. nasib sekarang ada baby tv. kasik dia hayal kejap nengok tv. sempat jugak la masak mana yang patut. pagi pagi yang sejuk pon boleh buat aku berpeluh. padahal masak telur ngan sardin jerk. wakakakaa. penat weh. mana nak layan anak lagi. nak masak lagik. nih bukan mengeluh. luahan perasaan. heeee..

mia nih spesis bangsa yang tak boleh tak nampak aku takda depan mata dia. kadang kadang dia saja jer buat buat nangis. air mata tak keluar pon. sebab dia tau aku kalau denagr dia menangis cepat cepat larik pujuk dia.  aduhhh.. akal dia...

tu belum cerita bab meniru apa orang buat. bahaya betul ! sekarang dah pandai cakap "no no no" sambil goyangkan jari telunjuk. comelll.. hahaha.. kekadang kami siap paksa dia buat. comel sebab dengan slang baby dia. aahhahaha..

hurm.... tahun nie merasa lah nengok mia beraya pakai baju kurung. tempah khas. kat ampang park. gila babi mahal. tempah baju baby jer RM100. aku tempah kebaya jer RM180. huuu.. boleh dapat sepasang baju lagik tuuuu... tahun ni kami tema warna pink. comel kan... arrghhh... cepatlah raya. boleh mia kutip duit raya.. so, anti anti sekalian, jangan lupe sediakan duit raya ya ! hehehe...




Ok.Byebye ^___^

Isnin, 23 Julai 2012

29th birthday



alhamdulillah. syukur. terima kasih Tuhan. masih beri aku kesempatan. bernafas. bernyawa. bercinta. berkasih sayang. segalanya. syukur atas nikmat tak terhingga ini.




p/s:next year dah masuk 3 series.. i likeeeee... ahahaha





Ok.Byebye ^___^

Jumaat, 20 Julai 2012

salam ramadhan al mubarak







esok umat Islam dah mula berpuasa. selamat menjalani ibadah puasa kawan kawan. moga kita sama sama mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini..


jangan curi curi makan ya ! babap nanti.....
^____________^



Ok.Byebye ^___^

Khamis, 19 Julai 2012

cucian minda #2: ayat elak santau

aku dah lupa mana aku dapat info ni. yelah. zaman sekarang moden macam mana pon, urban macam mana pon kalau ada yang dengki khianat dekat kita kena jugak kita.

jadik, sebelum terkena, kita sediakan pendinding dulu. dah terkena, nak berubat tuh yang payah.

meh kawan kawan. amalkan ayat nie sebelum makan kat gerai yang kita tak tau tuan kedainya guna pelaris ke tidak. kalau tak, baguslah. kalau ya, insya allah dengan kuasa Allah, dapat dielakkan dari perkara yang tak sepatutnya.


Moga kita semua dilindungi dari perkara perkara yang jahat dan sentiasa mendapat keberkatan dariNya.

sekian, ustajah general menulis. berjumpa lagi di lain waktu. 
Assalamualaikum...




Ok.Byebye ^___^

Isnin, 16 Julai 2012

dunia semakin pelik atau manusia yang membuatnya pelik?

aku pelik betul. lelaki sekarang dah hilang rasa hormat kepada kaum hawa. tak kenal tah siapa tiba tiba ajak makan bersama sama. GILA ! kadang kadang mereka ingat perempuan ni murah sangat. cukup berbekalkan kereta jenama mahal ingat boleh angkut perempuan ke mana saja? silap. silap besar. ingat kau pakai kereta mahal boleh buat isteri lupa suami dan anak anak di rumah? kau salah sama sekali.

hairan aku. punya banyak perempuan perempuan yang hot. punya bersepah perempuan yang seksi seksi kenapa isteri orang juga yang kau cari? hilang akal ke hapa? dah lama hidup? berani sungguh orang lelaki sekarang sampai bini orang pon nak sebat.

aku tau tak semua lelaki begitu sebab kadang kadang ada juga perempuan yang miang. laki orang juga yang dia dok gesel gesel. nak test market katanya. pantang nampak lelaki yang ada duit sikit dah mula nak mengendeng ngendeng. padahal tau lelaki tuh dah berbini dah beranak. tapi tak peduli. janji poket tebal. yang lain tutup mata. macam macam hal.

baru baru ni aku kena sapa dengan seorang lelaki yang aku tak kenal. naik mazda. colour putih. aku nak masuk kerja pagi tu. tetiba hon aku. ingat nak tanya jalan ke. sesat ke. tak pon subcon nak tumpang dokumen ke. tak tau lah apa niat dia. ikhlas ke atau saja nak test market. tetiba ajak aku makan tengah hari sesama. saiko gila ! aku cakap dah kahwin. masih berkeras ajak aku lunch sesama. siap nak nombor phone. kepala hotak dia ! hell no. jangan harap lah kan.. dah tak dapat nombor phone ugut aku pulak.


"takkan saya nak ikut awak setiap pagi pulak"


whattt ?!! terkejut. terkesima. terkedu dan semua terrrr lah... nasib ada opismet nak masuk opis terus berpura pura kata itu bos. dan ini adalah part yang buat aku rasa nak muntah darah. bila mangkuk tuh nak blah, siap kata baaiiiiii diikuti oleh flying kiss. aku ulangi flying kiss.. aku ulang lagik sekali. flying kiss. laki aku pon tak pernah nak berflying flying kiss ngan aku tau !

gila babi saiko mamat nih ! kesimpulan yang aku dapat mamat nih memang mental ! kasihan isteri atau girlfriend dia dapat laki yang saiko cam nih ! gilaaa..


jadi, moral of the story kat sini, memang ramai jer lelaki yang dah tak ada adab. kot yer pon kau sangap pepagi buta, kat chow kit melambak lambak. apa, kau ingat aku nih 'ayam' ker? kalau aku pakai singlet atau short dress boleh gak kau assume aku nie wild girl. ni aku berbaju kurung ok ! saiko punyer jantan !



nota kaki: nasib hari nie mamat saiko tuh takda. aku rasa dia saja nak test market kot. kalau dia kacau lagik, kompom wat report polis. saiko gila ! tapi kalau yang saiko man tuh encem cam messi, tergoda juga aku. eh !


Ok.Byebye ^___^

Khamis, 12 Julai 2012

tantrum

tadi jalan jalan cuci mata di facebook terjumpa benda alah ni kat situ. moga kita para ibu dapat informasi yang berguna untuk kita praktikkan bila berhadapan dengan situasi begini bila anak anak meragam nanti...







Tantrum:
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini. 

2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia. 

3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda. 

4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang

5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak. 


Salam kasih, sumber dari FB : Prof. Dr. Rozieta Shaary



nota kaki: bila copy paste jer terus setting larik. aisehmen !





Ok.Byebye ^___^

jangan buat wanita cemburu ya sang arjuna...


siapa yang macam perempuan dalam gambar ni angkat tangan ! pandai korang simpan tangan ek. babap kang!

^__________^



nota kaki: nasib baik aku bukan macam tu. aku kalau jeles, aku tak marah marah deh. aku cool jer. tapi aku parangkan aje ! cool bukan?..


Ok.Byebye ^___^

Rabu, 11 Julai 2012

Selasa, 10 Julai 2012

su weyh...

su wa suwey good morning.. su wa suwey good morning... su wa suwey good morning....

best tak lagu intro aku kengkawan??

ahad lepas tukar brake kereta burn 370 hengget ! brake pam pecah. brake pad haus. gila ! maikel shumaker pon tak bawak kereta ganas macam aku. ni kalau shopping dah tentu tentu dapat kasut sepasang ! su weyh !

pagi tadi sebelum pergi kerja bengang ngan incik suami. padahal beliau cuma melawak. tapi mungkin tak kena masa kot. dah buat aku hangin sebadan. su weyh betul !

hati rasa tak sedap. biasanya kalau tak sedap hati ada jer tak kena hari tu kan? masuk masuk kerja dah kena bambu ngan bos. su weyh lagik !

lepas tu telepon buat hal. setiap kali nak pass line kat boss, mesti putus. kena marah lagik. memang su weh
gila aku hari nih ! boss siap sound "eh ayu, you pas line macam mana nih?? bla bla bla bla..... terus takdak mood nak buat kerja. arghhh !



nota kaki: haruskah aku mandi bunga untuk menghilangkan su weyh ini? sro00ottt 
                                                  Y__________________Y


Ok.Byebye ^___^

Khamis, 5 Julai 2012

sakitnya.. jari tersepit !

memang kebiasaannya setiap malam sebelum tidur aku akan mandikan mia dulu. yelah. budak kecik kan kemain aktif. berpeluh sana. berpeluh sini. nak kasik selesa tidur so mandikan lah dulu. nak dijadikan cerita. selalunya lepas bogelkan mia, aku akan dukung dia ke bilik air. malam tadi ntah napa aku boleh menonong jer ke bilik air. tak perasan dia membontot aku jugak ke bilik air.

pintu bilik air tertutup. nak masuk kena lah bukak kan? aku pon tolak la. perlahan. tak kuat pon. tetiba aku dengar budak meraung. ya allaahhhh !! jari anak aku tersepit ! terus aku menjerit tarik mia. ya allah.. ya allah.. ya allah.. tu jer yang keluar dari mulut aku.

mia jangan cakap la. meraung sambil menjejeh jejeh hingus. aku usap usap tangan dia. aku hembus hembus agar hilang sakit. aku cium cium jari anak aku. moga hilang rasa bisa. ya allah.. ralat gila kau tau. kenapa aku tak perasan yang anak aku ada kat pintu tu..

laki aku punya bising tak leh nak cakap. dah memang salah aku. dengar jer la kan. kasik peluang dia menceceh. huh ! lepas tuh aku amik air panas tuam tangan dia. biru kau ! 3 jari mia tersepit. jari hantu, jari manis ngan kelingking dia. jari yang tengah paling teruk. lebam dan biru. membelam darah orang kata. bisanya. Y_______Y..


nampak tak biru kat jari dia?
Y__________________Y


aku rasa ralat gila. menyesal tak tau nak cakap. sampai rasa nak kepit tangan sendiri kau tau. menyesal sampai rasa nak cabut semua pintu kat rumah aku tu. kesian anak ibu ! maafkan ibu.. Y__________Y
ibu betul betul tak sengaja. haishhh.... tak tau nak hilangkan rasa ralat tu macam mana. sampai sekarang aku dok rasa menyesal yang amat !!

bila mia dah reda sikit dari menangis, aku terus mandikan dia. dia macam merengek rengek jugak. mungkin rasa sengal sengal dekat jari dia tu kot. lap jer badan ngan tuala terus nenenkan dia. tak pakai pampers tak pakai baju ngan seluar pon. balut ngan tuala jer. nenen punya nenen terus terlelap dalam sakit. penat menangis kot.


tidur lepas penat menangis sambil tahan rasa sakit. nasib ada bantal busuk !
kesian budak kecik nih !
Y_________________Y

hai. macam mana la aku boleh cuai macam tu sekali. macam mana aku boleh tak perasan tangan anak aku kat pintu tu? cuai gila kan?? Y_____Y

tadi masa nak gi kerja, mia dah ceria balik. dah lupa rasa sakit tangan dia tuh. kuat betul anak ibu kan? huhuhu... pastu buat buat tanya " mana tangan sakit mia?" terus tunjuk tangan dia. mengadu la tu. huhuhuhu.. dah siap boleh babai babai aku tadi, kira dah ok la tuh kan? hahahha.. tapi bila tengok biru dekat jari  dia tu wat aku rasa nak menangis semula. haish !


nota kaki: semalam aku nak letak minyak panas kat jari dia. tapi takut dia gosok gosok mata dia. tak ke pedih? pastuh dengan bijaknya aku letak colgate. mampus kena gelak ngan laki aku. ok la tuh kan. colgate kan sejuk ! hahahaha.. gelak dengan kebodohan diri sendiri. mak panik nyah ! tu yang tak boleh pikir dengan waras tu.. hihihihi





Ok.Byebye ^___^

Selasa, 3 Julai 2012

cucian minda #1: hadapi stress

sekarang mana ada orang yang tak stress. semua orang stress. bangun pagi stress. masak stress. dengar anak menangis stress. nak makan stress. nak pilih kedai makan pon stress. dengar laki membebel stress. eh. ye ke laki membebel. bila diri sendiri membebel tapi tak diendah lagik la stress. ye tak? yang tak stress bila laki kasik duit untuk soping. kan? muahahaa. keji gila ayat !

jadi kawan kawan ku sekalian. kalau stress tak perlu susah susah bunuh diri. tak perlu telan pil perancang tidur. hanya perlu cara yang betul untuk menangangi stress ni.

meh cube !


moga berjaya membuang stress anda ~!


Ok.Byebye ^___^

misteri #2 :pukau



cerita ni dah lama. saja aku nak kongsi di sini. kejadian berlaku bulan lepas. bukan aku yang kena. adik ipar aku. ceritanya bermula begini. pagi tu masa aku tengah fokus dekat kerja **fokus la sangat** aku dapat sms dari adik lelaki aku. cakap yang bini dia kena samun. whatt ??

terus aku  call adik ipar aku. ceritanya macam ni. pagi tu macam biasa adik ipar aku keluar nak ke tempat kerja. dalam perjalanan nak ke tempat kerja dia nak singgah atm sebab nak guna untuk makan tengah hari. tempat ATM yang dia singgah tuh dekat kawasan kilang kilang. memang ramai orang selalunya. tapi masa dia singgah takda orang langsung. pak guard selalunya dok menyidai kat situ pon haram takda. so, macam biasa, adik aku pon masukkan kad atm. tekan no pin dan masukkan amaun yang dia nak keluarkan.

TIBA TIBA ada seorang lelaki acu pisau kat badan dia. Y__Y sian dia. mesti adik ipar aku takut gila masa nie. dari apa yang adik ipar kau cakap, mamat tak guna tuh melayu. tapi muka tak nampak sebab pakai full cover helmet. mamat tu hanya cakap " nak duit". terus tak semena mena adik ipar aku keluarkan semua duit dia and bagi pada mangkuk hayun tu. dah dapat duit, mamat tu terus chow ngan sorang lagi member dia yang dah sedia menanti atas motor. adik ipar aku masa tuh macam mamai. terus naik motor pergi tempat kerja dia. dah lama tuh baru dia teringat yang dia kena samun dan pukau.

then dia call pakcik dia. pakcik dia nie berilmu la agaknya. ilmu macam mana aku tak tau. dan di sinilah bermulanya misteri itu. adik ipar aku bagi tau pakcik dia ni yang dia baru kena pukau dan samun. pakcik dia cakap. takpe. takpe. nanti dia tengok macam mana. boleh dapat ke tak duit tu... dalam pukul satu tengah hari macam tu, pakcik tu call adik ipar aku. cakap kejap lagik mamat tuh akan pulangkan balik duit tu dekat bus stop tempat kerja adik ipar aku tu. tapi dia pesan ambik je duit dan jangan cakap apa apa. dengan kuasa Tuhan, mamat tuh datang weiiii... bagii balik semua duit yang dia samun tuh tanpa kata sepatah apa pun. bagi sambil tunduk kepala. hebat gila pakcik dia kan?? dengan kuasa Allah la kan mamat tuh datang.

Alhamdulillah. duit dapat balik. dalam 8rat jugak la. banyak tu kann.. mamat tuh nampak macam dia pulak kena pukau. ni sapa pukau sapa nih?

aku gerenti lepas nih mesti mamat tu tak berani nak memukau lagik. sekalik kena dekat orang yang ada ilmu, kan dah terkena balik.

nota kaki: pakcik dia ni kat gombak dan yang peliknya, pakcik dia ni tak pernah pon pergi tempat kerja adik ipar aku ni. mana dia tau depan tu ada bus stop?? yang buat aku terpikir pikir sampai sekarang ni macam mana dia boleh seru mamat tuh pulang duit balik sedangkan dia tak nampak pon orang nya macam mana. ok. dah mula seram. huuuu

Ok.Byebye ^___^

Sabtu, 30 Jun 2012

misteri #1 :benjolan di dada

hari ini hari sabtu. and yes. aku bekerja. tapi bukan itu yang mahu aku bebelkan di sini.

aku perasan. sejak 2-3 hari lepas, ada benjolan di tengah tengah dada aku. maksudnya ada benjol yang bila dipicit agak sakit di antara kedua dua breast aku. sekarang agak bedenyut jika tersenggong. sakit. bila tekan terasa ada lendir di situ. sakit doh ! Y__________Y

benjol itu tidaklah besar tapi bila memikirkan kedudukannya yang agak hampir dengan 2 puncak khazanah membuatkan aku ngeri memikirkan apakah benjolan misteri itu.

balik kerja nie aku nak singgah klinik kejap. nak ngecheck misteri benjolan ini. dan aku sangat berharap ia bukanlah penyakit yang aku takutkan itu. penyakit yang semua perempuan di dunia ini takuti.

dokan aku !

update : doktor cakap biasanya kalau benjol di kawasan itu adalah disebabkan liang peluh yang tersumbat. so, doktor bekalkan aku pil antibiotik dan krim sapu. tapi kalau dalam tempoh sebulan nih bengkak dia bertambah teruk or tak surut surut, memang ke hospital la jawabnya. aku harap bengkak ini akan hilang. sekian.


ubat yang doktor bekalkan.. moga dapat hilangkan bengkak nih!
Y____________Y




Ok.Byebye ^___^

Khamis, 28 Jun 2012

TAK BOLEH BLAH..




nota:iklan yang mia dengar tu kat radio. tak jumpa pulak aku kat youtube nie... yang ni lagu dia slow la. huhuhu

...........................................................................


tak boleh bla betul. banyak banyak iklan, mia kalau dengar jer lagu nie terus badan dia automatik goyang goyang. meliuk liuk badan menari. siap goyang kepala lagik. kelakar betul !

semalam masa nak balik rumah hujan. cuaca sejuk sejuk je kan. so, biasanya budak kecik ni kemain banyak mulut. sekalik diam jer. nengok nengok ngah layan perasaan sambil mata kejap kejap nak pejam. sangap nak tidur rupanya. ok. sekalik dalam radio keluar pulak iklan klmu nih. terus cargas kau ! tebedik terus mata   ! automatik bdan goyang goyang dalam carseat. kelakar ! 

mia mia.. macam macam perangai. sekarang suka sangat menjerit. tapi mana boleh lawan kepetiran ibu dia nih ! eh.

nota kaki: budak sekarang memang advanced. kecik kecik dah pandai menari bagai. jangan dah besar kau hilang takda kat umah, rupanya berjoget kat pub bawah umah kita yer nak. mampos ! memang ibu parangkan kau !



Ok.Byebye ^___^

Selasa, 26 Jun 2012

sudah sudahlah mengomplen ayu...

aku selalu merungut. selalu komplen kata kerja yang aku buat ni susah. kerja yang aku hadap sekarang ni membebankan. selalu kena buli. selalu kena suruh buat kerja yang bukan dalam scope of work aku.

selalu makan hati ngan sikap kawan kawan sekerja yang suka cakap belakang. depan baik macam angel tapi kat belakang kita macam tahi. kanasai !

tapi aku lupa. lupa bersyukur. sekurang kurangnya aku ada kerja. cukup bulan dapat gaji. dengan gaji tak seberapa tu lah aku guna buat bayar hutang. gaji aku bukan besar pon. tak semewah laki aku. tapi sekurang kurangnya aku dah tak bebankan dia dengan hutang kereta. personal loan. tak dengar dah dia bebel suruh cari kerja. aku lupa itu semua bila asyik merungut. bila asyik membebel dengan bebanan kerja aku sekarang. tak bersyukur sungguh aku kan?

padahal dulu bersusah payah nak cari kerja. menangis bila kena panggil temuduga tapi tak diambil kerja. bila dah dapat tak tahu hargai rezeki Tuhan bagi. Jadi, mulai sekarang aku tidak mahu komplen komplen lagi. mulai hari ini aku janji akan ikhlas bekerja sebab rezeki yang datang bukan bergolek golek datang kat kita dengan mudahnya. sebaliknya dengan usaha dan niat yang betul, aku pasti Tuhan permudahkan segalanya. yang lain lain persetankan sebab lumrah manusia. suka jaga tepi kain orang. suka mengadu domba. suka melihat kesusahan orang lain. prinsip aku senang. kalau aku tak buat tahi ngan orang, insya Allah orang lain takkan berani lempar tahi mereka dekat aku. kan? kalau ada yang berani buat, aku celet tahi hidung dekat dia. eh.

doakan aku moga aku jadi pekerja yang cemerlang, terbilang dan gemilang. kena suruh fotostat pon fotostat la. janji gaji jalan.

sekian tazkirah di petang selasa. jumpa lagi...

nota kaki: aku kagum ngan semangat makcik penyapu sampah kat sini. tak heran panas semua. hari hari kutip sampah, buang daun daun kering kat tepi jalan ni. kesian. ikutkan hati nak aja aku tebang pokok tu. tapi tak merungut pon diaorang. aku rasa lah. kalau tak kompom dah diaorang dah berenti keje kan? pasrah je diaorang. tetap teruskan kerja semata mata cari rezeki yang halal. jadi, apa tujuan kau yang kerja sejuk beku dalam aircond nak komplen komplen pasal kerja? just shut up your mouth and buat je kerja yang disuruh. masa interview kemain semua boleh buat. sendiri mahu ingat la ayu. huhuhuhuu..




kemain seronok lagik jadi kliner nih rupanya kan...
nak jugakkk..
Y_____________Y




Ok.Byebye ^___^

Selasa, 19 Jun 2012

manusia memang macam ni..

dulu masa sekolah rendah, tak sabar sabar nak masuk sekolah menengah.

bila dah masuk sekolah menengah, menggelenjat bila nak nak masuk universiti.

da masuk universiti, cool gila rasa. pas dah grade, mula pening kepala pikir nak cari kerja.

bila dah dapat kerja, merungut. stress. menyesal tak belajar bidang lain yang kerja senang tapi gaji kepok kepok cam laki aku.  goyang kaki tunggu hujung bulan gaji masuk sampai tak terbelanje. eh. ye ker? hihihih...

tapi tu la. mana ada benda yang kita nak kita senang senang je dapat. ye tak? aku kalau la boleh, nak goyang kaki tapi duwet masyuukkk tetiap bulan. ada tak kerja camtu? kalau ada roger aku ! aku nak nak nak....




nota kaki:sebenarnyer nak cakap aku stress gila hari nie. tuh yang merungut kat sini. aku kan hanyalah shrek manusia biasa. kan?



Ok.Byebye ^___^

Isnin, 18 Jun 2012

berat gila..





sabtu lepas lesen aku mati. so petang lepas balik kerja, singgah the store ngan en suami. pergi pejabat pos sana. renew lesen. setel.

masa tunggu lif nak ke parking, nampak mesin timbang. memula takut nak timbang. sebab tau resultnya pasti menakutkan. last last timbang jugak.
sekalik masuk syiling 20 sen, jarum pon berputar. berputar.. berputar lagik... haaa... sampai je kat angka 70 dia stop !

whatttttt ???!!!!

gila ! berat aku dah 72 okeh ! 72kg !!
 Y_________________Y

sekalik tak puas hati jugak. kekunun rasa jarum penimbang itu rosak. sedapkan hati sendiri la konon. suruh en suami timbang.. dingggggg ! 52 kg !  ahhh... mampos...

nampak sangat bini  raksasa ! laki makin cekeding. berat laki aku turun 2 kg. bini dia?? tak cukup kalkulator nak kira. Y___Y

menangis la sampai lebam.. sampai keluar ingossss segala... camna nak kurus balik nih?? ade cadangan??




nota kaki: apsal ley naik mendadak?? padahal aku makan mcm biasa.. sehari makan nasik 3 kali. sekali makan 2 tambah.. boleh gemok meh???

Ok.Byebye ^___^

Sabtu, 16 Jun 2012

hari ni hari sabtu

hari nih hari sabtu.

aku kerja.

Y_____Y

dah..

tu jer nak bagi tau




Ok.Byebye ^___^

Rabu, 13 Jun 2012

Isnin, 11 Jun 2012

aku pelik...

aku pelik. aku hairan. kadang kadang penat otak aku bepikir untuk cari jawapan yang aku kepinginkan. tapi selalu tergantung macam tu je. bukan apa. aku tertanya tanya. kenapa setiap kali kau ada masalah ngan isteri atau suami kau, kau mesti nak babitkan orang ketiga? kenapa mesti kau amik peluang atas keserabutan rumah tangga kau dengan berskandel dengan perempuan atau lelaki lain sedangkan kau tau masalah yang kau hadap dah cukup banyak. dah tak tertampung dek badan. tapi kenapa nak tambah satu lagik masalah? tak ke bingai tu??

oh.. kamonnn.. jangan cakap sebab dah takda tempat kau nak luahkan perasaan. konon konon serabut. perlukan perhatian. perlukan bimbingan. tapi kenapa kau cari lelaki atau perempuan yang kau tahu akan menjerat perasaan kau? kenapa tak mintak pendapat adik beradik. mak bapak ke. ok. fine ! sebab malu nak cerita. ok. aku paham. kau ada kawan baik kan? takkan takder... kucing aku pon ada kawan. kau takkan takde. kenapa kau tak cerita je kat kawan kawan rapat kau. kenapa mesti nak cari somebody yang berlainan gender untuk kau muntahkan perasaan kau ketika itu. mula mula luahkan perasaan.. kekonon ada masalah ngan laki or isteri. tetibe eh.. tersyok pulak. ape kes??

masalah yang sedia ada tak setel lagik. tambah lagik satu beban. pastu bohong ngan isteri atau suami. pasang skandel kat luar.. bagos bagos...

sebab tu aku hairan. kau ade masalah ngan pasangan masing masing. so setelkan lah dengan pasangan korang. yang nak cari skandel kat luar tuh nape?

pastu skalik kantoi, baru nak melutut merayu. lelaki bila bini dia yang ada skandel, kemain mengaruk. kemain sentap. terus nak cerai. takde kompromi. yelah.. kang simpan bini jenis camni dikatakan dayus kan???

tapi bila laki yang menyundal kat luar macam mana pulak? nak bagi peluang ke lelaki macam ni? kang kalau terus bersama tak ke dikatakan isteri pulak dayus simpan laki macam ni?? kan?


nota kaki: aku sakit hati sebab kebanyakkan kawan kawan aku merana sebab laki dia ada skandel lain. sial la !




Ok.Byebye ^___^

Khamis, 7 Jun 2012

umur hanyalah sekadar angka


bulan lepas punyer cerita. tapi nak jugak cerita.. kuikuikui


selamat hari lahir mak ~!
**cucu yang lebih lebih... birthday sapekah?? 



happy birthday mak... moga panjang umur dan sentiasa mendapat keberkatan-Nya. moga sihat selalu dan murah rejeki. dah banyak duit nanti boleh bawak anak menantu cucu semua pergi holiday. eh.

sayang mak banyak banyak


nota kaki : umur bagi aku hanya sekadar usia. <--- ayat kaber line sebab next year nak masuk 3 series da.. huuuu


Ok.Byebye ^___^

Rabu, 6 Jun 2012

aku nak tanya

aku nak tanya. kalau kau menipu, mampu ke kau terus hidup dengan tenang dengan kebohongan yang kau cipta. selepas kau berbohong, adakah kau rasa bangga sebab mampu memperkotak katikkan kepercayaan yang telah diserahkan kepada kau? selepas kau berdusta mampu ke engkau nak berpura pura seolah olah tiada apa apa yang berlaku sebelum ini. MAMPUKAHH??

aku percaya hidup ini umpama roda. kekadang kita di bawah. namun ada masa kita di atas.

aku juga pecaya. satu hari nanti kebenaran pasti terbentang juga. tembelang pasti pecah juga.

cepat atau lambat.

itu aku pasti.

kan..




Ok.Byebye ^___^

Rabu, 30 Mei 2012

Selasa, 29 Mei 2012

kisah itu

kisah itu.
walau telah lama berlalu..
lukanya masih terasa...
parutnya tetap ada..
dendam masih bersisa...

walau mulut ungkapkan kemaafan..
walau keinsafan telah dititipkan..
untuk melupakan tidak akan pernah..
untuk bepura pura tidak disakiti memang sukar
jadi biarkan aku begini..
meratapi takdir yang diberi...
walau ia hanya kenangan silam.
sekali terimbas luka lama berdarah kembali.

kerna aku
kerna aku
kerna aku
hanya manusia



manusia biasa...





Ok.Byebye ^___^

Khamis, 24 Mei 2012

tak perlu kata apa apa.. senyum : )

akhirnya, setelah penat menanti. setelah penat menunggu. dapat jugak tau keputusan kes langgar lari hari tu.



mekasih en sarjan sebab buat keputusan yang tepat dan adil walaupun lambat gila nak dapat keputusan ini. huhuhu...


lakaran kasar tempat kejadian...

alhamdulillah. Tuhan dah bantu aku untuk dapat keadilan dalam kes nih. doa orang teraniaya dimakbulkan bukan? syukurr..

sekarang ni  sedang proses untuk claim insuran pak cik WCY 1174 tu.aku berani bet gila babi dia mesti terperanjat masa nak renew road tax dia pasal tetiba je ncd da yilek. padan muka ! yela. bajet aku tak dapat no plat dia. silap besar la...

apa apa pun, semuanya dah setel. lega sket hati aku. cuma nak tunggu kereta siap memang makan masa lama sikit la. sedih sebab terpaksa nengok incik suami buat amal jariah sedekah duit kat teksi tetiap hari nak pegi kerja. T_T.. sekali pergi RM16++... kalau sebulan? menangissss T_T

tapi incik suami cakap kita boleh claim total loss of  a day kat insuran pak cik tu.. aku harap boleh !

k la korang. doakan semuanya berjalan dengan lancar. aku harap insuran pak cik tuh aktif. kalau tak masak aku. huhuhu



nota kaki: sudah mula merindukan WRY 7496 ! rindu la sangat.. ahahahaa.. mengada kan? 






Ok.Byebye ^___^

Khamis, 17 Mei 2012

rezeki di tengah hari


tadi masa pagi pagi kat opis aku dah dok pikir nak makan apa tengah hari nanti. oh ! teringin gila nak makan nasik kukus ayam berempah kat foodcourt restoren bisik bisik tu. ayam dia besarrrrrr... nasik banyakkk..ada kari ngan acar sayur. wah ! memang ngam lah ngan keluasan tangki perot aku kan...

then tadi masa nak luch hour, tanya ngan opismet aku dia nak makan kat sana tak. sekalik dia kata kalau hari biasa ramai gila orang. memang tak sempat. dia ajak tapau tempat lain T_T alahaiii..sedihnya.. rasa macam dah sampai kat tekak. memang betul pon. kalau pergi hari jumaat time orang lelaki solat jumaat pon kene beratur  panjang inikan pula hari lain. redha. pasrah.terus jilat tapak tangan.petua orang dulu dulu elak kempunan.. entah betul entah tidak. kahkahkah. abaikan.

so, tadi tapau je la nasik putih, ayam kunyit, sayur sket ngan jeli kelapa. oh ! aku memang da lama cari jeli kelapa ni. menyesal beli satu. sedap yum yum yum....


ni la apa yang aku sumbat dalam perut tadi. makan sampai licin. lapar.... 



nota kaki : sok jumaat kan? yey ! nak makan nasik kukus ayam rempah. jangan kedai tu tutup. aku bakor karang kedai dia ! eh.



Ok.Byebye ^___^