Sabtu, 30 Julai 2011

selamat pengantin baru angah.

kepak kepak kebumm kebummm** bunyi kompangg**

rasanya masih belum terlewat untuk aku wish selamat pengantin baru kat satu satunya dik bujang aku yang telah melangsungkan perkahwinan beliaw dengan isteri terchinta pada 24 julai lalu. majlis berlangsung dengan meriahnya dan alhamdulillah, semuanya bermula dan berakhir dengan meriah. tema warna umah perempuan adalah kaler pepel. orang ada tema warna. kau pon nak jugak. haruslah kan ! 4 bulan sebelom majlis da migrain pikir tema warna apa. ngalahkan artis gituw. akhirnya kami sepakat nak pakai kaler ijaw pucuk pisang. mestilah sebab ayah aku kejer jabatan alam sekitar. warna mesra alam gituw. ko hader? muahahaa.

terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan majlis tersebut, sedara mara, sahabat taulan dan rakan rakan yang bertukus lumus dan mengrah tenaga pada masa kejadian kerana tanpa anda semua tidak mungkin majlis berjalan dengan lancar.

kat bawah ada beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan tersebut

cekidaut !

selepas akad nikah... da halal da :P

majlis malam berinai di sebelah rumah perempuan 

peranten ngan mak bapak belah lelaki

kami sekeluarga :)

adik beradek peranten haruslah mencapap pada masa kejadian.. lalala

waktu bersandeng di majlis belah perempuan
santek kan kaler dier.. i loike 
pelamen dier pon gojes
kami sekeluarga
kandid ! pandang penganten sume-->>kata aku macam potograper
Alololo.. kemaen manje ko eh ngah. naseb da halal. kalu tak, da kono sosah da ekaw..

dan yang nih paling penting. tanpa dorang majlis mungkin tidak berjalan dengan lancar.
penanggah yakni orang kuat  pada masa kejadian.



 hurm.. ape ape pon, selamat pengantin baru angah dan ida. moga korang berdua bahagia selalu hinggan ke akhir hayat. akhir kata cepat cepat proses anak buah aku. baru mia ade geng nak di buli. wakakaa :)



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Khamis, 28 Julai 2011

semangat harimau belang.. opsss... harimau malaya


wah ! tuan puteri da titon. dapatlah mempokuskan sepenuh perhatian ngan match kejap lagik. games timbal balek malaysia vs singapore.

bedebar debar la pulak cam nak gi nikah. muahahaha. go go malaysia.. sila baham singapura.. belasah mereka cukup cukop... kami rakyat malaysia beri sokongan padu pada anda untuk berjuang ! tidak mustahil anda berjaya mencipta sejarah  mengalahkan singapore malam ini dengan sokongan padu penyokong malaysia di stadium bukit jalil malam ini. tiket 85 ribu sold out tuh ! singapore ade??

aku?? sokong dan bersorak dari rumah je la. janji ade semangat kesukanan.

mia, jangan teperanjat dengar papa dan ibu menjerit taw ! ngeh ngeh ngeh.

ok. da stat. fokussss !!!


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

benarkah BF akan menyebabkan anda kelaparan seperti di afrika?

semenjak lepas bersalin, aku mengalami momentum kelaparan yang sama tahap dengan orang yang tidak pernah berjumpa nasik selepas terhumban di afrika selama setahun. ya ! itulah perumpamaan yang cocok dengan orang yang batak nasik cam aku sejak kebelakangan ini. **ke sebelum nih pon same?? aiseymen !**

aku pelik dengan perubahan luar biasa ini sedangkan sebelum ini rutin memakan nasik adalah seperti orang normal yang lain. kalau dulu kau makan sepinggan nasik pon da sendawa besar tp skunk kau tala 3 pinggan pon rileks jerk. siap makan bubur kacang semangkuk penuh pas tuh.

aku pelik napa setiap kali aku makan, setiap kali itu jugaklah suami aku menjegil jegilkan mata seakan akan bagi hint " oit, apsal ko makan banyak sangat ??" oh ! baru aku teringat. kan aku BF!! orang kata. bukan aku kata. orang kata bila bf kita akan sentiasa lapar.dandan jadikan BF sebagai sebab utama mengapa kau jadi jakun nasik dan sedapkan hati sendiri kenapa berat badan kau naik mendadak kebelakangan ini.

ciss !

satu lagi contengan jiwa oleh:

MIA HARI INI

disebabkan budak kecik namo tido langsung, maka aku suh die layan toys yang papa dia belikan tok dia. memula ok la. dok pegang pegang. dok gigit gigit. kau tunggu lagik seminit. meraung cam kene cubit. nak tak nak dokong je la mia sampai lebam.. ni tulis entri nie pon sambil dukong dier. taip sebelah tangan. hebat?? ko boleyy?? menangessss.....

so, td busan busan snap gambo mia... mud tuan puteri ngah baek. baru pas nenen kater..

cekidaut !!







satu lagi contengan jiwa oleh:
 

luahan perasaan seorang ibu. erkk

**mata rabak sebab tak cukop tido**

mia malam tadi kemaen susah nak tidokan. kau bayangkan. dari kul 6 petang semalam pukul 1 pagi baru dia tido. aduhh ! letih ibu nak. bekuda kepang bagai tapi mata kau bukan tepejam tapi boleh tebukak besar siap sengih sengih pandang ibu. nape? tak besz ke lagu kuda kepang ibu dodoikan kat mia tuh?? haishhh !

dulu sebulan dok umah mak aku ramai la melayan si mia. lepas sorang, sorang dukung ko. skunk kat umah, ade ibu ngan mia jerk. pengsan ibu. T____T tulang belikat ibu tak sempat nak bercantum da terabak balek dok hayun kau kiri kanan.. sroottt T________T

mia bila kena letak jerk, nangess.. bila ibu amek jerk teros kau ketawa bedekah dekah eh. wah ! ibu pulak yang menanges.kadang kadang tak sempat nak kencing berak. kasihan kan? pas nih kena masuk dalam list pampers tok ibu biar senang nak melepaskan hajat. rasenya cerah masa depan aku dapat penyaket batu karang sebab manjang terlupa nak kencing. nak makan pon tercekik cekik. kekadang sampai terlupa nak minum. pastuh dok ralat apsal la tekak kering sangat. cam bepasir la. upernyer tak sempat minum. nanges lagik T___T. aku rase nasik yang aku makan minggu lepas pon tak proses lagik sebab tak sempat nak kunyah. maen telan jerk. da macam ular sawa ibu kau nih mia oit.. menanges lagik.

mia oh mia... bila nak marah pon terpakse postpone sebab pandang mia jerk kau boleh senyum ek. terus ibu pon cool down. pandai pon. ikut gen sape? gen ibu la kan? wakakaka.... apak ko??? **tak brani nak kuarkan statement** wakakaka

mia ade satu peel. bila ngah nenen dia boleh stop kejap. then pandang aku pastu sengih.. pastuh sambung nenen balik. geram aku la. tuh bila mud die bukan nak tido la. masa nenen pon sempat nak maen.. gediks taw ! tapi bila angin meroyan dia sampai time dia nak tido, tuh dia. nak tecabot nenen kau !! sekalik dia hisap tak kasik peluang punya ! sampai tesedak sedak pon rileks je dia nenen. aku yang takot ! gagah betol anak ibu nih la..

tapi bila mia tido, aku renung renung dia rasa syahdu pulak. macam tak percaya aku da jadi ibu. dan sesungguhnya melihat mia membesar adalah satu anugerah yang tak ternilai walaupon kekadang aku naek darah ngan budak kecik nih **masih membiasakan diri ngan perubahan perubahan hormon**. aku bersyukur kerana sekurang kurangnya Dia memberi aku peluang nikmat menjadi ibu. moga aku dapat menjadi ibu yang terbaek tok mia buah hati ku.
************

dari jauh kedengaran jeritan seorang ibu yang macam kene rasuk:

"MIAAAAA...!! JANGAN MELALAK LAAAAAA!"



satu lagi contengan jiwa oleh:

Rabu, 27 Julai 2011

majlis cukur jambul

23 julai yakni sabtu lepas **besday aku tuh** telah berlangsungnya majlis cukur jambul anak aku ngan anak makcik aku. mia ngan qaleesya hanya beza 2 bulan. so, alang alang aku nak wat kenduri cukur jambul mia, aku ajak la makcik aku juin sekalik. aku kan anak sedara mithali kan? ok, sila jangan muntah.

disebabkan ari ni aku takde mud nak menulis bagai, korang nengok je la gambar mia sampai lebam ok. cekidaut !

tag mia and qaleesya yang aku design sendiri. kretip kan??

goodie bag masa kejadian. bunga telor nih lebih masa aku kawen dulu. sudah jimat di situ. then beli mug kat giant             rm 0.99 /pcs. pastuh tasbih di sponsor mak mertua aku dan gula gula ditaja oleh mak aku. 

adik aku ngah siapkan mia. penat aku ngan makcik aku dekorasikan play pan nih tok majlis tuh, tapi last last tak digunakan langsung...
sroottt T__T

mak dan bapak peranten pada masa kejadian. ngeh ngeh ngeh

peranten pada masa kejadian. nurul qyra qaleesya and nur damia batreesya.










begitula alkisahnya. sekarang nie ngah tunggu en somi bawak mia gi kedai gondolkan rambut dia. tungguuuu !


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Selasa, 26 Julai 2011

bila da kantoi

entri ini agak panjang untuk dibaca. so, sila minum kopi elak mengantuk. ngeh ngeh ngeh

                                                     **********
biasala. bila da kenduri mesti jumpa saudara mara. bila da berjumpa geng, gosip gosip liar tidak dapat dielakkan. bak kata orang macam mana ligat tangan kau buat kerja camtuh jugakla becoknya mulut kaw becerita. kebanyakkannya adalah fakta dan bukannya auta. aku harapkan begituwla. heee. masa ni la ko akan taw macam macam cerita. mesti ada saudara mara kau yang kepochi **termasukla aku** yang jadi wartawan tak terlatih dok cerita  cerita hangat ala ala wartawan melodi. cerita anak jiran kawan sepupu kau lari rumah la. cerita anak kambing kawan pakcik kau kena langgar lari la. macam macam hal yang kadang kadang wat kau terlopong bila dengar.

ok, macam nih. nak dijadikan cerita, sepupu rapat aku **harusla yang rapat. yang tak rapat buleh bla. muahaha** bercerita kisah klik opis dia ada skandel ngan opismet dier. yang membuatkan aku hangat montot bile si sepupu aku kata si jantan nih da kawen. ada anak 3 kalau aku tak silap. watdehel ! yang tambah sadis, isteri jantan haprak nih tak bekerja sebab nak menjaga anak dorang. si suami grad dari obersi. si isteri jua grad dari universiti tempatan. tapi amek tindakan drastik tak bekerja sebab anak anak. kasihan bukan? kau penat penat menjaga anak, menjaga makan pakai suami tapi apa balasan suami pada kau? CURANG !! bukan aku nak sebelahkan kaum hawa sebab aku adalah spesis dari kelompok yang sama, mungkin juga si suami ada sebab mengapa dia berbuat demikian**kebanyakkan bagik sebab ikot sunah nabi. sunah lain apsal ko tak ikut??** tapi bagi aku takdak sapa sapa kat dunia nih yang boleh terima pasangan masing masing curang sedangkan dia taat setia pada kau. si isteri dengan percaya dan yakin yang suami keluar bekerja untuk mencari rezeki untuk anak anak. namun, kau boleh sambil menyelam minum air pula ya ! yang si skandal, kamu tidak pernah rasa bersalahkah kerana cuba memusnahkan kebahagiaan orang lain? pelik aku la. setiap kali kau pegang tangan jantan tuh, kau penah terpikir tak yang dia ada istri dan anak anak di rumah yang menunggu kepulangan suami dan ayah mereka? sial la... maap aku termaki. haisshhh... aku jadi geram la. memang aku naik hantu kalau dengar kisah macam nih taw.ok. malas nak emosi sangat sebab harus simpan tenaga nak menaip nih. itu kisah yang suami ada skandel tapi belom kantoi ngan isteri dia.

kau nak dengar kisah suami yang kawin lain diam diam then kantoi ngan istri pertama tak? kalu nak sila angguk 3 kali.. hahahaa. ok. sila seriyus. kadang lelaki pikir mereka spesis paling hebat dan paling bijak. sebab itu spesis jenis mereka nih tak takot langsung nak menipu kaum hawa. bagi mereka kaum hawa nih kaum lemah. kaum yang mudah diperkotak katikkan. kaum yang sentiasa bergantung harap ngan spesis jenis mereka. boleh bla. ok. da terlebih emosi. kembali kepada cerita tadi, sepupu aku **orang yang sama. memang kepochi betol minah nih. haishh** dok hint hint kata ada hamba allah nih dok kawin lain. aku namakan jantan nih A ok. A nie ada bisnes kat indonesia jual barangan jati. sepupu aku mulanya taknak bagitau sapa tapi disebabkan aku da acu pistol ugut dia ala ala ajib kl gengster, maka sepupu aku pon paksa rela reveal nama A. oh! aku nyaris terkena heart attack sebab terkujat bila taw sape si A. sangat tak percaya dol ! dan aku hampir menitiskan airmata bila terkenangkan isteri A. ok. aku dan famili A dah kenal lama. kami berjiran sejak aku kecik lagi. and aku juga rapat ngan anak A malah ke sekolah menaiki motor sama sama. isteri A juga sangat baek dan CANTEK. kurus, tinggi, putey melepak. nak dijadikan cerita, si A kantoi bila anak dia check henset A. A ingat dia bijak. A ingat dia boley lari dengan selamat bila menipu isteri yang setiakan dia. kuasa Tuhan takde sape pon buley melawan kan? secara tak sengaja satu hari anak A saja godek godek henset A. dalam pandai pandai si A pon bodohnya jugak ! selamat la konon delete mesej ngan binik no 2 kat inbox. yang ko tak delete skali sent intem ape kes?? bangang !!

da kantoi, ape lagik. perang dunia pon meletusla. wah ! baek punyer chilok. kekunun ade bisnes kat indon. skalik ngan minah indon ko bisnes ! shilake ! 13 tahun ko tipu isteri kau ya ! siap ada anak 3 da.

mesej yang paling tak ley bla siap tanya " period tak? nak datang sana ni". kuang ajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......
bini A sakit agak teruk. tangan selalu kebas kebas. muka naik sembab. aku kalu jumpe dia dok pikir pikir nape acik nih sakit eh sebab sebelum nih dia sihat jerk.

anak anak pon tak respek A. anak yang lelaki siap ber aku aku ngan A. nengok ! dari keluarga yang bahgia terus jadi kacau bilau. tak de anak anak yang respek A lagik. anak A yang perempuan da kawen. ada anak 2 sekarang. dia trauma and da tak percayakan suami dier. hurm..  isteri A mintak cerai tapi A tak nak kasik. tamak ! ego kot !

yang paling tak boley bla, kalu ko jumpa A kau akan cakap "tak percayala pakcik nih tipu isteri dia. muka baik. inesen jerk. tak kan tegamak nak tipu isteri dier"

aku kalu pikir pikir memang susah nak percaya sebab A sangat baek ngan keluarga dia. tapi air yang tenang salo banyak buaya. sekarang A dipulaukan oleh keluarga sendiri.

ari ahad lepas aku baru je jumpe keluarga A. sedih bila nampak isteri A. aku dengar cerita, A jugak datang tapi naek kete asing asing. so, itulah bahana atas tindakan bodoh kau !

kesimpulan yang aku dapat rumuskan kat sini adalah, selama mana kau menipu, satu hari nanti penipuan kau pasti terbongkar. dan bila da terbongkar, ko mesti terima " hadiah" atas pembohongan kau selama ini dengan penuh redha dan tawaduk sebagaimana kau redha dan tawaduk menipu isteri yang taat, setia dan percayakan kau.

lagik satu aku nak tanya pada orang jantan, napa korang tak pernah puas? ape yang korang carik sebenarnya pada pompuan lain? tak yah gebang la cakap nak test market. selalu cakap isteri da takdak masa nak layan korang sebab ralit ngan anak anak. habis kalu korang da dok menggatal, ade lak mase korang nak melayan kerenah anak korang? satu jerk. kalu la isteri korang dok bersayang sayang ngan jantan lain, ape perasaan korang? tak yah skandel la, pegi makan sama kawan lelaki je la. aku rasa kompom esok da masuk paper metro "isteri kena bakar". itu pon keluar beramai ramai. haish !




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

budak kecik da pandai tiarap

ok. sebenarnya hari ini aku sangat penat. penat sebab adik bujang aku baru je kawin semalam. kebetulan 23hb ada majlis cukur jambul anak aku. ok, cerita cukur jambul dan majlis kawin adik aku nanti aku ceritakan di lain entri ok.

sebenarnya aku sangat hepi hari nie. pagi nie mia bangun awal. pukul 9 mata dia da besar. da jadi rutin aku ngan en somi dok melayan budak kecik nih pepagi bila dia da bangun. sangat seronok rupanya ada baby nih.. harus proses yang kedua dengan kadar segera **teringat detik bersalin** oh, abaikan dulu pemprosesan itu. ngeh ngeh ngeh.

masa agah agah mia, aku da perasan yang budak nih da pandai mengiring dan angkat angkat badan dia. tapi montot dia berat agaknya sebab setiap kali dia cuba mengiring mesti badan dia kembali ke posisi asal. tapi mia seorang yang kuat dan tetap berusaha. wah ! ayat ko.. selepas beberapa kali mencuba, akhirnya mia berjaya jua meniarap dengan jayanya buat pertama kali pada pagi tadi **gile skema ayat** aku lak kemaen gembira cam laki menang loteri satu juta. wakakakaa..

mestila hepi. anak da pandai niarap sendiri. mia baru 3 bulan setengah. wah.. pekembangan yang baek nih. nengok la die minum apa. susu ibu beb **tunjuk thumb up dan mengembang kempiskan idung**







sekarang baru pandai tiarap. memang la aku suka. tunggu dia da pandai merangkak. memang aku yang menanges tetiarap dok pening nengok mia MENGEMAS umah bila dia da pandai merangkak nanti. b, carikan orang bibik !!! ahahahaa.



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Sabtu, 23 Julai 2011

tambah satu lagik usia

HAPPY BIRTHDAY TO ME...
HAPPY BIRTHDAY TO ME.....
HAPPY BIRTHDAY TO ME...
HAPPY BIRTHDAY TO ME...

ALWAYS SWEET 18 ! erk....




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Selasa, 19 Julai 2011

mencari sesuatu yang hilang

ok. 2, 3 minggu nih aku banyak berpikir **sebelum nih pon aku berpikir jugak**
sekarang nih aku sibuk mencari kerja. tabur resume tak kira ape jawatan sekalipon. penat sebenarnya sampai aku terpikir apekah kesudahan aku dengan mencari kerja nih? aku da sakit otak sebenarnya. saket otak pikirin hutang keliling ketiak nih ha. mana nak cekaw duwet nak bayar installment kereta mahal aku nih. naseb aku tak pakai bentley **nak bayar kete nasional pon tersemput semput** mane nak curik duwet nak bayar utang kredit card? tuh belom campor utang PTPTpu lagik. makin lama aku pikir makin biol dibuatnya.

last last solution yang paling mujarab adalah TIDO. esok esok je la aku pikir eh. buley?

nih da nguap kali ke berapa ratus ntah. adalah lebey baek aku tido sebelom budak kecik nih mangon nak nenen. gud nite.


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Isnin, 18 Julai 2011

rinduw gile weh..

**urut urut belikat sambil minum jus oren twister sambil bersile panggung**

wah ! kelamaan jugak tidak menghapdet blog nih. rinduw gilos !
sro0oottt !

seriyus. aku penat gile. budak kecik nih da pandai namo letak atas tilam or toto. aduh. nak melekat jerk 24 jam. nek patah belikat aku dok mendodoi si kecik nih. ko nak lepok lepok je montot budak nih kasik dier tido? usah ko bemimpi di siang hari. die punyer ngada ngada ngalahkan putri raje. nak kene bedodoi bagai. da macam kuda kepang da ibu ko nih mia. hayun kiri kanan. sambil tuh kuarkan suare ala ala soprano nih nyanyi lagu metalica   berzikir dan berzanji nak menidurkan budak sorang nih la.. papa dier? usah ko harap dapat tidokan si mia. membangunkan budak nih dari tido memang dier expert. huh !

tadi punyer la kelam kabut. mia tak nak tido. dengan nak masak nyer. perut aku da belagu riang ala ala suara amir raja lawak yang mesti aku musnahkan dengan kadar segera. ikot hati nak jer aku suh tuan besar tapaw. tapi apekan daya. baru je balek dari soping barang dapor. ko nak mampos suh beli makan luar lagik? mana nak dan dengan nak melipat baju lagik. letak ngan papa dier kejap jerk mud dier baek. skalik dia stat enjin. ya ampunnnn.... sempuutttt aku dibuatnyer. papa dier pon serender nak mujuk si mia. last last da give up kasik aku setelkan? bijak bukan papa mia?
huh !

aduhhh ! penat gile. nih tuan puteri baru je beradu. dapat la longgar longgarkan sendi sendi yang da nak terkehel nih... kasihan aku bukan? sro0oottt T__________T





satu lagi contengan jiwa oleh: