Ahad, 19 Februari 2012

kisah si nur damia batreesya

mia da sepuluh bulan sekarang. lagik 2 bulan da setahun. oh ! kejap jer anak ibu da besar. rasa macam baru semalam jer mia baru lahir.

gigi pon da tumbuh 2 batang. senang sket nak makan. biskut pon da pandai gigit sendiri. bagus anak  ibu !

mia sekarang da ada tabiat baru. suka joget joget. tak kira la bediri ke. duduk ke. merangkak pon dia boleh joget joget. kelakar ok. siot ! aku tak sempat nak rakam la kasik korang tengok ! sekalik tengok cam teletubbies da budak kecik nih. kalau mood dia baek, camtuh la. joget sane. joget sini. tapi, sekalik dia mengaruk, aku yang naik hantu. wakaka.

pastu suka sangat jerit jerit. kalau kita jerit 2 harkat, dia jerit panjang 4 harkat. kita jerit panjang 6 harkat dia punya jerit berharkat harkat. da la kuat. nyaring. bingit telinga aku.  oh ! baru aku sedar kenapa sekarang ni aku makin pekak. huu

pastu bila malam mengigau ngigau. menangis sokmo. sebab siang da penat joget sana. menjerit sakan bagai. time tido la dia wat hal. kekadang aku yang naik hantu. aku pulak yang terjerit jerit tengah malam sampai laki aku pon tekup ngan batal telinga dia. mana taknya, baru je nak lelap dia wat perangai. sori papa. mia nih wat ibu naek hantu. hahaha. mia mia... macam macam peel taw.

nie ada gambar mia. bukan yang latest pon. gambar bulan lepas masa aku ngan suami bejimba kat penang. so, cekidaut !




MIA.. JANGAN CEPAT SANGAT BESAR TAU. NANTI IBU TAK BOLEH NAK PELUK AND CIOM MIA.. 
T_____T





kisah si penganggur tua.. wakakakaa...

tajuk tak ley blah ek? hahaha

ok. memang dah lama tak hapdet apa apa kat sini. rindu.. sro0ott T_________T banyak benda aku nak share ngan korang tapi macam tak tau nak start dari mane. haish !

oh ! semalam aku cuba nasib pergi interview kat menara ambank. diaorang wat open interview. ala. korang pon tau kan yang aku nie sekarang penganggur yang berjaya.. wakaka. so, dengan semangat berkobar kobar ngan hati cekal dan waja, pagi pagi lagik aku, mia ngan suami keluar umah ke sana. sesi temuduga bermula dari 9.00 pagi sampai pukul 5.00 petang. so, pukul 9.30 pagi da keluar umah sebab kalau boleh nak setel cepat. ingatkan aku adalah orang yang terawal sampai. sekalik sampai amek kau. penuh gila ngan manusia. dari yang baru lepas spm sampailah autie cina yang jual telur ayam pon ada. huhuhuh. jadi, bila aku nengok ramainyer umat manusia semalam secara tak langsung aku tau yang ramai jugak manusia menganggur cam aku nih yerk **padahal sedapkan hati sendiri**. so, aku rasa lega. kahkahkah..

nak amek borang pon kene beratur bapak punyer panjang. da macam audition akademi fantasia okey ! ada gak dalam sejam beratur nak amek borang. then nak submit pon kena beratur lagik. dah macam budak sekolah rendah nak bebaris kat kantin beli makan doh. ahahaha. then diorang terus interview hari tuh jugak. tapi kau ingat time time tuh jugak nama kau kene panggil? sila bermimpi 40x sebab belum tentu pas mimpi 40x tuh nama kau kena panggil ! aku tunggu turn nak interview adalah dalam 2 jam setengah. dalam pada tuh mia mengamuk ngamuk ngan papa dia. aduhh ! banyak betul dugaan. dah la pakai heel. saket kaki aku. selamba je aku bukak kasut kat situ. gasak !

interview sampoi jerk. dalam 10 minit kot sebab masa tuh pon da pukul 4.15 petang.. kau bayang dari pagi sampai petang nunggu tak makan tak minum. oh ! lupa.. aku ada minum masa curik curik kuar nak nenenkan mia. sian anak ibu ! ibu yang interview dia pon sama letih.

interview tuh cam aku cakap sangat sempoi. tapi contract basis la. tapi aku tak kisah pon. asal keje udah. kol 5.30 petang sume setel. balek terus drive thru mekdi. bapak punyer lapar. mia pon tak makan nasik. sian gile. makan roti jer budak kecik tuh. srooott T_____T

pihak bank cakap if aku berjaya, diaorang akan call dalam masa 1-2 minggu nanti. oh ! aku inginkan kerja ini..... Tuhan, permudahkanlah segalanya...

DOAKAN AKU YA !