Selasa, 28 Februari 2012

gigi

aku ade sebatang gigi berlubang. agak kritikal jugak kondisi kedalaman lubang gigi aku nih. nak cabut aku tak nak. gile kau. aku memang penakut ngan jarum. takut nak bayangkan doktor gigi enjet kat gusi ngan jarum dia. aiyo.. seram. lagik  pulak bila terbayangkan dengan saikonya doktor gigi tayang playar dia sebelum cabut gigi tu. dengan bunyi bederap derap gigi aku bila kena cabut dek playar doktor tuh. tampal? aku dengar kawan kawan cakap tampal lagik sakit dari cabut. arghh... memang sampai bila bila aku takkan cabut ape tah lagik tampal.gila saiko. ok. fine. tu semua memang alasan. hahahaa.

bila gigi sakit serta merta aku mudah naik angin. dengar ayam bekokok pon aku rasa mau tampar ayam tuh. dengar burung bersiol siol pon aku rasa nak tembak jer burung tuh. jadi aku selalu berharap agar gigi aku tak selalu sakit tok elakkan aku jadi cam orang gila meroyan.

sebelum nih, kalau gigi aku bedenyut denyut aku rela telan pain killer. mujarab. tapi sehari dua je la. pastuh membengkak. nak makan pon sakit. tapi kalau da spesis melantak cam aku nih, peduli apa aku ngan gigi yang belubang tuh. janji perut kenyang ! sebab kalau aku lapar, nanti aku akan bertukar jadi HULK. tak caya? tanya laki aku. dia da biasa da nengok aku bertukar dari isteri yang lemah lembut kepada raksasa hijau gara gara perut lapar. muahahaha.

ok. sekarang ni gigi da mula berdenyut denyut. laki aku selalu suruh pergi cabut. selalu aku wat wat tak dengar dengan alih topik lain. hahahhaa.

k la.. harap harap sakit gigi nih tak melarat. malam nih sebelum tidor kompom gosok gigi. menjak duduk jb aku selalu termiss gosok gigi sebelum tidor. ahahaha. ala... baru 2 minggu. mampos.. gila pengotor. mahahahaa.

dah. dah magrib da nih. gigi masih sakit. mau berkhalwat dengan Tuhan dulu. lepas tuh nak makan. padan muka gigi yang sakit. ahahahaha.

"eh burung ! kau boleh senyap tak?? aku sepak kang.. aku sakit gigi la !!! "



Ok.Byebye ^___^

korang rasa tak apa yang aku rasa ha?

koranggg.. nak tanya ni. korang pernah tak rasa macam apa yang aku rasa? kalau tengah tengah malam. masa semua orang lain dah tidor. tapi korang masih berjaga.puas pejam mata. tak boleh tidor jugak. golek kiri. golek kanan. mata degil jugak nak tidor. haaa.... tu la yang aku rasa semenjak dua menjak nih.

time time tuh fikiran melayang layang ntah kemana kan? macam macam dok pikir. dok berangan. aku kekadang suka berangan kalau lah aku kaya. time time macam nih aku ada kat mana ek? kata pon kaya. kawan kawan pon stok kaya gila babi la ek?  tak urban la kalau 1, 2 pagi kat umah kan?? paling koman pon ngah berparti ngan mak mak datin. huuu.. sosial sosial.. tuh kalau da kawin. kalau tak kawin lagik kompom kompom ngan belipur lara ngan kawan kawan kupu kupu malam kat disko ke. karaoke ke. wah.. sosial sosial. agaknya sebab tuh la aku tak kaya kaya. sebab bila kaya jer sume tempat yang aku nak pergi semuanya soSIAL ! sigh~**istigfar panjang**

ok. lupakan angan angan yang menyesatkan tuh. sebab lepas tuh aku selalu terbayang. terpikir sebenarnya.  kalau la tiba tiba Tuhan amik nyawa aku saat mia masih kecil macam nih. macam mana la agaknya mia kan? suami aku kan? mak bapak aku kan? kawan kawan aku kan? dorang sedih ke tak ek? sapa yang datang ziarah aku buat kali terakhir ya? berapa lama diaorang akan sedih atas kehilangan aku. sebulan? setahun? ke lepas 2 tahun da tak da sapa ingat aku. oh ! kalau betul ini memang sedihhh. hurm **menangis**

yang paling aku risau ialah kalau mia menangis. siapa yang boleh pujuk dia. papa mia pon surrender bab bab pujuk memujuk mia kalau dia mengaruk. selalunya hanya aku seorang jer yang boleh pujuk mia. nanti dia nak menyusu macam mana? sebab dia menyusu badan.. nanti mia boleh ingat ke muka aku bila dia da besar? mia boleh ingat ke betapa aku sayang kat dia?? **menangis lagik** pastu siapa yang jaga mia? nanti ada orang berebut ke nak jaga mia?? oh ! sadisssss...

pastu, rasa rasa pas aku mati nanti, laki aku kawin lain tak ek? ngan anak dara ke? ngan janda ke? ke dia tak kawin kawin sebab nak tumpukan perhatian kat mia? atau pon baru seminggu aku mati, dia senyum lebau sebab leh cari orang baru?? oh ! ini lagik menyedihkann T___T

nanti mia ada ibu tiri dia dera mia tak?? berani dia nak dera mia.. ibu bangkit dari kubur cekik dia ngan papa papa mia sekalik. ok. ini lawak. hahahaa. tapi kalau betul syok jugak kan???

Tuhan.. aku tau aku hambaMu yang hina. tak malu nak meminta minta. aku tau ajal maut semua ketentuanMu. Tapi, tolong ya Tuhan. jangan ambil nyawaku sekarang. berikan aku kesempatan untuk lihat damia membesar. berikan aku peluang untuk lihat damia berjalan. aku ingin melihat damia bersekolah. aku ingin merasai kegembiraan bila mana damia tamat pengajian di universiti. aku juga ingin bersama sama damia di hari perkahwinannya. aku juga ingin merasa nikmat menjadi seorang nenek. tolong ya Tuhan. T___T

ok. da cukup sesi berangan di sini. air mata tetiba mengalir laju pulak.dah. aku nak basuh muka jap. kang mak mertua aku ingat aku gaduh ngan laki aku lak sebab mata bengkak menangis.


Ok.Byebye ^___^

susahnya nak ajar mia bottle feed

hari sabtu lepas balik kl kejap. bungkus baju sang suami yang konon konon sebelum nih khabarnya hanya sehari dua kena kerja di pasir gudang, jb. sekalik dapat tau kena stay sampai akhir bulan 3. da tu, baju sebelum ni bawa 2, 3 helai jer. yang dalam dalam takkan nak resycle 2, 3 hari kot? takkan nak terbalikkan spender yang kau da pakai semalam sebab nak pakai hari ni? gila jijik. hahaha...

sebenarnya alasan utama laki aku nak balik adalah sebab dia nak ambil jersi real madrid dari kawan dia. kawan dia dapat melancong gi real madrid sebab menang peraduan seng heng. jaki gila aku. punya excited nak jersi tuh sampai sanggup tunggu kawan dia balik dari expo motherhood kat klcc dari pukul 6.30pm sampai kol 8.30pm siot**kalau aku tak silap lebih kurang tuh la waktunya** gila sabar tunggu ! semua pasal JERSI !

isteri member dia tuh mengandung. so, dorang gi beli barang baby kat expo tuh. agak murah katanya. jadi, kitaorang kebetullan nak ajar mia bottle feed. so, esoknya pergi jugak menggedik gedik kat klcc semata mata nak beli botol susu. avent ada wat sale. so, beli 2 botol yang 11 oz baru RM85. murah lah dari beli kat kedai biasa kan? banyak jugak barangan baby kat expo tuh. nak nengok car seat tapi suami aku tak bekenan. la, baru aku perasan.  rupa rupanya hanya ke sana untuk beli botol susu mia jer. alahai !

sebelum nih pernah jugak bagi mia minum formula milk. pernah bagi anmum. pernah bagi enfalac. tapi 2, 3 kali jerk sebab aku nak full breast feed mia. yang bagi formula milk nih pon sebab mak aku bising bising masa pantang dulu. kekonon susu badan aku tak banyak la.. mia tak puas menyusu la.. last last aku ikotkan jugak bagi mia susu lembu. tapi nak pulak budak kecik tuh. susu aku lagik sedap kan mia? mahahaha.

tapi sekarang nih aku nak ajar mia susu formula sebab aku nak cari kerja la. susah kalau tak ajar dari sekarang. lagipun budak kecik nih tak pernah guna botol susu. so, nak perkenalkan sekarang. senang sikit nanti. jadi semalam aku ngan suami pergi giant plentong cari susu. beli enfalac yang tin kecik jer sebab sebelum nih beli yang tin besar terbuang macam tuh jer. membazir ! dah la RM100++.. untung ko mia ! ibu dulu agaknyer minum susu tin cair jerk. wakakakaaoz,

malam tadi da mula bagi sikit sikit susu formula kat mia. wah ! hebat betul seni tepis menepis budak kecik ni tau ! aku bancuh 6 oz, tapi 1 oz pon tak luak T___T camner nih?? dah terbuang jer sebab susu yang da bancuh tak boleh lebih dari sejam kann?? pembazirannn.. **menangis lagik**

tadi pon ada bagi juga. kali ni aku bancuh 2 oz jer. bajet habis la. baru jer nak sua kat mulut dia, sekalik dia tepis tepelanting botol. hahahaha. pastuh mengaruk nak tido. aku pegang muka dia and cucuk puting susu tuh kat mulut dia. pandai gila dia muntahkan balik. kesian pulak aku nengok. last last aku give up. selak baju kasik nenen. amek kau. sekalik sedut cam baru balik dari bekebunnn.. srooooottt srooooot dia sedut. terus tido.

alahai mia. macam mana kalau ibu kena kerja? nak pam susu ibu bukan banyak pon. mia kena belajar minum susu moo moo nih yer sayang....

sekarang budak kecik ni tido lagik. karang dia bangun aku nak menjalankan misi menyumbat botol susu sekalik lagi. jaga kau mia ! ibu takkan putus asa... hahahaha**evil face**

 doakan aku !