Jumaat, 11 Januari 2013

demam, batuk dan selsema semasa mengandung

aku MC hari ni dan ya.. aku selsema, batuk, demam kura kura dan sakit tekak. dah 3 hari sebenarnya. menjangkit dari budak sepejabat. di saat mengandung bila kau dapat sakit macam nie, agak seksa sebenarnya. kau nak batuk pon kau kena tahan perut. takut macam macam perkara.

ditambah pula dengan perangai dan mood mia yang agak tak menentu kebelakangan ini. 2, 3 hari nie perangai dia memang menguji kesabaran aku. orang tua tua cakap dia perangai gitu sebab nak dapat adik. haih. jenuh la aku nak melayan kerenah dia. 2, 3 hari ni mia kerap terjaga malam dan meraung raung. sebenarnya setiap malam tapi 2, 3 hari ni paling kronik. time aku sakit nie la dia mengaruk bagai nak mintak pelempang kau tau. menguji keimanan betul. bila tanya nak apa? cakap nak tengok pin pin. upin ipin la tu. bila dah buka video upin ipin dia baling baling henpon pulak. apekah???

pastu tanya nak susu ke? nak nak nak... bila dah buat geleng kepala pulak.. ya allah... masa tu kalau tak betul betul tu yang jadi kes dera tu. aku rasa la... sebab masa tu la setan setan sume dok hasut ko sepak je anak kau tu.. kau baling jer dia kat dinding. pijak je anak kau tu. baru dia diam. kalau tak cepat cepat istigfar, aku rasa tu yang org hilang pertimbangan. nauzubillah.. moga aku dijauhkan dari sifat begitu. aku sayang anak aku. sangat. tapi kadang kadang perangai dia menguji iman aku betul.

kadang kadang 2, 3 kali dia bangun dalam satu malam. kau mampu? dah la esoknya kau kena kerja. dengan tidur tak cukup. dengan perangai anak lagi. ya ampunnn. Tuhan je tau. seriyes. sekarang ni aku banyak je menangis sendiri. tu je cara nak tangani stress mia bangun malam malam buta sambil melalak tepekik telolong. ada jugak la budak kecik tu kena cubit. tapi bukan la cubit yang tinggal kesan biru tu. cubit manja kata org. tapi mia pandai propa. kita baru nak cengkam kaki dia, melalak macam kena perhambat. penat kau. baru sorang ni. tambah sorang lagi ntah macam mana la... Y___Y

pagi tadi nak bangun pergi klinik pon dia buat perangai. menangis tak tentu hala. bila aku menangis tau pulak dia pujuk. haish.

tadi nasib baik masa kat klinik dia behave. jumpe doktor pon baik suci macam angel. pandai kau berlakon eh nak. ahaahaha

doktor kata sekarang memang musim. sebab cuaca sekarang tak menentu. tadi kat klinik pon ramai je orang yang selsema.. yang batuk batuk. aku takut mia kena jangkit je. kalau dia sakit lagi parah nak jaga dia. mia kalau sakit nak melese je. melekat 24 jam ngan aku. harap harap budak kecik ni tak kena jangkit.

so tadi doktor bagi aku MC untuk hari ni. sebenarnya aku nak cuti dari semalam. semalam dengan hidung tersumbat, bersin non stop, mata berair, tekak perit perit macam kena toreh buat kau rasa macam zombie. tapi sebab kerja yang melambak lambak aku gagahkan juga buat kerja. tapi hari ni memang aku flat gila bab kau. tak pa la. sehari pon ok la. nie nasib sekarang budak kecik tu tengah beradu. dapat la aku rehat kejap. Y___Y



doktor bekalkan aku ubat demam, batuk, sakit tekak ngan selesema. tapi aku macam takut jer nak telan. even doktor cakap ubat tu selamat untuk orang mengandung makan, tapi aku rasa better aku tunggu dulu kot. kalau dah teruk sangat baru aku ngap. sekarang banyak makan buah ngan air suam. air asam jawa buatan sendiri pon aku telan. berharap sangat sakit nie cepat sembuh. orang cakap sakit macam nie menghapuskan dosa kecil kita kan? tak palah. **muhasabah diri** 



sebelum aku akhiri entri ni, meh kita cuci mata dengan watak utama dalam entri kali ni. hahahha. orang penting nie.



haa... kau tengok. muka kemain suci lagi bersih bukan? muka mintak kena cium jer. jangan tertipu ok. pandai propa minah nie.. hehehheee

 k la korang... doakan aku sihat ya...



Ok.Byebye ^___^