Selasa, 21 Februari 2012

misi yang masih belum berjaya

misi nih bukan misi yang kat klinik kesihatan yang korang jumpa masa nak cucuk anak korang tetiap bulan tuh tau.. misi ini adalah satu azam untuk mendapatkan sesuatu yang korang kepinginkan sejak dulu lagi.

aku sebenarnya menanam azam untuk kelihatan lebih langsing dari sekarang. diulangi. lebih langsing. takda la aku nih gemok gedempol sampai perlukan nasihat pakar london tuh cuma agak berisi dari sebelum kawin. nak nak selepas bersalin, diameter pinggang makin melebar dengan rakusnya. cewah ! nak bagitaw yang dulu aku slim melim lah tuh. hahaha.

aku kalau buka lemari baju, stress gila kau tau. meleleh air liur nengok baju kebaya, baju kurung moden. suma tak muat da. part boobs ngan pinggang memang fail ! sedihhh ! T____T so, kalau nak pergi kenduri kawin da macam makcik makcik aku ni da. pakai jer la baju kurung. takdan nak bepesyen tak dapat nak bergaya da. sedihh !

so, disebabkan itu aku amik inisiatif tok tampak lebih kurus dan langsing dari sekarang. inisiatif pertama adalah BERPUASA. aku cuba ok. nak ganti puasa yang tinggal bulan lepas. ari tuh kekunun nak berpuasala. wah ! semangat berkobar kobar nak puasa tapi malas bangun sahur. sudahnya melepet lah hari tuh. dengan breast feed mia lagik. akhirnya aku berjaya juga berpuasa. tapi sampai pukul 12 tengah hari jer. wakakaka. tak tahan siot ! budak kecik ni da la aktif ! penat gila aku. ngemas umah. memasak. basuh baju. sidai baju. lipat baju. layan budak kecik nih lagik. tak aku sangka penat camni. wakakaka. boleh terima tak alasan aku? jadi, inisiatif pertama adalah gagal.

aku beralih ke inisitif kedua. sepupu aku cakap jangan makan selepas pukul 7 malam. wah ! senang jer nih. so, dengan azam yang tinggi nak kurus, aku cuba. fine ! hari pertama ok. hari kedua pon ok. masuk hari ketiga da laki aku ajak makan penkek. gila kau taknak. penkek kat de curve sedap gila babi. so, terpaksa aku temankan laki aku. TERPAKSA ok ! dengan niat alaaa.. ari ni jer aku makan lebih dari pukul 7. so, tak kan effect punyer la... 

ingatkan takda halangan lain. tetiba laki kena pergi training kat johor pulak. da kena stay ngan mak mertua. takkan tak nak makan malam pulak? kecik pulak hati mak mertua aku nanti tak makan masakan dia. ye la.. dia masak sedap wooo.. masak ayam blackpaper la... asam pedas ikan la.. mee hoon singapore la.. sedap tuh.. kang takda orang makan kan da membazir. membazir amalan syaiton.. aku tak nak jadi syaiton tuh..tambah tambah lagi aku kan menantu mithali. takkan nak kecikkan hati mak mertua. so, aku terpaksa. di ulangi TERPAKSA sebab nak jaga silaturahim antara menantu ngan mertua. wakakaka.. haprak punyer alasan kan??

alaaa... nanti balek damansara, aku berbalik la pada rutin asal. janji aku tak makan lewat dari pukul 7 **angkat tangan  bersumpah** tapi lagik 2 minggu la.. hahahahahahaha..

seksenya menunggu camni..

penantian tuh memang menyeksakan kan? memeritkan kan? menyakitkan kan? mendebarkan kan? haish !

Tuhan, permudahkanlah semuanya. Aku benar benar inginkannya.