Selasa, 26 Julai 2011

bila da kantoi

entri ini agak panjang untuk dibaca. so, sila minum kopi elak mengantuk. ngeh ngeh ngeh

                                                     **********
biasala. bila da kenduri mesti jumpa saudara mara. bila da berjumpa geng, gosip gosip liar tidak dapat dielakkan. bak kata orang macam mana ligat tangan kau buat kerja camtuh jugakla becoknya mulut kaw becerita. kebanyakkannya adalah fakta dan bukannya auta. aku harapkan begituwla. heee. masa ni la ko akan taw macam macam cerita. mesti ada saudara mara kau yang kepochi **termasukla aku** yang jadi wartawan tak terlatih dok cerita  cerita hangat ala ala wartawan melodi. cerita anak jiran kawan sepupu kau lari rumah la. cerita anak kambing kawan pakcik kau kena langgar lari la. macam macam hal yang kadang kadang wat kau terlopong bila dengar.

ok, macam nih. nak dijadikan cerita, sepupu rapat aku **harusla yang rapat. yang tak rapat buleh bla. muahaha** bercerita kisah klik opis dia ada skandel ngan opismet dier. yang membuatkan aku hangat montot bile si sepupu aku kata si jantan nih da kawen. ada anak 3 kalau aku tak silap. watdehel ! yang tambah sadis, isteri jantan haprak nih tak bekerja sebab nak menjaga anak dorang. si suami grad dari obersi. si isteri jua grad dari universiti tempatan. tapi amek tindakan drastik tak bekerja sebab anak anak. kasihan bukan? kau penat penat menjaga anak, menjaga makan pakai suami tapi apa balasan suami pada kau? CURANG !! bukan aku nak sebelahkan kaum hawa sebab aku adalah spesis dari kelompok yang sama, mungkin juga si suami ada sebab mengapa dia berbuat demikian**kebanyakkan bagik sebab ikot sunah nabi. sunah lain apsal ko tak ikut??** tapi bagi aku takdak sapa sapa kat dunia nih yang boleh terima pasangan masing masing curang sedangkan dia taat setia pada kau. si isteri dengan percaya dan yakin yang suami keluar bekerja untuk mencari rezeki untuk anak anak. namun, kau boleh sambil menyelam minum air pula ya ! yang si skandal, kamu tidak pernah rasa bersalahkah kerana cuba memusnahkan kebahagiaan orang lain? pelik aku la. setiap kali kau pegang tangan jantan tuh, kau penah terpikir tak yang dia ada istri dan anak anak di rumah yang menunggu kepulangan suami dan ayah mereka? sial la... maap aku termaki. haisshhh... aku jadi geram la. memang aku naik hantu kalau dengar kisah macam nih taw.ok. malas nak emosi sangat sebab harus simpan tenaga nak menaip nih. itu kisah yang suami ada skandel tapi belom kantoi ngan isteri dia.

kau nak dengar kisah suami yang kawin lain diam diam then kantoi ngan istri pertama tak? kalu nak sila angguk 3 kali.. hahahaa. ok. sila seriyus. kadang lelaki pikir mereka spesis paling hebat dan paling bijak. sebab itu spesis jenis mereka nih tak takot langsung nak menipu kaum hawa. bagi mereka kaum hawa nih kaum lemah. kaum yang mudah diperkotak katikkan. kaum yang sentiasa bergantung harap ngan spesis jenis mereka. boleh bla. ok. da terlebih emosi. kembali kepada cerita tadi, sepupu aku **orang yang sama. memang kepochi betol minah nih. haishh** dok hint hint kata ada hamba allah nih dok kawin lain. aku namakan jantan nih A ok. A nie ada bisnes kat indonesia jual barangan jati. sepupu aku mulanya taknak bagitau sapa tapi disebabkan aku da acu pistol ugut dia ala ala ajib kl gengster, maka sepupu aku pon paksa rela reveal nama A. oh! aku nyaris terkena heart attack sebab terkujat bila taw sape si A. sangat tak percaya dol ! dan aku hampir menitiskan airmata bila terkenangkan isteri A. ok. aku dan famili A dah kenal lama. kami berjiran sejak aku kecik lagi. and aku juga rapat ngan anak A malah ke sekolah menaiki motor sama sama. isteri A juga sangat baek dan CANTEK. kurus, tinggi, putey melepak. nak dijadikan cerita, si A kantoi bila anak dia check henset A. A ingat dia bijak. A ingat dia boley lari dengan selamat bila menipu isteri yang setiakan dia. kuasa Tuhan takde sape pon buley melawan kan? secara tak sengaja satu hari anak A saja godek godek henset A. dalam pandai pandai si A pon bodohnya jugak ! selamat la konon delete mesej ngan binik no 2 kat inbox. yang ko tak delete skali sent intem ape kes?? bangang !!

da kantoi, ape lagik. perang dunia pon meletusla. wah ! baek punyer chilok. kekunun ade bisnes kat indon. skalik ngan minah indon ko bisnes ! shilake ! 13 tahun ko tipu isteri kau ya ! siap ada anak 3 da.

mesej yang paling tak ley bla siap tanya " period tak? nak datang sana ni". kuang ajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......
bini A sakit agak teruk. tangan selalu kebas kebas. muka naik sembab. aku kalu jumpe dia dok pikir pikir nape acik nih sakit eh sebab sebelum nih dia sihat jerk.

anak anak pon tak respek A. anak yang lelaki siap ber aku aku ngan A. nengok ! dari keluarga yang bahgia terus jadi kacau bilau. tak de anak anak yang respek A lagik. anak A yang perempuan da kawen. ada anak 2 sekarang. dia trauma and da tak percayakan suami dier. hurm..  isteri A mintak cerai tapi A tak nak kasik. tamak ! ego kot !

yang paling tak boley bla, kalu ko jumpa A kau akan cakap "tak percayala pakcik nih tipu isteri dia. muka baik. inesen jerk. tak kan tegamak nak tipu isteri dier"

aku kalu pikir pikir memang susah nak percaya sebab A sangat baek ngan keluarga dia. tapi air yang tenang salo banyak buaya. sekarang A dipulaukan oleh keluarga sendiri.

ari ahad lepas aku baru je jumpe keluarga A. sedih bila nampak isteri A. aku dengar cerita, A jugak datang tapi naek kete asing asing. so, itulah bahana atas tindakan bodoh kau !

kesimpulan yang aku dapat rumuskan kat sini adalah, selama mana kau menipu, satu hari nanti penipuan kau pasti terbongkar. dan bila da terbongkar, ko mesti terima " hadiah" atas pembohongan kau selama ini dengan penuh redha dan tawaduk sebagaimana kau redha dan tawaduk menipu isteri yang taat, setia dan percayakan kau.

lagik satu aku nak tanya pada orang jantan, napa korang tak pernah puas? ape yang korang carik sebenarnya pada pompuan lain? tak yah gebang la cakap nak test market. selalu cakap isteri da takdak masa nak layan korang sebab ralit ngan anak anak. habis kalu korang da dok menggatal, ade lak mase korang nak melayan kerenah anak korang? satu jerk. kalu la isteri korang dok bersayang sayang ngan jantan lain, ape perasaan korang? tak yah skandel la, pegi makan sama kawan lelaki je la. aku rasa kompom esok da masuk paper metro "isteri kena bakar". itu pon keluar beramai ramai. haish !




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

budak kecik da pandai tiarap

ok. sebenarnya hari ini aku sangat penat. penat sebab adik bujang aku baru je kawin semalam. kebetulan 23hb ada majlis cukur jambul anak aku. ok, cerita cukur jambul dan majlis kawin adik aku nanti aku ceritakan di lain entri ok.

sebenarnya aku sangat hepi hari nie. pagi nie mia bangun awal. pukul 9 mata dia da besar. da jadi rutin aku ngan en somi dok melayan budak kecik nih pepagi bila dia da bangun. sangat seronok rupanya ada baby nih.. harus proses yang kedua dengan kadar segera **teringat detik bersalin** oh, abaikan dulu pemprosesan itu. ngeh ngeh ngeh.

masa agah agah mia, aku da perasan yang budak nih da pandai mengiring dan angkat angkat badan dia. tapi montot dia berat agaknya sebab setiap kali dia cuba mengiring mesti badan dia kembali ke posisi asal. tapi mia seorang yang kuat dan tetap berusaha. wah ! ayat ko.. selepas beberapa kali mencuba, akhirnya mia berjaya jua meniarap dengan jayanya buat pertama kali pada pagi tadi **gile skema ayat** aku lak kemaen gembira cam laki menang loteri satu juta. wakakakaa..

mestila hepi. anak da pandai niarap sendiri. mia baru 3 bulan setengah. wah.. pekembangan yang baek nih. nengok la die minum apa. susu ibu beb **tunjuk thumb up dan mengembang kempiskan idung**







sekarang baru pandai tiarap. memang la aku suka. tunggu dia da pandai merangkak. memang aku yang menanges tetiarap dok pening nengok mia MENGEMAS umah bila dia da pandai merangkak nanti. b, carikan orang bibik !!! ahahahaa.



satu lagi contengan jiwa oleh: