Ahad, 6 Januari 2013

17 weeks-check up

semalam adalah check up yang ke-4 dengan Dr Ratna. aku pergi sorang sorang jer sebab en suami dah janji ngan agen astro nak pasang astro beyond. ya. orang lain dah berzaman pakai beyond kami baru nak merasa. Y____Y tak apa la. jakun juga nengok movie HD. hahaha

pagi semalam aku keluar awal. sebab nak dapat nombor awal, so boleh balik awal. mia aku tinggalkan dengan papa dia. sian pulak nak kejut pagi pagi buta semata mata nak pergi hospital wat check up aku. lebih kurang pukul 7.30 am aku sampai PMC. dapat nombor 5003. ok lah tu. orang ke-3.

satu aku kurang gemar dengan PMC adalah bekas urin kena kongsi. oh. aku dah pernah tulis dalam entri sebelum ni kan. aku penggeli sikit. sebab tu aku kurang gemar kongsi-kongsi barang yang macam ni. so, aku tanya kat adik kat kaunter receptionist tu boleh tak kalau aku nak beli bekas urin tu. sekali dia kasik free. laaa.. awat tak habak awal awal... huhuhuhu...

so, pergi toilet nak amik urin. org takda. so senang sikit kerja aku. masuk toilet. mungkin nasib agak suwey pagi tu kot. sekalik ada hamba Allah yang buang 'balak' dia tapi tak flush. aduhhhh... sambil pejam mata aku flush. ada kegelian di situ. nasib tak muntah ok !

dalam pukul 8.15 am macam tu, nombor pon kena panggil. Dr Ratna sangat baik ok. lembut jer. cakap borak macam dah lama kenal. dia cakap tekanan darah aku semua ok. cuma satu jer. berat naik tak hagak hagak. 4kg dalam masa sebulan.oh my goshhh... apa taknya. lunch jer melantak macam orang setahun tak pernah jumpa nasik. satu kelemahan aku, aku mesti makan nasik. tak kira lah sebelum tuh aku dah mentekedarah kentaki ke, pizza ke, lepas tu aku mesti nak makan nasik. so, macam mana berat tak naik cam shrek? huhuuhu...

then scan baby. subhanallah.. masa Dr Ratna scan tu baby dalam keadaan sujud. besar betul kuasa Allah. wat aku rasa kerdil bila pikir dalam perut ni baby tengah dalam keadaan sujud. baby tengah solat duha kot. hahhaha. comel gila ! dengan dua dua kaki dia berlipat macam solat. tergelak aku dengan Dr Ratna. jantung, tangan, kaki, back bone semua ok as progress.

sebelum sebelum ni masa scan mia, semuanya dalam kedudukan terlentang. yang dia ni lain macam. then Dr Ratna tanya. nak tau ke jantina baby. aku pon on jer. Dr Ratna scan. then dia cakap haa, nampak batang ni. awak dapat baby boy.

Ya Allah.. alhamdulillah... kalau betul baby boy, dapat sepasang dah. lepas ni boleh rehat kejap. kahkahkah. tapi semuanya kuasa Allah. sekali kalau yang keluar nanti baby girl pon aku tetap happy. mia ada kawan kan? yang penting baby sihat walafiat sempurna sihat tubuh badan.

sekarang even aku dah 4 bulan ++, aku masih alah dengan ubat gigi. sangatlah bercinta nak berus gigi tiap tiap pagi ngan malam. benci rasa nak muntah tu.. Y_______Y

mia sekarang sangat nganda ngada. manja kededek betul. kalau jalan jalan kat luar asik nak dokong jer.. kadang kadang sehari suntuk nak melekat ngan aku. penat. tapi kesian kat dia. tak puas nak manja manja lagi kot. sekarang mia dah kurang nenen. setiap kali nak nenen, aku alih perhatian dia cakap, eh.. susu nie sedappp.. sambil tunjuk botol. alhamdulillah... setakat ni kalau siang, ok jer minum FM. susah masa malam time nak tidurkan dia jer.. sebab dia nak nenen dulu baru boleh sleep. tak pa la... slow slow la kan...

hurm... so far kandungan semua takda masalah. sangat bersyukur tak da bleeding. insya allah, 5 bulan lagik mia akan dapat adik. doakan aku selamat semuanya...

dah..



Ok.Byebye ^___^