Khamis, 28 November 2013

menjadi ibu yang terbaik

shared from facebook
------------------

sebelum sampai ke rumah hari ini, dalam 5-10 minit nak sampai, kemaskan hati bahawa anda akan sabar menghadapi karenah anak-anak. Anda mudah memahami mereka. Malah yang lebih menakjubkan ialah anak-anak anda berperangai sangat baik dan sangat memahami anda.

Bayangkan setiap wajah anak-anak anda dan bisikkan ke hati mereka bahawa mereka anak yang baik, mendengar kata, sayangkan ibu bapa, sayang satu sama lain.  Insya Allah anda akan nampak buktinya hari ini.

Lepas itu, urut dada dan katakan aku layak mempunyai keluarga bahagia. Anak-anak yang baik dan berakhlak mulia. Kemudian katakan aku layak menjadi bijak dan sabar dalam mendidik anak-anak.


-------------------

selamat mencuba !

perasaan

aku selalu rasa curiga.
selalu rasa syak wasangka.
selalu rasa was was.
selalu berprasangka bukan-bukan.
selalu berimaginasi yang kadang-kadang menyakitkan hati sendiri.
selalu rasa tak percaya.

bukan tak pernah cuba buang perasaan itu jauh-jauh.
selalunya tak pernah berjaya.
mungkin kisah lalu buat aku sentiasa waspada.

tapi kadang-kadang sikap begini menyusahkan juga.
kadang-kadang memakan diri. selalunya la.

kan?