aryan memang seminggu ni tak berapa sihat. batuk berkahak dan muntah-muntah. semalam petang nak ke giant beli barang dapur. aryan berak n muntah-muntah. nak basuh berak dia mengamuk. dah maghrib masa tu. memang banyak setan la kan?
bila dah marah, aku lupa diri. hilang akal waras. terus terkeluar perkataan yang tak sepatutnya dari mulut tak berinsurans nih. budak kecik kot. tapi yelah. bila dah marah kau apa pon lupa.. ya allahh.. takda niat langsung aku nak cakap gitu. menyesal sangat. aku tau nasir marah bila dia dengar aku kata gitu sebab dengar dia membebel kat sofa.
ntahlah...aku selalu pesan kat diri. kalau marah baik diam jer.. jangan cakap apa-apa sebab apa yang keluar dari mulut tu satu doa.. menyesal sangat. nasib baik aryan kecik lagik. tak paham apa aku cakap.. kalau dia paham. mesti dia sedih T_______T...
mulai semalam aku dah berazam... azam nak jaga lidah.... nak jaga mulut. tak nak cakap benda-benda yang tak baik. mulut ni kadang-kadang laju je nak keluarkan perkataan yang jahat-jahat. Allah.. malunya kat diri sendiri. mulai sekarang nak cakap benda-benda yang baik sahaja.. barulah aura positif tu ada kan? insha Allah...
aku sayangkan anak-anak aku... walau apa keadaan sekalipun... moga lepas ni benda-benda yang baik saja keluar dar mulut ibu ya, sayang? no more badmouth. insha allahhh....