Jumaat, 27 Disember 2013

azam 2013 yang tak tercapai....

hai korang. amacam? 2013 dah nak ke penghujung. semua azam korang dah tercapai ke belum? aku masih ada yang tak tercapai ni. harap dapat dicapai bila masuknya tahun 2014 nanti.


1.kurang memaki ketika memandu

haaa... ni memang masalah besar dekat aku. azam ni dah lama aku nak capai tapi tak tercapai capai dek akalku. ye la.. baru aku nak istiqamah memandu dengan berhemah ada je mangkuk hayun yang buat aku naik hantu. selalunya kat tol la. tengah kita sedap sedap q nak bayar tol, datang pulak mangkuk hayun yang tiba tiba potong q. mau aku tak hangin? orang beratur bagai nak lebam ko sedap sedap je pancung depan aku.. memang dapat la seketul dua makian kan. aku cukup pantang dengan bangsa yang tak reti hormat pemandu lain. nak nak yang suka potong q ni. rasa nak tangankan aja. tu belum lagi yang potong tak kasik signal. masuk simpang tak kasik signal. yang kita terconggot la tepi simpang tunggu dia. alih alih masuk simpang sebelah kita. apa. kau tak boleh kasik signal ke simpang mana kau nak masuk? ingat signal yang ada kat kereta kau tu perhiasan? arrghhh.. aku bila ingat ingatkan balik mentaliti pemandu malaysia ni boleh buat aku meroyan ! rasa macam susah je nak capai azam ni. kan?

2.kurangkan berat badan

ye. aku dah gemok sekarang. sangat ok ! dulu lepas maternity berat adalah 63kg. masa tu hati berbunga girang. mana tau naik kerja ja berat mendadak naik macam shrek. dekat 75kg ok. so, sekarang berazam nak kuruskan badan. tapi aku ni hawa nafsu besar la. nampak aiskrim nak makan. nampak coklat nak telan. macam mana nak kurus? now dah dekat sebulan aku try diet. cara yang sihat la.. biar turun sikit sikit tapi badan aku tak seksa. aku takda la tak makan nasi langsung. cuma aku dah tak ambil nasi lemak. sarapan aku makan cereal. tak pon roti. tengah hari aku belasah nasi macam biasa. cuma kuantiti kurang la dari sebelum ni. malam pulak aku makan jugak nasi tapi sikit je. satu senduk pon tak sampai. sayur biar lebih. harap harap dapat la kurus sikit dari sebelum ni. tengok gambar sendiri pon ngeri ok ! saiz double dari saiz suami aku. so, itu adalah motivasi untuk aku kuruskan badan. doakan aku !

3.kurangkan marah mia.

hahahahaa. bunyi macam aku ni ibu tiri je kan. aku tak tau la macam mana anak korang. tapi mia ni spesis rare la. aku rase la sebab aku tak pernah tengok anak orang lain yang terlalu hyperaktif macam dia. mana aku tak naik darah. mia ni kasar tau tapi datang manja kededek dia ok pulak perangai dia. kan adik aku jaga anak anak aku. si adam anak adik aku tu baru setahun lebih. tu lah kawan belasahan mia. kadang kadang mia selamba jer tolak si adam sampai jatuh terturmus. selalu ok. aku nmpak memang kena la si mia. mia kedekut sikit dengan barang dia tapi barang orang lain dia nak conquer. kalau si adam pakai barang dia, mia terus meroyan. tolak tolak adam. pastu menangis macam kena dera. sampai meleleh air liur. memang pitam aku dibuatnya. sekarang kalau berak dia diam jer. pastu garu garu punggung habis penuh tahi dekat tangan. pastu selet kat muka kita. tak ke naik hantu aku???

siapa yang tak sayang anak? aku sayang anak anak aku. tapi bila diaorang buat salah kita kena ajar. kena bagitau yang dia buat tu salah. bila dah cakap baik baik tak mau dengar memang kena la..

so, tahun ni aku masih tak dapat nak kawal marah bila mia buat perangai. kalau jalan kat mall dia boleh buat perangai melalak sepanjang jalan. tak tau apa punca. tiba tiba menangis meraung sampai semua orang pandang. malu? memang malu. dah pujuk semua pon tak jalan. sudahnya aku biarkan ja dia nangis. penat dia berhentilah.sampai macam tu sekali tau.

2, 3 hari ni mia buat perangai pelik.ada ke patut dia boleh main tahi dia. tepuk dahi aku la.. semalam dia berak tapi dia senyap jer. aku tengah nenenkan si aryan. tetiba dia garu punggung. penuh tahi dalam kuku. so, laki aku pon bawa pergi toilet nak cuci. boleh dia calit tahi tu kat muka laki aku. mau tak meroyan pakcik tu. memang mendapat la si mia. aduhai.. macam macam peel tau. kau bagitau aku kalau dah camgitu perangai nya mau tak semput aku dibuatnya....

harap tahun depan dia dah 3 tahun mia dah boleh fikir. boleh terima arahan. boleh dengar kata. so, takda la aku melampir lagi. hehehehe.

4.jaga solat

alahai.. umur dah 3 series tapi solat pon masih tonggang langgang. ada je rompong sana sini. doakan aku jadi hamba Allah yang lebih dekat padaNya. yang tunaikan janji bila tiba waktu berkhalwat denganNya.

............................................


banyak lagi sebenarnya yang aku nak buat dalam tahun ni tapi tak dapat dapat lagi. aku harap aku dapat buat semua yang tak sempat aku buat dalam tahun 2013 masa tahun depan nanti.

moga aku jadi orang yang lebih baik. lebih matang. lebih berfikiran jauh dan tak mudah naik naik angin lagik. dah dah la ayu. umur pon dah nak makcik makcik.... fikir panjang sebelum ambil apa- apa tindakan ya.**note to myself**

bye bye 2013 and welcome 2014 !

happy new year kawan kawan!!


Khamis, 5 Disember 2013

tak mudah

bukan mudah untuk kita menyukai seseorang..
 dan bukan mudah juga untuk seseorang itu menyukai kita.
walau bagaimana baik sekali pun diri kita kalau orang tu dah set kat otak dia awal-awal lagi yang kita ni bukan orang yang baik,
 sampai mati pon dia takkan suka kita

-----------


Khamis, 28 November 2013

menjadi ibu yang terbaik

shared from facebook
------------------

sebelum sampai ke rumah hari ini, dalam 5-10 minit nak sampai, kemaskan hati bahawa anda akan sabar menghadapi karenah anak-anak. Anda mudah memahami mereka. Malah yang lebih menakjubkan ialah anak-anak anda berperangai sangat baik dan sangat memahami anda.

Bayangkan setiap wajah anak-anak anda dan bisikkan ke hati mereka bahawa mereka anak yang baik, mendengar kata, sayangkan ibu bapa, sayang satu sama lain.  Insya Allah anda akan nampak buktinya hari ini.

Lepas itu, urut dada dan katakan aku layak mempunyai keluarga bahagia. Anak-anak yang baik dan berakhlak mulia. Kemudian katakan aku layak menjadi bijak dan sabar dalam mendidik anak-anak.


-------------------

selamat mencuba !

perasaan

aku selalu rasa curiga.
selalu rasa syak wasangka.
selalu rasa was was.
selalu berprasangka bukan-bukan.
selalu berimaginasi yang kadang-kadang menyakitkan hati sendiri.
selalu rasa tak percaya.

bukan tak pernah cuba buang perasaan itu jauh-jauh.
selalunya tak pernah berjaya.
mungkin kisah lalu buat aku sentiasa waspada.

tapi kadang-kadang sikap begini menyusahkan juga.
kadang-kadang memakan diri. selalunya la.

kan?

Jumaat, 11 Oktober 2013

fragile

kalau kau kenal rapat dengan aku kau pasti akan kenal aku ni macam mana sebenarnya. sebenarnya aku ni orang yang mudah tersentuh. orang yang terlalu sensitif. hati rapuh.

luaran aku memang nampak kasar. macam orang gasar. nampak brutal bak kata kawan aku. tapi aku ni lembut dalam sebenarnya. fragile.

kawan aku pernah cakap yang aku ni  nampak ganas habis tapi cengeng. hati kecik macam hati nyamuk. ok. itu memang betul. kadang kadang aku tengok kartun yang sedih pon aku boleh menangis. aku tengok masterchef US bila peserta favourite aku terkeluar pon aku boleh menangis. gila fragile bukan?

dan aku jenis seorang yang suka fikir sesuatu dengan mendalam. kau tengok aku nampak happy. gelak kuat macam kiah propa. cakap pung pang pung pang. tapi hati aku gundah sebenarnya wei. otak aku ligat pikir macam mana nak selesaikan masalah tu. macam mana nak buat keputusan tanpa sakitkan hati sesiapa. macam mana nak bagitau pihak tu yang dia ada buat salah tanpa guriskan hati dia. arrghhh!

jadi, bila aku diuji dari segi mental dan emosi dalam keadaan aku tidak bersedia, aku rasa down gila babs... mata ni bocor jer. hati aku rabak. bernanah. pecah bederai. nak tampal dengan plaster pon dah tak boleh. tapi aku tahu tu cara Tuhan ingatkan aku yang aku ada Dia untuk mengadu.

cuma aku berharap satu hari nanti Tuhan gantikan hati aku dengan hati yang baru. yang kuat. yang tabah. yang tak mudah jatuh bederai. dan tak fragile macam sekarang.


doakan aku.
satu hari nanti.
akan
dapat hati.
yang baru. :)






Jumaat, 30 Ogos 2013

merdeka

kadang kadang aku terpikir. mana arah tujuan hidup aku sebenarnya. bila dah berkahwin ni semua masalah kau kena pikir dalam dalam sebab setiap keputusan yang kau buat akan beri kesan pada ramai orang. suami.. anak anak.. parent kedua pihak. kau rasa kau bahagia tak? kau rasa kau disayangi tak? kau rasa kau dipercayai tak? macam macam soalan ada dalam kepala  hotak aku sekarang ni yang aku sendiri tak tau apa jawapannya.

entahlah. lately ni aku rasa tawar hati. rasa bosan. bosan dengan sikap sesetengah manusia yang susah sangat nak berubah. tipikal melayu orang kata. aku kadang kadang rasa down gila. hebatkah kau kalau apa yang kau cakap kau fikir semuanya betul sampai org lain hanya mampu tunduk, angguk dan iyakan aja apa yang kau cakap? aku sakit hati sebenarnya tapi kau tahu aku tak mampu buat apa apa untuk ubah pendirian dan sikap kau tu... arghhhh... rasa nak hantuk kepala dekat dinding sekarang ni. seriyes stress!

pernah tak kau rasa kadang kadang kau rasa bosan dengan aturan hidup kau seolah olah takde lagi kejutan yang boleh buat kau teruja untuk hari esok sebab kau tau rutin hari ini dan esok adalah benda yang sama.

esok negara dah merdeka 56 tahun. aku juga berharap aku dapat MERDEKA dari segala masalah dalam hidup aku.

SELAMAT HARI MERDEKA kawan kawan.

Ok.Byebye ^___^

Khamis, 29 Ogos 2013

malas

lepas balik lunch jer mesti rasa malas nak buat kerja..

alahai.. ni kalau dapat toto ni.. kompom tidur sampai lebam..

huarrghhh...

bos... balik awal boleh?

bhahahaha


Ok.Byebye ^___^

Rabu, 28 Ogos 2013

semua nak habakkk mai....

ya allah.. lama gila hokeh tak update blog nie. sampai nak ingat pasword pun berzaman.. nampak nau mak dah tua. uhukss.. rasanya sempat lagi kan nak wish SELAMAT HARI RAYA.. hahahaa.. dah nak abis pon raya eh..cepat masa berlalu...

banyak gila nak cerita sebenarnya... ai is anak dua sekarang u ollsss.. kali ni dapat boboi...alhamdulillah... sepasang sudah. MUHAMMAD ARYAN REEFQI nama diberi... baik budaknya. maybe dia paham ibunya sekarang sudah bekerjaya. bhahahaha... sekarang aryan is almost 3 months. lahir 01-06-13 ari tu. harijadi agung. mana tau one day aryan boleh jadi agung. berangan memang indah bukan? kihkihkih...

ni la budak bertuah tu...



aku sakit sekejap jer... masuk hospital pukul 10 pagi la lebih kurang.. pukul 1.14pm dah bersalin.. tapi baby besar 3.8 kg so kena vakum.. tak bertenaga nak push... tapi masa nak push adalah sakit... tapi berbaloi la kan...

sekarang dah mula kerja dekat 2 minggu dah. memula tinggalkan aryan and damia dengan adik aku adalah moment yang sangat sadis. ye la... 2 bulan cuti plus dengan cuti raye dekat 2 bulan setengah gak aku bergaduh berperang bersuka ria kat rumah ngan anak anak. hari pertama nak pergi kerja menangis sensorang dalam kereta. malu nak tunjuk depan mak so control cun.. kekonon cool la sangat. sekali on the way nak ke tempat kerja memang banjir la.. hati mak rapuh hokek.. hohohoho..

dah la memula tu aryan tak mahu susu botol. kau cakap botol apa aku tak beli. puting susu apa aku tak borong. semua dia reject. dari avent sampailah brand anakku.. semua aryan tepis. pakai puting mam memula dia nak. pastu dia tau tu puting palsu terus melalak lalak sampai muntah tak nak menyusu pakai puting tu.. fenin kepala la.. last last adik aku cakap guna jer picagari. ha kau... ok sikit la.. sebab even pakai picagari dia telan jugak.. pakai botol banyak yangkeluar dari masuk perut. kat tempat kerja sejam sekali kot aku call mak and adik aku tanya si aryan and damia.. hati tak keruan nak buat kerja.. alahai nak.. kalau la apak kau kaya memang ibu dah lama berhenti kerja... sob sob sob...


now dah dekat 2 minggu kena tinggal, adik aku cakap aryan dah boleh minum susu pakai botol. brand anakku la tapi. nak pulak.. yang mam, avent dan lain lain simpan dulu buat pekasam. alhamdulillah..adik aku memang penyabar orangnya.. bersyukur gila aku sebab adik aku yang jaga anak anak aku... sebab aku tau dia dengan budak budak sangat penyayang.. **terima kasih alang.. hujung tahun aku kasik ko bonus eh.. hehehhe**



ni la jantung.. nyawa... penawar duka even kadang kadang naik hantu jugak aku.. damia dah besar sekarang.. tapi penyakit jealousy dia tak boleh nak ubah sebab damia tersangatla manja kededek.. adakalanya mengada tahap dewa.. kalau dah hilang sabar tu kena juga minah tu.. huhuhu...


tapi muka suci jer kan? hai la anak.... moga ibu kau ni sabar la eh dengan kerenah korang.. ada anak 2 ni kau ingat senang.. kang sorang menangis sorang pulak melalak.. sorang senyap sorang lak memekak... urut dada tau tak.. tu belum lagi bab akak mengalan si adik.. selamba jer mia tonyoh adik dia ngan bantal busuk dia time aryan tidur.. sepit kaki aryan ngan penyepit baju la... lepas tu jerit kat telinga aryan masa aryan tidur la.... aduhhh.. rasa nak hantuk kepala kat dinding. dishhh... memang aku respek gila dengan mereka mereka yang anak ramai tu.. hebat la korang.. tabik spring toink toink aku kat korang.. aku anak 2 rasa macam ada anak 10.. kahkahkah.. sekarang baru rasa nak ada bibik.. hahahah.

aku sekarang kurus sikit la dari dulu... shiiiiikiiiiit jer.. sebenarnya berat masih dalam julat 60kg++... last month timbang adalah 63kg. tapi tu sebelum raya.. lepas raya tak timbang lagi sebab tau mesti result dia scary punya.. tak dapat terima kenyataan la tu kan.. hahahaha..

one happy family.. insha allah..



ok la.. nanti ada masa kita stori mori lagi k.. ni pon aku selamba curik update masa kerja.. kalau bos tau kompom hari tu tak dapat bonus.... bhahahaha... sila cuci mata nengok gambar si boboi and kakak dia ni eh..











Ok.Byebye ^___^

Jumaat, 11 Januari 2013

demam, batuk dan selsema semasa mengandung

aku MC hari ni dan ya.. aku selsema, batuk, demam kura kura dan sakit tekak. dah 3 hari sebenarnya. menjangkit dari budak sepejabat. di saat mengandung bila kau dapat sakit macam nie, agak seksa sebenarnya. kau nak batuk pon kau kena tahan perut. takut macam macam perkara.

ditambah pula dengan perangai dan mood mia yang agak tak menentu kebelakangan ini. 2, 3 hari nie perangai dia memang menguji kesabaran aku. orang tua tua cakap dia perangai gitu sebab nak dapat adik. haih. jenuh la aku nak melayan kerenah dia. 2, 3 hari ni mia kerap terjaga malam dan meraung raung. sebenarnya setiap malam tapi 2, 3 hari ni paling kronik. time aku sakit nie la dia mengaruk bagai nak mintak pelempang kau tau. menguji keimanan betul. bila tanya nak apa? cakap nak tengok pin pin. upin ipin la tu. bila dah buka video upin ipin dia baling baling henpon pulak. apekah???

pastu tanya nak susu ke? nak nak nak... bila dah buat geleng kepala pulak.. ya allah... masa tu kalau tak betul betul tu yang jadi kes dera tu. aku rasa la... sebab masa tu la setan setan sume dok hasut ko sepak je anak kau tu.. kau baling jer dia kat dinding. pijak je anak kau tu. baru dia diam. kalau tak cepat cepat istigfar, aku rasa tu yang org hilang pertimbangan. nauzubillah.. moga aku dijauhkan dari sifat begitu. aku sayang anak aku. sangat. tapi kadang kadang perangai dia menguji iman aku betul.

kadang kadang 2, 3 kali dia bangun dalam satu malam. kau mampu? dah la esoknya kau kena kerja. dengan tidur tak cukup. dengan perangai anak lagi. ya ampunnn. Tuhan je tau. seriyes. sekarang ni aku banyak je menangis sendiri. tu je cara nak tangani stress mia bangun malam malam buta sambil melalak tepekik telolong. ada jugak la budak kecik tu kena cubit. tapi bukan la cubit yang tinggal kesan biru tu. cubit manja kata org. tapi mia pandai propa. kita baru nak cengkam kaki dia, melalak macam kena perhambat. penat kau. baru sorang ni. tambah sorang lagi ntah macam mana la... Y___Y

pagi tadi nak bangun pergi klinik pon dia buat perangai. menangis tak tentu hala. bila aku menangis tau pulak dia pujuk. haish.

tadi nasib baik masa kat klinik dia behave. jumpe doktor pon baik suci macam angel. pandai kau berlakon eh nak. ahaahaha

doktor kata sekarang memang musim. sebab cuaca sekarang tak menentu. tadi kat klinik pon ramai je orang yang selsema.. yang batuk batuk. aku takut mia kena jangkit je. kalau dia sakit lagi parah nak jaga dia. mia kalau sakit nak melese je. melekat 24 jam ngan aku. harap harap budak kecik ni tak kena jangkit.

so tadi doktor bagi aku MC untuk hari ni. sebenarnya aku nak cuti dari semalam. semalam dengan hidung tersumbat, bersin non stop, mata berair, tekak perit perit macam kena toreh buat kau rasa macam zombie. tapi sebab kerja yang melambak lambak aku gagahkan juga buat kerja. tapi hari ni memang aku flat gila bab kau. tak pa la. sehari pon ok la. nie nasib sekarang budak kecik tu tengah beradu. dapat la aku rehat kejap. Y___Y



doktor bekalkan aku ubat demam, batuk, sakit tekak ngan selesema. tapi aku macam takut jer nak telan. even doktor cakap ubat tu selamat untuk orang mengandung makan, tapi aku rasa better aku tunggu dulu kot. kalau dah teruk sangat baru aku ngap. sekarang banyak makan buah ngan air suam. air asam jawa buatan sendiri pon aku telan. berharap sangat sakit nie cepat sembuh. orang cakap sakit macam nie menghapuskan dosa kecil kita kan? tak palah. **muhasabah diri** 



sebelum aku akhiri entri ni, meh kita cuci mata dengan watak utama dalam entri kali ni. hahahha. orang penting nie.



haa... kau tengok. muka kemain suci lagi bersih bukan? muka mintak kena cium jer. jangan tertipu ok. pandai propa minah nie.. hehehheee

 k la korang... doakan aku sihat ya...



Ok.Byebye ^___^

Ahad, 6 Januari 2013

17 weeks-check up

semalam adalah check up yang ke-4 dengan Dr Ratna. aku pergi sorang sorang jer sebab en suami dah janji ngan agen astro nak pasang astro beyond. ya. orang lain dah berzaman pakai beyond kami baru nak merasa. Y____Y tak apa la. jakun juga nengok movie HD. hahaha

pagi semalam aku keluar awal. sebab nak dapat nombor awal, so boleh balik awal. mia aku tinggalkan dengan papa dia. sian pulak nak kejut pagi pagi buta semata mata nak pergi hospital wat check up aku. lebih kurang pukul 7.30 am aku sampai PMC. dapat nombor 5003. ok lah tu. orang ke-3.

satu aku kurang gemar dengan PMC adalah bekas urin kena kongsi. oh. aku dah pernah tulis dalam entri sebelum ni kan. aku penggeli sikit. sebab tu aku kurang gemar kongsi-kongsi barang yang macam ni. so, aku tanya kat adik kat kaunter receptionist tu boleh tak kalau aku nak beli bekas urin tu. sekali dia kasik free. laaa.. awat tak habak awal awal... huhuhuhu...

so, pergi toilet nak amik urin. org takda. so senang sikit kerja aku. masuk toilet. mungkin nasib agak suwey pagi tu kot. sekalik ada hamba Allah yang buang 'balak' dia tapi tak flush. aduhhhh... sambil pejam mata aku flush. ada kegelian di situ. nasib tak muntah ok !

dalam pukul 8.15 am macam tu, nombor pon kena panggil. Dr Ratna sangat baik ok. lembut jer. cakap borak macam dah lama kenal. dia cakap tekanan darah aku semua ok. cuma satu jer. berat naik tak hagak hagak. 4kg dalam masa sebulan.oh my goshhh... apa taknya. lunch jer melantak macam orang setahun tak pernah jumpa nasik. satu kelemahan aku, aku mesti makan nasik. tak kira lah sebelum tuh aku dah mentekedarah kentaki ke, pizza ke, lepas tu aku mesti nak makan nasik. so, macam mana berat tak naik cam shrek? huhuuhu...

then scan baby. subhanallah.. masa Dr Ratna scan tu baby dalam keadaan sujud. besar betul kuasa Allah. wat aku rasa kerdil bila pikir dalam perut ni baby tengah dalam keadaan sujud. baby tengah solat duha kot. hahhaha. comel gila ! dengan dua dua kaki dia berlipat macam solat. tergelak aku dengan Dr Ratna. jantung, tangan, kaki, back bone semua ok as progress.

sebelum sebelum ni masa scan mia, semuanya dalam kedudukan terlentang. yang dia ni lain macam. then Dr Ratna tanya. nak tau ke jantina baby. aku pon on jer. Dr Ratna scan. then dia cakap haa, nampak batang ni. awak dapat baby boy.

Ya Allah.. alhamdulillah... kalau betul baby boy, dapat sepasang dah. lepas ni boleh rehat kejap. kahkahkah. tapi semuanya kuasa Allah. sekali kalau yang keluar nanti baby girl pon aku tetap happy. mia ada kawan kan? yang penting baby sihat walafiat sempurna sihat tubuh badan.

sekarang even aku dah 4 bulan ++, aku masih alah dengan ubat gigi. sangatlah bercinta nak berus gigi tiap tiap pagi ngan malam. benci rasa nak muntah tu.. Y_______Y

mia sekarang sangat nganda ngada. manja kededek betul. kalau jalan jalan kat luar asik nak dokong jer.. kadang kadang sehari suntuk nak melekat ngan aku. penat. tapi kesian kat dia. tak puas nak manja manja lagi kot. sekarang mia dah kurang nenen. setiap kali nak nenen, aku alih perhatian dia cakap, eh.. susu nie sedappp.. sambil tunjuk botol. alhamdulillah... setakat ni kalau siang, ok jer minum FM. susah masa malam time nak tidurkan dia jer.. sebab dia nak nenen dulu baru boleh sleep. tak pa la... slow slow la kan...

hurm... so far kandungan semua takda masalah. sangat bersyukur tak da bleeding. insya allah, 5 bulan lagik mia akan dapat adik. doakan aku selamat semuanya...

dah..



Ok.Byebye ^___^