Rabu, 30 Mei 2012

Selasa, 29 Mei 2012

kisah itu

kisah itu.
walau telah lama berlalu..
lukanya masih terasa...
parutnya tetap ada..
dendam masih bersisa...

walau mulut ungkapkan kemaafan..
walau keinsafan telah dititipkan..
untuk melupakan tidak akan pernah..
untuk bepura pura tidak disakiti memang sukar
jadi biarkan aku begini..
meratapi takdir yang diberi...
walau ia hanya kenangan silam.
sekali terimbas luka lama berdarah kembali.

kerna aku
kerna aku
kerna aku
hanya manusia



manusia biasa...





Ok.Byebye ^___^

Khamis, 24 Mei 2012

tak perlu kata apa apa.. senyum : )

akhirnya, setelah penat menanti. setelah penat menunggu. dapat jugak tau keputusan kes langgar lari hari tu.



mekasih en sarjan sebab buat keputusan yang tepat dan adil walaupun lambat gila nak dapat keputusan ini. huhuhu...


lakaran kasar tempat kejadian...

alhamdulillah. Tuhan dah bantu aku untuk dapat keadilan dalam kes nih. doa orang teraniaya dimakbulkan bukan? syukurr..

sekarang ni  sedang proses untuk claim insuran pak cik WCY 1174 tu.aku berani bet gila babi dia mesti terperanjat masa nak renew road tax dia pasal tetiba je ncd da yilek. padan muka ! yela. bajet aku tak dapat no plat dia. silap besar la...

apa apa pun, semuanya dah setel. lega sket hati aku. cuma nak tunggu kereta siap memang makan masa lama sikit la. sedih sebab terpaksa nengok incik suami buat amal jariah sedekah duit kat teksi tetiap hari nak pegi kerja. T_T.. sekali pergi RM16++... kalau sebulan? menangissss T_T

tapi incik suami cakap kita boleh claim total loss of  a day kat insuran pak cik tu.. aku harap boleh !

k la korang. doakan semuanya berjalan dengan lancar. aku harap insuran pak cik tuh aktif. kalau tak masak aku. huhuhu



nota kaki: sudah mula merindukan WRY 7496 ! rindu la sangat.. ahahahaa.. mengada kan? 






Ok.Byebye ^___^

Khamis, 17 Mei 2012

rezeki di tengah hari


tadi masa pagi pagi kat opis aku dah dok pikir nak makan apa tengah hari nanti. oh ! teringin gila nak makan nasik kukus ayam berempah kat foodcourt restoren bisik bisik tu. ayam dia besarrrrrr... nasik banyakkk..ada kari ngan acar sayur. wah ! memang ngam lah ngan keluasan tangki perot aku kan...

then tadi masa nak luch hour, tanya ngan opismet aku dia nak makan kat sana tak. sekalik dia kata kalau hari biasa ramai gila orang. memang tak sempat. dia ajak tapau tempat lain T_T alahaiii..sedihnya.. rasa macam dah sampai kat tekak. memang betul pon. kalau pergi hari jumaat time orang lelaki solat jumaat pon kene beratur  panjang inikan pula hari lain. redha. pasrah.terus jilat tapak tangan.petua orang dulu dulu elak kempunan.. entah betul entah tidak. kahkahkah. abaikan.

so, tadi tapau je la nasik putih, ayam kunyit, sayur sket ngan jeli kelapa. oh ! aku memang da lama cari jeli kelapa ni. menyesal beli satu. sedap yum yum yum....


ni la apa yang aku sumbat dalam perut tadi. makan sampai licin. lapar.... 



nota kaki : sok jumaat kan? yey ! nak makan nasik kukus ayam rempah. jangan kedai tu tutup. aku bakor karang kedai dia ! eh.



Ok.Byebye ^___^

Selasa, 15 Mei 2012

masih begitu..

trauma itu masih kuat terasa.. ketakutan itu masih lagi bersisa.. sumpah ! setiap kali aku lalu tempat kejadian, serta merta aku jadi berdebar debar. kadang kadang aku bepeluh dalam kedinginan air cond. jika sebelum tiba di tempat itu aku pandu dengan kelajuan 100km/j automatik aku akan memperlahankan laju kereta setibanya di tempat itu.

begitu hebat impak pelanggaran dengan pak cik jahanam itu. tapi, aku juga perlu berterima kasih kepadanya sebab dia. sebab kemalangan itu aku jadi seorang yang lebih berhati hati.

kerana dia aku lebih menghargai nyawa yang Tuhan berikan kepada aku. kerana dia aku lebih menyanyangi diri aku. Terima kasih pak cik ! **sambil menyumpah di dalam hati**

aku tidak tahu sampai bila trauma ni akan terus sebati dalam diri aku. aku harap ianya tidak lama..

doakan aku !


nota kaki: keputusan kes aku masih belum dapat diketahui. aku pon tak pasti sampai bila aku perlu tunggu untuk tau siapa yang betul siapa yang salah. hurm.. T_T

Ok.Byebye ^___^

Rabu, 9 Mei 2012

malang itu tidak berbau. kalau berbau bukan malang namanya...

semalam macam biasa aku pergi kerja. tak pepasal rasa perut memulas mulas. cuba bertahan. tapi dah rasa hujung hujung sangat. so, sampai kat petronas depan stadium melawati, aku berhenti kejap nak buang hajat. selama aku bekerja di shah alam ni, aku memang tak penah berhenti mana mana petrol pam untuk terkucil ke, untuk terberak ker. biasanya momentum gelodak perut aku tidak seteruk itu. tapi semalam memang luar biasa sakitnya sampai aku drive sambil kemut kemut bontot.

then lepas berjaya membuang bahan kumuhan, aku drive dengan kelajuan macam biasa bagi meneruskan perjalanan ke tempat kerja seperti biasa. aku ulang .aku drive dengan kelajuan biasa macam sebelum sebelum ni untuk ke tempat kerja.

selepas melepasi ipd shah alam, aku kena lepas 2 traffic light yang agak mengelirukan sebab 2 traffic light ni agak bedekatan antara satu sama lain. first traffic light adalah simpang 4. aku berjaya lepas traffic light itu. then second traffic light adalah simpang 3. satu dari arah persiaran kayangan (main road)= jalan aku. satu lagi dari arah kiri aku = persiaran dato menteri. satu lagi dari arah unisel, aku nengok masa tuh traffic light untuk jalan aku adalah HIJAU. aku ulang. HIJAU. then aku drive lagi dengan kelajuan yang sama sebab da memang jalan aku. gila ke hapa aku nak berhenti kat situ masa lampu hijau. sebelum tu aku nampak ada satu kereta dari arah unisel dengan selambanya cilok masuk ke arah jalan persiaran dato menteri. dia lepas sebab masa tuh aku agak jauh. ok. kereta tu selamat mencilok. then kereta belakang dia pon nak cilok jugak. tapi teragak agak nak cilok ke tidak. nak cilok ke tidak. last last dia buat keputusan banganng dengan mencilok walhal dia nampak aku dah dekat dan laju. tetiba... kebabommmmmmmmmmm.....

aku dengan jayanya telah melanggar kereta yang tak beretika itu sampai melambung nasik goreng aku kat stering ! nasib pakai seat belt ! kalau tak..... kau tau. perasaan aku masa langgar kereta tu? MATI dan MIA.. aku hanya mampu pikir "matilah aku pasni. mia.. maafkan ibu. dan sempat jugak mengucap mana la tau dah memang ajal kan. aku nampak driver kereta tu macam da berumur. yang pasti MELAYU ! memang celaka la. dah la langgar lampu merah. dengan selambanya lari macam tuh aje ! bukan nak nengok aku ni hidup ke. benapas ke tidak. kaki patah ke. haram tak. blah macam kau langgar anjing tau. kau da langgar pastu ko biar anjing tuh mati mengeliting atas jalan. camtu la aku rasa. sangat biadap ! tapi yang best aku tak panik. aku dapat no plat kereta pak cik mangkuk hayun tuh. siap la kau pakcik.

aku tadi dengan terperanjatnya dengan tegamam nya hanya mampu menghoooon sekuat hati kat pak cik tu. tapi die wat dek jerk. takde perikemanusiaan langsung ! kereta belakang aku pon laju laju. nasib dorang sempat elak. kalau tak depan belakang kereta aku hancur !

dengan teketar ketar, aku pon park kereta ke tepi jalan. masa tuh aku rasa sorang je kat dunia nie. manusia manusia yang ada dalam kereta kat traffic light tu satu pon tak turun tolong aku. oh dunia ! makin ramai manusia yang mementingkan diri sendiri rupanya. takpa. aku bukan anak diaorang pon. bukan isteri dia orang pon. sebab tuh dorang tak kisah kot. takpa la.. karma itu ada.


aku matikan enjin kereta sebab takut meletup pulak nanti. lagipon aku nengok ada cecair keluar dari kereta aku. then, menangis sekejap untuk tenangkan diri. teketar ketar capai telefon. first aku call senior aku. inform dia aku tak boleh masuk opis sebab eksiden. then call hr. pastu baru call laki aku.

kondisi kereta aku agak teruk dan menakutkan.. kalau la aku tak pakai seat belt.. ntah la.. aku pon tak tau nak cakap. Tuhan masih bagi aku peluang untuk sama sama ngan mia. syukurr. terima kasih Allah beri aku peluang bernafas lagi. **INSAF**


radiator pecah. bonet kemek. lampu pecah. fender tebarai. aduhhh !
T_________T


kau nengok ada plastik kuning kat stering tuh kan?? ha, tu nasik goreng aku tu. dari car seat mia tercampak kat situ. kuat tak kuat impact eksiden tuh 
T_______________T


masa ni la ada kakak melayu yang baik hati tanya aku "dik, eksiden ker?" aku jawab " aah kak". dia tanya lagi aku " mana kereta yang langgar adik tu?" aku jawab " da lari kak". terus die pakir kereta dia belakang kereta aku. then dia yang tolong aku. suruh call towing semua. terima kasih kakak ! lepas tuh kebetulan ada peronda polis lalu. polis pon tanya macam macam kat aku. amik no plat kereta bagai. kakak tuh pon blah bila polis tuh sampai.

then pas amik semua detail aku, polis pon bla sebab doang pon ada benda lain nak wat. orang towing kemain ramai datang. tau je ada eksiden kann.. jenuh aku nak layan. suami ngan adik aku sampai dalam lebih sejam lepas kejadian. then tunggu towing pastuh bawak kat ipd shah alam untuk wat report.

ok. part wat report ni pon wat aku geram jugak. lepas kita wat report kat kaunter, kita kena jumpa ngan pegawai dia untuk dorang siasat kan?? ok. aku jumpe ngan sarjan A ni. aku baru je duduk. die baca report aku pastu ngan suara yang agak tinggi jugak la dia cakap" oh, kalau kat traffic light ni dik, kita tak tau sapa betol sapa salah. nanti adik kata adik lampu hijau yang lagi sorang pon bila wat report dia kata dia pon lampu hijau. saya pon tak boleh tau sapa betol sapa salah. sebab saya takda kat tempat kejadian. hanya adik, dia ngan Tuhan je tau sapa betol sapa salah. biasanya yang jalan terus ni selalunya laju sebab nak kejar lampu hijau. orang yang kat simpang ni biasanya ambil masa nak jalan.. bla bla bla bla bla  blaaaaa... " sarjan tu menceceh. WAT DE FAKKK ???? orang kat simpang biasanya amik masa baru jalan? kepala buttt ! memang la dia amik masa. amik masa nak langgar aku ! dalam hati aku hanya mampu mencarut mencarut dan mencaruttt. aku nak je cakap macam ni "oh, kalau macam tuh, kalau saya nak eksiden nanti saya kol encik dulu la. encik sarjan, saya nak langgar orang ni. sila datang ek jadi saksi nengok sapa betul sapa salah. senang nanti nak wat report. boleh encik sarjan?" tapi aku malas la wat kecoh kat balai polis kan. nak mati masuk lokap?

aku terus cakap. "sekejap encik. encik dengar dulu cerita saya **masa ni air mata da menitis nitis ok** saya punya lampu memang hijau sebab tu saya jalan macam biasa. sebelum tu memang ada sebuah keeta depan pakcik tuh yang jalan even masa tuh lampu dia merah. tapi dia lepas sebab saya agak jauh. tapi bila pakcik tuh nak jalan jugak, memang tak sempat la sebab saya memang da dekat. lagi satu encik, saya rasa kalau betul betul dia tak salah, dia takkan lari !" ada ketegasan di nada suara aku masa itu. aku terus menggomel "lagi satu encik, kalau encik kata saya salah, orang orang macam saya memang teraniaya la !" sarjan terdiam. then dia cakap ngan suara yang agak kendur " takpa la dik, kalau betul dia salah. dia buat adik nanti orang lain pulak wat dia".. oh ! suci nyer hati kau sarjan. masalahnya pak cik tuh langgar lari. aku rasa macam tak ada keadilan kat dunia nih la. bukan parti KEADILAN yer.

dalam otak aku dok terpikir pikir. kalau polis pon tak tau sapa betul sapa salah, apa motif wat report kalau tak nak siasat betul betul. kan da ada no plat kereta pakcik mangkuk hayun tuh. trace la kat mana dia tinggal ke  hape ke. pastu wat la apa apa tindakan kat dia. saman ke. lokap ke. penjara ke. aku geram ok !oh ! mungkin sebab aku tak mati lagik. sebab aku boleh berdiri lagik. atau sebab aku bukan anak sultan or menteri. sebab tuh pandang ringan kes ni. mungkin. aku kata mungkin.

sekarang ni kereta da selamat ke bengkel. mungkin makan masa sebulan jugak baru siap. aku luka sket kat lutut kanan, lebam kat kaki. badan sakit sakit. leher agak teleng. tangan kiri susah nak gerak tapi syukur takde luka yang kronik.

hari ni aku kerja pakai kereta laki aku. pagi tadi bangun awal gila babeng. nak hantar dia kat lrt kelana jaya. tapi last last dia naek teksi jer. so, dalam sebulan ni, itu la rutin kami gamaknya. jahat tau pakcik tu ! sebab dia orang lain kena tanggung macam macam masalah !

apa yang aku dapat simpulkan kat sini adalah:

1.even kau kat traffic light and and terang terang lampu kau kaler hijau, kau belum tentu lagik selamat dari eksiden kalau masih ramai lagik pemandu pemandu malaysia yang mentaliti die bangang macam pak cik yang aku langgar tu. merah dia ingat jalan. bingai !

2.makin ramai manusia kat malaysia ni yang buta hati, yang kurang rasa perikemanusiaan dan sangat sangat mementingkan diri sendiri. kau terang terang da nampak ada eksiden depan mata kau, tapi kau buat seolah olah kau sedang menyaksikan satu pertunjukkan kereta yang berlanggar sesama sendiri untuk lihat kereta sapa yang lebih kebal. syabas orang malaysia ! agaknya kalau da tercampak ke, da terpatah leher ke, dah temampos kat situ ke, baru kau orang terhegeh hegeh nak tolong. what for?? dah mati da pon.. nak bantu wat pe kan??? yang masih hidup kau biar yang mati tak benyawa kau beriya iya nak tolong??? uselessssss !!

3-kau kena bersyukur sebab Tuhan masih lagik beri kau peluang kedua untuk hidup dengan orang yang kau sayang. so, hargai peluang yang Tuhan beri itu sebab aku percaya takda lagi peluang keempat, kelima mahupun keseratus. Alhamdulillah. aku telah mendapat peluang itu. T_T terima kasih Tuhan.

aku tengah tunggu keputusan kes. tengah hari karang nak tanya sarjan keputusan kes aku. hati aku kuat mengatakan aku yang kena saman sebab aku percaya si mangkuk itu tak kan wat report polis ! arghhhh !


nota kaki : abang ipar aku da dapat trace mana WCY 1174 tuh tinggal. siap kau. weekend nie nak gi ambush rumah dia.. nak tanya kabar kereta dia sihat ke tidak. boleh?? pastuh nak penumbuk skalik kat muka dia. pastuh aku nak saman dia 50 juta. baru boleh tukar lambo. kalau dia tak mampu bayar, aku saman dia lagi. saman dia sampai lebam. baru puas hati aku....


Ok.Byebye ^___^