Isnin, 22 Disember 2014

bad mouth

semalam aku sedih.. aku yang salah... telah mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. mungkin terlalu letih. mungkin juga terlalu bosan dengan aturan hidup yang sama setiap hari. bukan lah mengeluh. tidak sama sekali. kadang-kadang aku rasa bila dah berkahwin dan beranak 2 nak masuk 3 tak lama lagi ni, aku perlukan masa untuk diri sendiri yang mana aku tak berkesempatan sampai sekarang.

aryan memang seminggu ni tak berapa sihat. batuk berkahak dan muntah-muntah. semalam petang nak ke giant beli barang dapur. aryan berak n muntah-muntah. nak basuh berak dia mengamuk. dah maghrib masa tu. memang banyak setan la kan? ke aku setannya? tak mau berdiri nak bukak pampers...duduk dalam bilik air dengan pampers penuh taik. aku paksa dia berdiri. aryan menangis nangis tak nak bediri. ok..masa tuh dah geram.. paksa banyak kali then dia berdiri la kejap. saja lembik-lembikkan kaki dia macam cerita suamiku en sotong sotong tu.. then baru nak klip pampers nak buang dia boleh duduk balik meronta ronta sampai pampers tadi terlepas dari tangan aku.. menggelupur ok. sampai badan dah penuh dengan taik tadi. memang hangin la aku.

bila dah marah, aku lupa diri. hilang akal waras. terus terkeluar perkataan yang tak sepatutnya dari mulut tak berinsurans nih. budak kecik kot. tapi yelah. bila dah marah kau apa pon lupa.. ya allahh.. takda niat langsung aku nak cakap gitu. menyesal sangat. aku tau nasir marah bila dia dengar aku kata gitu sebab dengar dia membebel kat sofa.

ntahlah...aku selalu pesan kat diri. kalau marah baik diam jer.. jangan cakap apa-apa sebab apa yang keluar dari mulut tu satu doa.. menyesal sangat. nasib baik aryan kecik lagik. tak paham apa aku cakap.. kalau dia paham. mesti dia sedih T_______T...

mulai semalam aku dah berazam... azam nak jaga lidah.... nak jaga mulut. tak nak cakap benda-benda yang tak baik. mulut ni kadang-kadang laju je nak keluarkan perkataan yang jahat-jahat. Allah.. malunya kat diri sendiri. mulai sekarang nak cakap benda-benda yang baik sahaja.. barulah aura positif tu ada kan? insha Allah...

aku sayangkan anak-anak aku... walau apa keadaan sekalipun... moga lepas ni benda-benda yang baik saja keluar dar mulut ibu ya, sayang? no more badmouth. insha allahhh....




Khamis, 18 September 2014

mabuk kepayang

aku sekarang mabuk teruk la.. mood kau jangan cakap la.. manjang nak jadi naga. aku pon tak tahu kenapa. kepala berat. rasa nak meletop. tekak tak sedap.. loya. kalau boleh nak biarkan jer air liur ni menjejeh. tak sedap di telan. air putih pon aku rasa macam besi. mengada sangat kan? T___T

walau ni dah masuk 3rd pregnancy, mabuk tetap ada. dulu masa mengandungkan damia pon teruk macam ni. sampai bleeding bagai. sampai berhenti kerja la aku. masa mengandungkan aryan senang sangat. pening sikit sikit jer. kerja pon cargas. naik tangga tingkat 4 rileks cool and steady jer. sakit beranak pon sekejap. hari ni last kerja esok dah bersalin. mudah.

yelah. setiap pregnancy tak kan sama. lain lain kan.. kalau yang senang tu alhamdulillah.. kalau yang mabuk macam aku sekarang ni kena bertabahlah. T_____T

sekarang baru nak masuk 8 weeks... ikut pengalaman dulu dulu biasanya mabuk macam ni sampai 16 weeks (4 bulan). tapi ada jugak yang sampai bersalin pon mabuk gini. pengsaaannnnnn...

budak ofis aku sampai ambik unpaid leave sebulan sebab tak tahan mabuk teruk. asyik muntah. kesian pon ada. tapi semua orang mengandung merasa benda tu kan.

aku makan berselara je. walau tekak meloya pahit ada aku kesah. semua aku bedal. pastuh muntah balik. huhuhuhu... T__T

sekarang aku belum pergi buat check up pon. scan pon belum sebab masa aku gi check pasal pregnancy ni awal sangat. baru 6 weeks masa tu. doktor cakap kecik sangat kalau scan pon tak nampak apa. okla. ni dah masuk 8 weeks dah boleh sangat nak scan. tapi hujung minggu banyak sangat programnya. tiap minggu ada jer hal. macam minggu ni makcik aku buat kenduri doa selamat kat kampung pulak.dekat je.tanjung karang. tapi dengan keadaan camni tanjung karang pon aku rasa macam nak ke kelantan. tak larat lama dalam kereta. rasa nak pengsaaannnnn... ngengada la mak buyong ! seriyes. tak larat weh T____T

masih tak tau nak bersalin kat mana. kejap nak kat PMC sebab dekat. kejap nak dekat pusrawi sebab best. kejap nak tropicana. tapi lakiku kata tropicana mahal. normal pon mungkin sampai 6k..mampossss... tapi mmemang mahal la. hari tu mia ngan aryan demam bawak gi sana check darah bagai dekat 1k... gilo ! sepupu aku baru bersalin kat sana. czer. aku tak berani nak tanya berapa kos. lakiku ckp dalam 10k++.. menangis weh ! takpa la. kita beranak kat tepmpat biasa biasa udah. janji selesa. gitu. sedapkan hati.. hahhaa.. ikutkan nak jer ke Prince Court. wehaaaaaa... hahahahaa.. demand !

k la... nak buat kerja. buat ke ngular? muahahahaaha...moga cepat la mabuk ni hilang. kalau tak semua orang aku pandang semua macam aku nak makan. maafkan mak buyong yer ! :)


Khamis, 4 September 2014

sesungguhnya rezeki itu dari allah.. alhamdulillahhh

alkisahnya bulan Julai lepas telah terlewat 2 hari dari tarikh period... humak aih.. memang takut bebenaw aku masa tu. sampai setiap kali solat doa kat Tuhan biarlah aku period.. boleh ke doa gitu? hahahaaha...disebabkan takut terjadi lagik kes kes terlewat period ni maka aku dengan malu malu kucing pon pergi ke farmasi.. niat hati nak beli pil perancang. lama jugak aku google yang mana lebih bagus. dulu mula mula ingat nak amik implan tapi ntah macam mana sampai la ni tak buat-buat sebab nak jimat duit pergi haji. so, riki punya riki ramai yang kata pil YASMIN the best but quite expensive. range harga lebih kurang RM40-RM55. takpela kan. redah ajo...

so on the way nak balik dari opis, aku singgah ke satu farmasi ni. D'Apotic Pharmacy. first time masuk gile kelas tempat dia... dengan pharmacist berkot putih sambil tersenyum tunggu kita masuk. siap ade pak guard bukak pintu lagi... kelas macam masuk hotel. muahahahaa. 

so, pharmacist yang layan aku ni lelaki. segan la jugak.. yelah.. nak beli pil perancang kate. memula dia suggest better mintak pendapat doktor sebelum consume dengan pil perancang ni. tapi aku cakap malas la sebab aku pecayakan pakcik google. gelak besar pharmacist tu.. rase nak tumbuk je muka dia.. nasib handsome. eh..

so dia bagi tau harga pil yasmin tu RM 45.50 tapi kalau aku jadi ahli ada la diskaun. baik jadi ahli. free pulak tu. so lepas jadi ahli dapat diskaun 10% so harga pil tu jadi RM40.95. murah bukan? murah keeee?? T___T

tapi pil yasmin ni nak makan kau kena tunggu period dulu. maknanya hari pertama period baru kau boleh makan. so, period aku bulan Julai tu adalah 24hb. aku beli pil ni masa 5hb Ogos so kena la tunggu sampai 24hb nanti...

nak dijadikan cerita bila dah sampai 24hb Ogos tu aku masih tak period.. tanda tanda nak pms tu macam ada.. sakit perut tu ada la.. tapi rileks... bulan lepas pon lewat 2 hari ape. rileks ayu rileks.. kata aku dalam hati untuk sedapkan hati sendiri.. sambil sambil tuh dah mula google pil yang boleh turunkan darah period.. memang ada. masalahnya kalau dah kawen kene check UPT dulu takut takut termengandung. sebab kalau makan tapi mengandung nanti ada side effect lain pulak.. aduhh... tak pa tak pa.. kita doa esok kita period..

4 hari dah berlalu. mak aih.. tak period lagik weh.. tak kan tersumbat kot? masa ni aku dah cuak dah. tengah hari tu aku pergi guardian beli pregnancy test. tak sempat nak makan yer. sampai sampai opis masuk toilet terus wat upt. aku takut sebenarnya.. pejam mata ok. mana tau laju jer keluar 2 line. terus aku macam Allahhhhhhh... terduduk sekejap. tak tau nak gambarkan perasaan aku masa tu macam mana.nak nangis ade.. nak gembira pon ade.. bila teringat aryan terus alamak kesian anak aku. kecik lagik. ok.. tarik nafas dalam dalam. ni namanya rezeki kan? cuma aku tak bersedia nak mengandung dalam masa terdekat ni. bukan aku tak nak anak.. aku nak anak cuma bukan dalam masa terdekat ni. aryan baru setahun 3 bulan T____T. .sakit bersalinkan dia pon tak hilang lagik. ok. itu tipu.. hahahahaa. hai susah la aku nak cakap.

alhamdulillahhhh. .rezeki allah nak bagi... :)

call incik suami. syukur panjang lakiku.. rezeki tu yang.. katanya... yolah... bila aku cakap tak ready kau tau dia cakap ape? dah main bukak bukak seluar tak ready menda? gila lucah laki aku.. hahahhaa... tak baik cakap gitu katanya.. kan rezeki tu... ye lah yelah.. bebel cam mak nenek.

budak budak opis bila aku cakap aku preknen semua jaw macam nak jatuh. respon dorang macam haaaaaaaa.. kemain besawwwww melopong mulot korang eh??? tampar kang.. aku cakap dalam hati jer.. hahahahaha.

so, membazir lah aku pergi beli pil perancang ni ha... elok tersimpan dalam kotak.. gamaknya simpan tahun depan la.. tu pon kalau sempat makan.. pengsannnnnnn T___T


tak sempat nak menelan dah terbunting.. hahahahahaha

tapi bila aku fikir balik syukur tuhan nak kurniakan aku anak..ada orang lain nak anak sampai sekarang tak dapat dapat.... aku ni bila dah Tuhan nak kasik boleh lak nak cakap tak ready. T__T..sorry baby... moga baby baik baik jer yer **usap usap perut.. hihiihi**

semalam saja wat check up suh doktor kira dah berapa minggu ku preknen.. padahal dah calculate sendiri kat internet. doktor cakap baru nak masuk 5minggu ++. edd on 1st may 2015. wahhh... tapi sedikih kuciwa doktor tak scan.. takpa.. nanti kita gi check tempat lain eh.

sekarang mabuk adalah teruk.. loya, pening, muntah, nak tumbuk orang semua ada.. hahahaa..emosi swing gila babs.. hai... tapi makan selera pulak. camna tu? muahahaahaha

doakan aku dan baby baik baik saja ya.... hihihihi.. ok, nak solat.. tata :) 





Selasa, 18 Februari 2014

anak siapa ni?

jahat tau mak lang dajal yanyan camni. sian yanyan dizalimi... pasrah pulak dia kena wat gini.
T____T













ni kalau yuna tengok, menangis..... hahahahahhaa


siap nampak pusat je eh yan.. bertabahlah nak... T_____T

Khamis, 13 Februari 2014

pesan pada angin

oh angin..

tolong bawa jauh-jauh rasa luka..
tolong terbangkan segala lara dan duka...
tolong tiupkan jauh-jauh rasa marah dan kecewa....

oh angin...

tolong hilangkan rasa pedih dan sengsara
tolong hilangkan segala kekalutan dan kecelaruan..
tolong hilangkan segala rasa hitam...

oh angin...

tolong tiupkan semula rasa gembira..
tolong tiupkan semula rasa bahagia
tolong tiupkan semula rasa percaya...