Khamis, 22 Mac 2012

kecik kecik dah menyusahkan mak bapak.

amaran keras: entri ini mempunyai perkataan yang agak ekstrem dek kerana amarah penulis yang terlalu tinggi. harap maklum.

aku dah beberapa hari tak sihat. da dekat 2 minggu dah ni. demam, batuk and flu. kepala ada sikit pening. kebetulan kerja tak berapa banyak hari ni, so saja saja baca metro online. sekalik terbaca satu topik yang bisa buat emosi aku jadi panas macam gunung berapi nak meletup.

koang tau kan sebelum ni ada kes budak kene culik masa balik dari kedai top up kan? aku setiap hari tunggu berita nak tau pasal pekembangan kes tu. sekalik hari ni dalam paper tulis rupa rupanya budak tuh berlakon jer kena culik semata mata tertekan dan rasa dikongkong oleh famili dia. siap rancang ngan makcik dia lagik. watdefakkkk???

kau kecik kecik dah pandai menipu mak bapak. menyusahkan mak bapak. kau tau tak mak bapak kau punyer susah hati risaukan keselamatan kau. ntah kene rogol ke, kene potong kena kerat 14 ke, kena bakar hidup hidup ke? kau sekarang dah kene lacur ker? sekalik dapat dapat tau kau belakon jer kena culik. memang chilake..

membazir air mata aku je menangis masa dengar radio la. bapak kau punyer sedih masa hotfm call tanya pasal kau la bodoh !

kau lain kali kalau dah gatal sangat, terus terang jer ngan mak bapak kau. cakap mak, saya ni da gatal sangat da nih. saya nak bebas. saya nak bejantan. mak bagi kebenaran. kalau tak saya lari dari rumah sebab saya da cukup DEWASA nak mula hidup tanpa mak ngan ayah ! haa.. kan senang ! takdelah mak bapak kau menggagau nak cari kau bila hilang ! takda otak punyer budak !

dan bila aku dapat tau cerita sebenarnya hari ini, aku sangat sangat berharap yang kau benar benar diculik nanti ! baru kau tau langit tinggi ke rendah! baru kau tau kenapa mak bapak kau kontrol hidup kau ! sebab kau tu masih bawah umur la bingaiiii !

ok. aku memang marah pasal benda ni. dan aku sangat sangat beharap agar anak anak aku nanti tidak jadi seperti budak fatihah nih. kalau anak aku macam ni, aku cili cili 'adik' dia. dah gatal sangat !



Ok.Byebye ^___^

Selasa, 20 Mac 2012

hari khamis

hari khamis ini banyak benda penting akan jadi. kebetulan birthday en suami pada masa itu. dan pagi pagi lagi aku dah dapat memo kene attend meeting pada hari yang sama. dah la meeting pukul 5.30pm. watdehel? apasal taknak wat pukul 8 malam jerk? tak tau ke aku nak balik awal baca yassin?

aku nak balik la. nak celebrate birthday en suami walaupun pada hakikatnya nanti en suami yang akan mengeluarkan segala pebelanjaan pada hari tesebut. hahahaha.

ok. da mula stress sebab tak dapat balik awal pada hari tersebut. haish !


Ok.Byebye ^___^

Isnin, 19 Mac 2012

aku tau la aku baru kerja sini..

fine ! aku tau la aku baru kerja kat sini. tapi kau nampak muka aku ni muka balaci ke hapa? kau ingat aku baru kerja sini kau boleh buli aku? kau silap !

kau boleh tanya aku tengah wat apa? kau nampak aku free ke? ko ade nampak aku korek korek hidung sambil siol siol kat sini? boleh kau nak suruh aku wat kerja kau sedangkan kau sedap sedap kunyah keropok sambil dengar radio gelak gelak ek. banyak cantik muka kau !

ni la susahnya bila bekerja ngan melayu nih. bukan nak mengutuk tapi itulah realiti. suka sangat nak buli pekerja baru. kau silap kakak ! jangan sesekali kau berangan nak wat aku jadi balaci kau !

aku bengang bila ada spesis yang suka amik kesempatan kat atas orang lain atas kepentingan diri dia sendiri. sedangkan dia seronok seronok jimba jimba orang lain tanggung susah !

da. aku tengah marah ni. baik aku minum hot milo kasik cool down !

Ok.Byebye ^___^

Jumaat, 16 Mac 2012

esok cuti. yahuu...

alahai.. menjak jadi wanita bekejaya ni masa manjang tak cukup. serius ! masa nak bersantai santai depan tv pon nan ado. mana taknya. balik kerja pukul 5.30pm terus cabut ke sungai buloh amik mia. sampai umah aku je da dekat pukul 8. kasik mia makan, mandi gedebak gedebuk da pukul 9. badan penat pukul 10 je da masuk tidur. ye la, esoknye nak bangun pukul 5.30 am lak nak pegi keja. tuh kalau sharp balik kul 5.30. kalau pukul 7? menangis la kau kat opis T_T

oh ! rindunya nak nengok desperate housewife #7. ke da habis da? ape cita la hope dalam cite raising hope.. The voice pon tak sempat nak nengok malam tadi. memula en suami pasang dvd adnan sempit 2. separuh jalan je nengok terus join aku masuk tidur. penat kan b? huhuhu. T__T alahai.. rindunya waktu senggang nak main main ngan mia..

esok kebetulan hari sabtu minggu ketiga and jatuh time aku off. syukurrr ! malam ni boleh nengok tv sampai lebam. yeah !

boleh layan the walking dead ! best best !

nota : minggu depan menangis la sebab kena kerja ari sabtu. T__T
**bongok la keyboard komputer opis nih. hurup 'r' susah nak tekan. sakit tangan aku la !



Ok.Byebye ^___^

kisah hari ini..

semalam mc. wah ! baru 3 hari kerja da cuti. anak demam dong. tak sampai hati nak tinggalkan mia. aku pon demam juga. so, senang cerita pegi PMC amik MC. then buka akaun CIMB sebab kompeni ni guna CIMB baya gaji.

hari ni kerja balik. tapi ada berita syok. pepagi aku nya opismet bagi tau dia and lagi sorang opismet aku kena ke SUK. Head aku pulak kena ke PD. yahoo... hari nih kat department aku hanya aku dan sorang budak praktikal. best2.. boleh ngular.. mampos.

ok. nak wat kerja. da siap kerja baru leh ngulauuuu lama lama... hahahaha..


Ok.Byebye ^___^

Isnin, 12 Mac 2012

mencari rezeki

hari ni aku mula kerja. alhamdulillah. maka bermula semula episod bangun pagi seawal 5 pagi untuk keluar mencai sesuap nasi..

so far mia ok je ngan wan dia. harap harap dia minum susu moo moo tu. tadi call mak dia cakap mia tak nangis pon. makan banyak. good girl mia !

hari pertama kerja biasa biasa aja. orang kat sini ade yang sombong cam gagak. ada yang baik cam angel. tapi aku tak kisah. nawaitu aku datang sini nak cari rezeki. yang lain letak tepi...

ok. hari pertama keja tak ley ngula. so entri pon pendek jek huahahaauahaua...

oh ! da mula rindukan si kecil itu. mia.. ibu tak sabar nak balik ! tungguuuu ibu tau ! T__T


sedihgilekuarlunchsensorang... srooottt T______T


Ok.Byebye ^___^