Sabtu, 13 Ogos 2011

layankan aja video nih

boring gila ari nih. sebenarnya takda apa apa pon nak tulis. tapi tangan gatal gak nak menaip. nak masak, berbuka lambat lagi **ok. da mula lapa T__T**

oh ! just nak share video mia... sebenarnya aku da share pon video dia kat pesbuk.saja nak tempel kat sini. padahal video da bekurun pon. eh, suka hati la. blog aku..wakakaka..

enjoy yaaa !




COMEL KANNN???



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Jumaat, 12 Ogos 2011

tak tau nak kata apa

aku malu.
da tua tua perangai masih macam budak budak

aku malu.
da tua bangka masih nak jadi budak pra matang pemikirannya

aku malu.
da umur macam nih pon masih ada ego yang membataskan segala galanya

kan ke senang kalu ucap "AKU MINTAK MAAP PADA KAU"
kalau itu yang boleh menjernihkan keadaan dan semuanya kembali normal seperti biasa.

SUSAH sangat kah nak mintak maaf?? susah sangat kah???





satu lagi contengan jiwa oleh:
 

macam macam style la budak nih..

ok. tadi biarkan mia layan al-kuliyyah. ari jumaat. kena la islamic sket kan? biar dia nengok rancangan yang islamic moga da besar nanti jadi muslimah sejati. atternyer lentur buluh start dari rebungkan? insya allah. aku sebenarnya nak masak tok berbuka. so, saje bagi dia leka nengok tv. tak kan nak pikol budak nih sambil masak kot? aku bukan robot ok. budak nih semangat bukan main.sigh ~

ari nih menu utamanya nak masak ayam lemon.wah ! makanan. **sangat lapa T__T** lambat lagik nak berbuka nih :(  ok. lupakan. ngah masak masak ayam, tetiba aku rasa umah sunyi sepi cam kena langgar garuda. wakakkaaa. selalunya, budak nih kalu tak nampak muka aku seminit, mulalah start mengaruk ! so, bile senyap camtuh, jadi musykil gak aku kat dapur.

skalik jengah kat depan, laaaaaaa.... tidor upenyer budak nih.. kasihan ! heeee. mia ade satu style tidor taw. mentang mentang sekarang da pandai meniarap, tengah tengah syok tido pon tetibe die ley meniarap. pastuh da meniarap, tejaga la. ape lagik. melalak. padahal sendiri salah gi meniarap, pandang kita mencebik cebik.sabar je la.

k, nak sambung masak. korang nengok je la gambar budak kecik nih ngah tido. cute gile.. hehehee

kemaen nyenyak tido. pas nenen kater.. hahahaaa

ngah tido pon tangan kemaen lagik. ala ala nasyid. atter tadi nengok al-kuliyyah kan? bagos anak ibu. cepat belajor nih ! ahahahahaa

tidor nyenyak nyenyak sampai kol 10 taw lalink. senang ibu nak berbuka jap gi. pastuh nak kemas umah kita yang da cam tongkang pecah. sok, cik eja nak datang. kalu umah besepah, mampos ibu kene katai ngan die kat pesbuk. wakakaka
 haaa... ko nengok gambar kat bawah nih !  haishhh ~

nasib baek tak terjaga. kalu tak meraung cam kita yang telangkopkan dier..

haa.. macam macam style kan? tak taw la pasnih gaya ape lak die tidor. mia mia.... tapi kekadang risau gak takot hidung mia tertutup bila dia tido meniarap camtuh. tapi aku nengok, dia cam selesa lak tido camtuh. apa apa pon kena selalu monitor mia la takut benda yang tak baek jadi kan? nak dapat da susah woiii !! aahahaaaa...




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Khamis, 11 Ogos 2011

merindui saat itu

sungguh ! kalau boleh putar semula masa, banyak yang ingin aku perbetulkan.

sungguh ! kalau boleh diundur semula masa, banyak benda yang aku ingin lakukan.

sungguh ! kalau boleh kembali ke masa silam, banyak yang ingin aku rencanakan.

NAMUN.

masa tak kan tunggu kita.

masa tak kan dapat diputar semula.

sungguh ! aku rindukan "waktu" itu...

TAPI.

ape ape pon aku tak menyesal sebab hidup kena terus.
kita kena syukur dengan apa yang kita ada sekarang sebab HIDUP adalah satu ANUGERAH.




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Rabu, 10 Ogos 2011

penawar lara

bile aku sedih. aku renung dia. bila aku ade masalah, aku cari dia. bila aku perlukan teman, aku pelok dia.

MIA, even mia tak taw cakap apa apa, walau tanpa apa apa kata, ibu taw mia paham apa yang ibu rasa. ibu taw mia kalu boleh nak tenangkan ibu. apa apa pun, bila nengok mia senyum and gelak, da cukop wat sume masalah dan sedih di hati ibu terbang jadi debu. terima kasih sayang !





IBU SAYANG MIA...




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

hari tanpa kata...






























































satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Selasa, 9 Ogos 2011

............

Tuhan.
tunjukkanlah aku jalan yang benar
kerna aku lemah tanpa bimbinganMu

Tuhan.
aku pohon padaMu
berikan aku sedikit kekuatan
untuk aku teruskan hidup
hanya sedikittttt
kerna aku HIDUP demi anak ku damia batreesya

‎" Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi. Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan. Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.

Ingatlah, Allah Yang Satu itulah yang mengobarkan kemenangan insan terdahulu, yang mengatur urusan manusia sebelum-sebelumnya. Malah ada urusan mereka lebih sulit dari kita. Selalulah bersyukur dan mengingati Allah SWT.

La tansa zikrullah.





satu lagi contengan jiwa oleh: