Rabu, 3 Ogos 2011

luahan perasaan seorang ibu dan isteri.

hari nie aku rasa sangat meletihkan. rasa nak melepet jerk. rasa nak tegolek golek atas katil jerk sambil minum jus epal yang sejuk sambil kaki digoyang goyangkan. ok, berhenti berangan ! bulan puasa nih ! **sambil mengerling jam di dinding dan berkira kira berapa jam lagik nak berbuka puasa**

nak kata tak sahur, pagi tadi rileks jerk melantak nasik 2 pinggan dengan laok semalam yang hanya sempat dipanaskan pagi tadi. mane nak dan masak, mia buley lak tejaga pukol 5 pagi tadi. stress mana nak masak. stress mana nak jerang air lagik. stress nak senyapkan mia merengek. stress nak jagekan bapak si mia lagi. aduhh.. menangess. T____T

tadi cuba setelkan suma kerja yang tergendala. lipat baju. setel. basuh pinggan. setel. sapu umah. setel. basuh baju. setel. pendek kata sume kerja da dibereskan sebab di otak da set kalu suma kerja setel, jap gi ko buley la bemalas malasan atas sopa embuk sambil layan pesbuk.

TAPI.....

aku lupa perkara yang penting sekarang nih ! lupa pada si kecik nih.. dari tadi namo tido. nenen da. main pon udah. mandi udah. kasik nenen lagik dengan harapan si tuan puteri tido ngan amannya. TAPI.. tuan puteri kemaen segar bugar. tak jugak tido tido. menanges lagik aku T____T

kadang kadang aku rasa da takda masa langsung nak berehat. ni pon aku taip entri ngan kaki menghenjut kerusi jongkang jongkit si tuan puteri. **nasib dia diam nengok tv, kalu tak pasti air mata aku da penuh sebaldi**  ok. korang jangan salah paham. bukan aku tak iklas jaga si tuan puteri. aku sayang mia ok. lebey dari apa yang ada kat dunia nih. cuma kadang kadang aku rasa masa tok aku da tak da. sadis kan? sila menanges berjemaah bersama sama aku T___T

arghhh ! kesimpulannya aku perlukan spa sekarang !

b, sok sila cuti ! jaga mia. orang nak gi oliday !







satu lagi contengan jiwa oleh:

Tiada ulasan: