Khamis, 4 Ogos 2011

tabiat

aku ada satu tabiat. mungkin menjelikkan bagi seseorang. mungkin juga URBAN bagi yang lain. mungkin.

sejak dari kecil aku memang suka membaca. sila percaya kerna aku tak tipu. **aku cume alergik ngan buku KANUN TANAH NEGARA.. muahahaha** dari buku teks hingalah ke komik ujang, semuanya aku suka baca dengan harapan dapat memenuhi ilmu di dada. ya ! aku sukakan buku jadi sudah jadi satu tabiat pabila aku nak pergi jamban, aku mesti bawak bahan ilmiah untuk temankan aku semasa termenung. jangan tanya aku  kenapa atau cakap "eh, gila kau. ngah berak pon kau nak baca. sengal " sungguh ! aku tak ada jawapannya.


yang aku taw setiap kali aku nak berak, aku mesti bawak buku. mungkin. aku kata mungkin. mungkinsebab utamanya adalah aku rasa bosan sensorang kat jamban. aku berak agak lama. wakakkaa. sebab aku selalu sembelit. hihihihi **tetibe sudah rasa jijik**

aku ingat lagik, adik aku kalu nengok aku tegopoh gapah sambil jalan tekepit kepit cari buku tuh die da taw da." haa.. tuh nak berak lah tuh" sambil diiringi gelak yang menyakitkan hati sampai aku rasa nak je sumbat berus jamban dalam mulot die tapi aku tak sampai hati nak wat gituw. kan aku kakak. kakak kena banyak bersabar. hahaha. padahal da menggelupor cari bahan ilmiah sebab 'benda" tuh da nak keluar da. kadang kadang, da tak sempat sangat, buku latihan sekolah adik aku pon, aku rembat jerk. wakakaka.

sampai sekarang. even aku da anak. aku masih tidak dapat membuang tabiat ituw. bagi aku, membaca tidak kira anda berada di mana **hanya untuk menyedapkan hati sendiri**

Oh ya, masih aku ingat. aku baca buku Permata Yang Hilang pon masa aku berak. gila kau nak baca dalam bilik yang share ngan adik pompuan ko yang lain. jatuh la air muka aku. wakakakaa

aku harap ini bukanlah satu penyakit keturunan sebab aku tidak mahu turunkan pada anak anak aku. sigh~



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Tiada ulasan: