Jumaat, 14 Oktober 2011

semua benda dia nak hisap la

budak kecik nih memang taw. mentang mentang da 6 bulan. da boleh capai semua barang yang dia nampak. aduhh.. semua benda dia capai, semua dia nak masukkan dalam mulut. penat marah "mia, jangan. bende tuh kotor la." mia ! wat pe masukkan toys dalam mulut!!" kekadang bila aku jerit camtuh dia pandang jerk. cam paham. heee. capek ! naseb baek dia belum boleh merangkak. kalu tak kompom aku nak benapas pon tak sempat.

sekarang ni da pandai masukkan jari dalam mulut. nyonyottt sampai berair- air tangan. pastuh main air liur kat tangan tuh. aduhh ! macam macam ragam la..

kalau boleh satu tangan dia nak masukkan dalam mulut la...

ko nengok gambar tuh comel jer kan? haaa.. nengok gen sape. gen ibu dia la..wakakkaa.. tapi kan, bukan tangan je mia rasa sedap nak nyoyot. tak caya? cuba test nengok gambar kat bawah nih..

anak sapa la manjang kebulor nih??? ikut pelahap ibu sape nih mia??
aiyoo ! kau nengok ! dia hisap ibu jari kaki die cam makan kentaki. ganas betul. sedap sangat eh mia?? aku tepok dahi la nengok budak nih ! orang tua tua kata kalau baby isap kaki dia nak adik lagik ek? bagus mia bagus sangat la tuh. diri sendiri pon tak terjaga ada hati nak geng. kau taw tak ibu nih rasa tulang tulang da cam kena gigit anai anai?? kau nak adik lagik??? ye laaaa... nak adik yer??

kalau ibu yang isap lak jari kaki nih nak dapat ape pulak eh? tak kan madu kot? nak mamposssss??? hahahhahahaaaaaaahahahahhaahahahahahahha
**ketawa sambil menangis**

KE MEMANG SEKARANG NIH AKU MENGANDUNG??
**pengsan**



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Tiada ulasan: