Khamis, 26 April 2012

kisah aku dan motor

tadi masa dengar hot fm dalam perjalanan ke  tempat kerja, dorang buka hot chat topik kisah motor. senyum kambing aku dengar kisah sorang sorang. ada yang kelakar. ada yang scary. cam orang gila gelak mengekek sensorang dalam kereta.

topik ni wat aku terflash back zaman aku bermotor masa studi kat UTM dulu. aku bukan orang kaya yang ada kereta. masa tu guna duit PTPTpu beli motor. dengan niat senang nak ulang alik ke library untuk studi. kononnya. walhal nak senang nak bejimba ngan kengkawan. padahal mana ada lesen pon. hahaha. macam jahanam kan?

ok. banyak sebenarnya kenangan masa bermotor di kampus dulu. ngan kisah merempit memalam ngan si mye dondeng. pastu dengan eksiden nyer. macam macam.

tapi part yang paling best adalah masa buat praktikal kat Mah Sing. tempat tu kat Mount Austin. So, kena lalu area pasir gudang. kau tau la. pasir gudang tu tempat lori lori besar lalu lalang. lori apa yang takde? dari lori hantu sampai la lori tak berapa hantu semua nya ada.

pemandu pemandu lori ni ada satu habit tau. dorang ni jakun kot kalau nengok orang yang bawak motor tu adalah seorang perempuan. nak nak perempuan santek dan lemah lembut cam aku ni kan? ok. sila jangan muntah. bila nampak perempuan je menggeletis lain macam. kau bayangkan tengah kau fokus ngan pemanduan kau kat jalan raya. ye la mana nak elak kereta. mana nak mencelah celah celah lor  .mana nak elak motor yang merempit sesama sendiri lagi. semua kau kena ambil kira.  tengah syok syok kau bawak motor sambil menikmati pemandangan indah sekeliling kau tetiba kau dengar hon yang ampunnn... begegar bontot tau tak.... hon lori memang power sebab mampu wat aku tak tentu arah atas motor. tehuyung hayang aku. naseb tak eksiden. jantung ni nak tercabut da. pastu saja jer bawak laju laju cucuk kita dari belakang. tak ke menggelabah kau? yang paling aku geram, da la hon kita. pastu bila melintas kita, dengan rasa tak bersalah nya dorang ni gelak gelak bila nengok kita teperanjat. hampeh !

kau bayangkan selama 3 bulan aku dalam berkeadaan begitu. di dera oleh hon lori. stress. sehari kalau kena hon 5 lori, kalau 3 bulan?? sian jantung aku. bekerja keras selama 3 bulan dok ulang alik jalan pasir gudang tu. dosa aku pon makin banyak sebab setiap kali kena hon, setiap kali kata kata carutan terkeluar dari mulut aku. nak hon dorang balik? alahaiii.. kentut aku lagik kuat dari hon motor. muahahaa...

tu la kenangan yang paling aku tak boleh lupa. aku kalau nampak lori jer rasa nak langgar jer doang. tapi apekan daya. dorang lagi besar dari aku. jadi aku hanya mampu memaki di dalam hati saja.. T_T

ni la buah hati pengarang jantung aku masa studi dulu. sekarang aku dah serahkan hak penjagaan sepenuhnya kat adik bongsu aku.. ku rindukan kau HITAM
T_T



nota kaki : sebenarnyasampaisekarangakutakdalesenmoto.muahahahaa



Ok.Byebye ^___^

2 ulasan:

yaNa berkata...

bleh tahan ko ek..
tanpa bersalah x de lesen moto..
mati2 aku igt ko dh ada lesen ms kita sek dl..hua3..

Areyou Callypso berkata...

xde na.. bile2 piki camne aku boleh beani bawak moto xde lesen. kalau mati la., mmg mati katak..
kihkihkih