Jumaat, 14 Oktober 2011

bila boring, saya swimming

aduhh.. boring gila kat hotel nih. da la laki keje balek petang gaban. nak keluar panas gilos. satu keje nak memikul budak kecik nih lagik. arrghh ! tensennn..

mia pon kekadang busan je pandang aku. aku rasa mesti die nak cakap "ibu, please la. mia bosan nih. kat bawah ada pool. bawak la mia swimming" **kelas anak aku cakap omputih** jadi, kerana naluri seorang ibu itu memang kuat, maka aku pon bawaklah budak kecik nih swimming.

aku pon tak paham. dia nih suka ke idak swimming. takde perasaan taw budak nih. masuk dalam air takda reaksi. wakakaka. gelak idak. menangis pon idak. aiseymen ! ko nih suke swimming ke tak mia? kompius betul la.

tapi aku rasa disebabkan boring asik teperap dalam bilik, lebey baik dia swimming kan?? ye la. balik balik dalam bilik tuh ha dia pandang aku, aku pandang dia. nasib baik ibu dia santek cam jesicca alba.  takda la dia temohok sangat nengok aku setiap hari. muahahahaa.

da la aku lupa bawak kabel kamera. card reader takde pulak. miskin eh? T_______________T
so, amek je la gambo mia pakai kamera telepon yang aku rasa kalu telepon nih baling anjing kompom kojol anjing tuh. takde la secanggih henpon org yang pakai ipon ke belkberi ke kan.. takpe la. guna je apa yang ado **sejukkan ati sendiri**

oh ya ! kat sini kami stay di the orient hotel. ok la tempat dia. tempat agak strategik sebab banyak kedai makan. pastuh dekat dengan lumut waterfront. kat dalam tuh ada roller coaster. ada terjun bungee. sumpah. aku tipu ! wakakaka. jangan tanya aku ada apa kat situ sebab aku tak masuk pon. :)
hotel ni mengadap laut. tapi tak pasti kenapa takda satu umat pon yang teringin nak berjimba kat situ. so, just kalaau yang kapel kapel tuh ley la feeling feeling pegang tangan awek jalan tepi pantai sambil nengok matahari terbenam. walla ! memang romantik !

ni la hotel tempat aku stay. nampak kan laut depan tuh??
haa... ni la tempat budak kecik nih bejimba dan nak tunjuk skill satu hari nanti dia nak jadi perenang negara. ahahahaaa. mana lah taw kan. mia wakil negara dalam renang berirama ke.. kayoooo mak cik !



gelak pon tak. nangis pon tak. aduhh ! anakku, tunjukkan reaksi mu !
tapi dahi bekerut memang trade mark mia. muahahhaaa




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

semua benda dia nak hisap la

budak kecik nih memang taw. mentang mentang da 6 bulan. da boleh capai semua barang yang dia nampak. aduhh.. semua benda dia capai, semua dia nak masukkan dalam mulut. penat marah "mia, jangan. bende tuh kotor la." mia ! wat pe masukkan toys dalam mulut!!" kekadang bila aku jerit camtuh dia pandang jerk. cam paham. heee. capek ! naseb baek dia belum boleh merangkak. kalu tak kompom aku nak benapas pon tak sempat.

sekarang ni da pandai masukkan jari dalam mulut. nyonyottt sampai berair- air tangan. pastuh main air liur kat tangan tuh. aduhh ! macam macam ragam la..

kalau boleh satu tangan dia nak masukkan dalam mulut la...

ko nengok gambar tuh comel jer kan? haaa.. nengok gen sape. gen ibu dia la..wakakkaa.. tapi kan, bukan tangan je mia rasa sedap nak nyoyot. tak caya? cuba test nengok gambar kat bawah nih..

anak sapa la manjang kebulor nih??? ikut pelahap ibu sape nih mia??
aiyoo ! kau nengok ! dia hisap ibu jari kaki die cam makan kentaki. ganas betul. sedap sangat eh mia?? aku tepok dahi la nengok budak nih ! orang tua tua kata kalau baby isap kaki dia nak adik lagik ek? bagus mia bagus sangat la tuh. diri sendiri pon tak terjaga ada hati nak geng. kau taw tak ibu nih rasa tulang tulang da cam kena gigit anai anai?? kau nak adik lagik??? ye laaaa... nak adik yer??

kalau ibu yang isap lak jari kaki nih nak dapat ape pulak eh? tak kan madu kot? nak mamposssss??? hahahhahahaaaaaaahahahahhaahahahahahahha
**ketawa sambil menangis**

KE MEMANG SEKARANG NIH AKU MENGANDUNG??
**pengsan**



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Rabu, 12 Oktober 2011

wordless wednesday #2



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

wordless wednesday #1







satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Selasa, 11 Oktober 2011

shaun the sheep

Aku memang suka nengok citer porno kartun. setakat dragon ball, sailor moon, sinchan, doraemon sume aku tapau. alaaaa..sekalik sekala layan katun nak release tensen apa salahnya kan??

Ada satu kartun yang versi baru. aku rasa la. ke sebab aku yang tak taw kartun nih da lama wujud? muahahhaa. maap. aku takde channel disney kat umah. **menangis**saja layan kartun kat youtube kasik mia leka then jumpe kartun shaun the sheep. lawak nak mamposss.. penat aku gelak. hajat di hati nak kasik mia nengok. alih alih aku yang ketagih. ape kes?

Tak caya kartun nih lawak??

Layann video bawah ni..... ada banyak lagik video cite shaun nih. cari je kat youtube.. free kater.. muahahhaa


Seriusssss... aku gelak macam nak mati nengok telatah kambing nih taw. memang super duper cute. enjoy !
ada satu lagik kartun oscar's oasis.. tuh pon lawak nak mamposs.... gelak sampai nonggeng nonggeng aku. eh eh.. ni mia yang nak nengok ke ibu dier? hehehhehee

satu lagi contengan jiwa oleh:
 


Jumaat, 7 Oktober 2011

perit bila tidak bekerjaya

Ok. sekarang aku dah paham perasaan orang yang nak kerja tapi takda satu kompeni pon yang nak amik dia kerja. sengsara. stress. jiwa kacau. sakit hati bila org tanya "eh ! tak kerja lagi ke yu? dok umah jer ker? untungla... laki kau kaya" takpon "kau da try anta resume guna jobstreet?" serius ! aku rasa nak lempang betubi tubi je mulut orang tuh.

Hello ! aku da try semua. sampaikan aku da fedup nak send resume aku. siap drop by hand dari satu kompeni ke satu kompeni. siap ada yang tak kasik aku masuk sebab ingat aku nih salesgirl. hello ! punyer lawa2 ngan baju kemeje sambil jinjing fail ko ingat aku salesgirl? tapi gayanya memang macam salesgirl pon kan? mampossss.... aduhhh hai..memang mencabar nak cari kerja nih rupanya.

Penah aku rasa give up. kadang kadang aku bermonolong dengan diri sendiri. bukan salahkan takdir. tapi aku tertanya tanya apsal la orang lain senang je nak dapat kerja. kadang kadang siap 2, 3 kompeni panggil dia. aku? seketol pon belum tentu nak panggil interview. cait ! ada yang panggil interview and hanya kasik harapan kosong untuk menjaga hati aku dengan mengatakan " takpa ya puan. kami kena review and diskus dulu ngan orang atasan. kalau berjaya kami akan hubungi puan dalam tempoh 2, 3 hari nih." jangankan 2, 3 hari, 2, 3 bulan aku tunggu, haraaammmmmm takda pon orang call. menangissssss...

sekarang aku rajin beli the star kekunun semangat waja nak cari kerja. ari sabtu banyak gak iklan kerja dalam tuh haa... kepada en somi, aku harap sangat dia paham. aku pon bukan nak sangat goyang kaki dok umah nih. aku memang nak kerja. mungkin belom ada rezeki aku lagik kot.

sekarang kena start ajar mia bottle feed. kot kot mana taw ada kompeni yang baik hati nak amik aku bekerja. rugi woooo tak amek aku. muahahahaa.. tapi budak kecik nih cerewet cam bapak dia. susah gile ! makan nestum pon aku sumbat paksa sampai kekadang tersedak budak kecik nih. siannnn... hehehhee


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

KENTUT



Kentut. nak tulis entri nih pon aku da geli geliman. yup ! aku memang alergik dengan bunyi kentot. apatah lagik bau yang dikeluarkan yang bisa membuat aku separa mati dan tercungap cungap kelemasan akibat hidong aku teperosak dengan bauan yang mengalahkan bau kaki bacin yang menggunakan stokin yang sama selama seminggu tanpa henti.

Aku paling pantang bila ada orang yang kentut merata rata. rasa aku nak lempang jerk dia ngan piring astro. contoh terdekat adalah laki aku sendiri. ko bayangkan. time nak tido da nih. dia boleh kentot baik punyer time. selamba badak kentut dalam selimut. maw aku tak bertuka daripada comel cam Nora danish  angel terus jadi Freddy Krueger nak tikam dia ngan jari aku yang tajam. serius ! aku geram ! Bukan maksudnya aku tak pernah kentut langsung. gila kau. kalu tak kentut kau bukan manusia namanya. tapi aku lebih gemar mengambil sikap berhemat dan bersopan kalau nak kentut pon. sebagai contoh, kalau kat umah, aku rela pergi ke toilet untuk kentut berbanding kentut depan adik aku yang mulut dia buleh tahan puaka. sebab bagi aku, adalah kurang sopan kau buang angin depan orang lain. tak berciri ketimuran ok !

Penah masa aku studi dulu, ada kawan aku taw habit aku nih. tengah dok sedap ngumpat ngumpat, die boleh kentut. bukan kentut main main. kentut betol betol punyer.. panjang gile bunyi dier. lebih 8 harkat ! aku ngan automatiknyer menggelupur cari tingkap mintak oksigen. pastuh, member aku selamba badak ketawa macam nengok rancangan jozan. rasa aku nak humban jerk minah nih dari tingkap hostel. naseb baek aku mempunyai tahap belas kasihan yang tebal. kalau tak da inalillah da kawan aku tuh.

So, untuk korang semua yang kaki kentut, kalau nak kentut pon, kentut la cara berhemah. aku rasa ramai yang sama spesis cam aku yang kurang gemar dengar bunyi kentut. apatah lagik nak menghidu baunya. please la. hormat orang sekeliling. kalau da betul betul tak tahan sangat, mintak izin la. at least orang sekeliling korang tuh ley cari pedinding dan amek langkah berjaga jaga sebelum terhidu gas toksid korang tuh.

Tadi laki aku kentut. sok kalau ada berita isteri tikam laki sebab kentut dalam selimut, haa.. tak lain tak bukan, pompuan tuh aku la tuh. haishhh !


satu lagi contengan jiwa oleh: