Rabu, 6 Jun 2012

aku nak tanya

aku nak tanya. kalau kau menipu, mampu ke kau terus hidup dengan tenang dengan kebohongan yang kau cipta. selepas kau berbohong, adakah kau rasa bangga sebab mampu memperkotak katikkan kepercayaan yang telah diserahkan kepada kau? selepas kau berdusta mampu ke engkau nak berpura pura seolah olah tiada apa apa yang berlaku sebelum ini. MAMPUKAHH??

aku percaya hidup ini umpama roda. kekadang kita di bawah. namun ada masa kita di atas.

aku juga pecaya. satu hari nanti kebenaran pasti terbentang juga. tembelang pasti pecah juga.

cepat atau lambat.

itu aku pasti.

kan..




Ok.Byebye ^___^

Rabu, 30 Mei 2012

Selasa, 29 Mei 2012

kisah itu

kisah itu.
walau telah lama berlalu..
lukanya masih terasa...
parutnya tetap ada..
dendam masih bersisa...

walau mulut ungkapkan kemaafan..
walau keinsafan telah dititipkan..
untuk melupakan tidak akan pernah..
untuk bepura pura tidak disakiti memang sukar
jadi biarkan aku begini..
meratapi takdir yang diberi...
walau ia hanya kenangan silam.
sekali terimbas luka lama berdarah kembali.

kerna aku
kerna aku
kerna aku
hanya manusia



manusia biasa...





Ok.Byebye ^___^

Khamis, 24 Mei 2012

tak perlu kata apa apa.. senyum : )

akhirnya, setelah penat menanti. setelah penat menunggu. dapat jugak tau keputusan kes langgar lari hari tu.



mekasih en sarjan sebab buat keputusan yang tepat dan adil walaupun lambat gila nak dapat keputusan ini. huhuhu...


lakaran kasar tempat kejadian...

alhamdulillah. Tuhan dah bantu aku untuk dapat keadilan dalam kes nih. doa orang teraniaya dimakbulkan bukan? syukurr..

sekarang ni  sedang proses untuk claim insuran pak cik WCY 1174 tu.aku berani bet gila babi dia mesti terperanjat masa nak renew road tax dia pasal tetiba je ncd da yilek. padan muka ! yela. bajet aku tak dapat no plat dia. silap besar la...

apa apa pun, semuanya dah setel. lega sket hati aku. cuma nak tunggu kereta siap memang makan masa lama sikit la. sedih sebab terpaksa nengok incik suami buat amal jariah sedekah duit kat teksi tetiap hari nak pegi kerja. T_T.. sekali pergi RM16++... kalau sebulan? menangissss T_T

tapi incik suami cakap kita boleh claim total loss of  a day kat insuran pak cik tu.. aku harap boleh !

k la korang. doakan semuanya berjalan dengan lancar. aku harap insuran pak cik tuh aktif. kalau tak masak aku. huhuhu



nota kaki: sudah mula merindukan WRY 7496 ! rindu la sangat.. ahahahaa.. mengada kan? 






Ok.Byebye ^___^

Khamis, 17 Mei 2012

rezeki di tengah hari


tadi masa pagi pagi kat opis aku dah dok pikir nak makan apa tengah hari nanti. oh ! teringin gila nak makan nasik kukus ayam berempah kat foodcourt restoren bisik bisik tu. ayam dia besarrrrrr... nasik banyakkk..ada kari ngan acar sayur. wah ! memang ngam lah ngan keluasan tangki perot aku kan...

then tadi masa nak luch hour, tanya ngan opismet aku dia nak makan kat sana tak. sekalik dia kata kalau hari biasa ramai gila orang. memang tak sempat. dia ajak tapau tempat lain T_T alahaiii..sedihnya.. rasa macam dah sampai kat tekak. memang betul pon. kalau pergi hari jumaat time orang lelaki solat jumaat pon kene beratur  panjang inikan pula hari lain. redha. pasrah.terus jilat tapak tangan.petua orang dulu dulu elak kempunan.. entah betul entah tidak. kahkahkah. abaikan.

so, tadi tapau je la nasik putih, ayam kunyit, sayur sket ngan jeli kelapa. oh ! aku memang da lama cari jeli kelapa ni. menyesal beli satu. sedap yum yum yum....


ni la apa yang aku sumbat dalam perut tadi. makan sampai licin. lapar.... 



nota kaki : sok jumaat kan? yey ! nak makan nasik kukus ayam rempah. jangan kedai tu tutup. aku bakor karang kedai dia ! eh.



Ok.Byebye ^___^

Selasa, 15 Mei 2012

masih begitu..

trauma itu masih kuat terasa.. ketakutan itu masih lagi bersisa.. sumpah ! setiap kali aku lalu tempat kejadian, serta merta aku jadi berdebar debar. kadang kadang aku bepeluh dalam kedinginan air cond. jika sebelum tiba di tempat itu aku pandu dengan kelajuan 100km/j automatik aku akan memperlahankan laju kereta setibanya di tempat itu.

begitu hebat impak pelanggaran dengan pak cik jahanam itu. tapi, aku juga perlu berterima kasih kepadanya sebab dia. sebab kemalangan itu aku jadi seorang yang lebih berhati hati.

kerana dia aku lebih menghargai nyawa yang Tuhan berikan kepada aku. kerana dia aku lebih menyanyangi diri aku. Terima kasih pak cik ! **sambil menyumpah di dalam hati**

aku tidak tahu sampai bila trauma ni akan terus sebati dalam diri aku. aku harap ianya tidak lama..

doakan aku !


nota kaki: keputusan kes aku masih belum dapat diketahui. aku pon tak pasti sampai bila aku perlu tunggu untuk tau siapa yang betul siapa yang salah. hurm.. T_T

Ok.Byebye ^___^