Khamis, 11 Ogos 2011

merindui saat itu

sungguh ! kalau boleh putar semula masa, banyak yang ingin aku perbetulkan.

sungguh ! kalau boleh diundur semula masa, banyak benda yang aku ingin lakukan.

sungguh ! kalau boleh kembali ke masa silam, banyak yang ingin aku rencanakan.

NAMUN.

masa tak kan tunggu kita.

masa tak kan dapat diputar semula.

sungguh ! aku rindukan "waktu" itu...

TAPI.

ape ape pon aku tak menyesal sebab hidup kena terus.
kita kena syukur dengan apa yang kita ada sekarang sebab HIDUP adalah satu ANUGERAH.




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Rabu, 10 Ogos 2011

penawar lara

bile aku sedih. aku renung dia. bila aku ade masalah, aku cari dia. bila aku perlukan teman, aku pelok dia.

MIA, even mia tak taw cakap apa apa, walau tanpa apa apa kata, ibu taw mia paham apa yang ibu rasa. ibu taw mia kalu boleh nak tenangkan ibu. apa apa pun, bila nengok mia senyum and gelak, da cukop wat sume masalah dan sedih di hati ibu terbang jadi debu. terima kasih sayang !





IBU SAYANG MIA...




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

hari tanpa kata...






























































satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Selasa, 9 Ogos 2011

............

Tuhan.
tunjukkanlah aku jalan yang benar
kerna aku lemah tanpa bimbinganMu

Tuhan.
aku pohon padaMu
berikan aku sedikit kekuatan
untuk aku teruskan hidup
hanya sedikittttt
kerna aku HIDUP demi anak ku damia batreesya

‎" Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi. Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan. Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.

Ingatlah, Allah Yang Satu itulah yang mengobarkan kemenangan insan terdahulu, yang mengatur urusan manusia sebelum-sebelumnya. Malah ada urusan mereka lebih sulit dari kita. Selalulah bersyukur dan mengingati Allah SWT.

La tansa zikrullah.





satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Isnin, 8 Ogos 2011

2nd anniversary







08-08-2009--->>>be together
08-08-2011--->>>still together

alhamdulillahhhh


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Khamis, 4 Ogos 2011

tabiat

aku ada satu tabiat. mungkin menjelikkan bagi seseorang. mungkin juga URBAN bagi yang lain. mungkin.

sejak dari kecil aku memang suka membaca. sila percaya kerna aku tak tipu. **aku cume alergik ngan buku KANUN TANAH NEGARA.. muahahaha** dari buku teks hingalah ke komik ujang, semuanya aku suka baca dengan harapan dapat memenuhi ilmu di dada. ya ! aku sukakan buku jadi sudah jadi satu tabiat pabila aku nak pergi jamban, aku mesti bawak bahan ilmiah untuk temankan aku semasa termenung. jangan tanya aku  kenapa atau cakap "eh, gila kau. ngah berak pon kau nak baca. sengal " sungguh ! aku tak ada jawapannya.


yang aku taw setiap kali aku nak berak, aku mesti bawak buku. mungkin. aku kata mungkin. mungkinsebab utamanya adalah aku rasa bosan sensorang kat jamban. aku berak agak lama. wakakkaa. sebab aku selalu sembelit. hihihihi **tetibe sudah rasa jijik**

aku ingat lagik, adik aku kalu nengok aku tegopoh gapah sambil jalan tekepit kepit cari buku tuh die da taw da." haa.. tuh nak berak lah tuh" sambil diiringi gelak yang menyakitkan hati sampai aku rasa nak je sumbat berus jamban dalam mulot die tapi aku tak sampai hati nak wat gituw. kan aku kakak. kakak kena banyak bersabar. hahaha. padahal da menggelupor cari bahan ilmiah sebab 'benda" tuh da nak keluar da. kadang kadang, da tak sempat sangat, buku latihan sekolah adik aku pon, aku rembat jerk. wakakaka.

sampai sekarang. even aku da anak. aku masih tidak dapat membuang tabiat ituw. bagi aku, membaca tidak kira anda berada di mana **hanya untuk menyedapkan hati sendiri**

Oh ya, masih aku ingat. aku baca buku Permata Yang Hilang pon masa aku berak. gila kau nak baca dalam bilik yang share ngan adik pompuan ko yang lain. jatuh la air muka aku. wakakakaa

aku harap ini bukanlah satu penyakit keturunan sebab aku tidak mahu turunkan pada anak anak aku. sigh~



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

padan muka aku

malam tadi, sedang aku melayari laman sosial yang paling aku gemari, aku telah menerima email dari seorang yang tak dikenali dengan nama tajuk AKSI YANG TAK MUNGKIN ANDA LUPAKAN. dengan hati yang bedebar debar kerna tidak sabar mengetahui kandungan email tersebut, secara rakus aku mengklik donlod attachment. alamak ! lambat pulak file nih loading la. kata ku tak sabar seperti tunggu azan nak berbuka puasa.

bila bukak jer attachment tersebut, aku terus teperancat hingga terlatah oh pocot mak engkau. sambil mengurut dada dan mulot terbuka besar, mata aku bekaca pabila melihat satu persatu gambar yang dikirmkan tadi kerna makhluk yang memaparkan aksi yang tidak senonoh ituw amat amat aku kenali. mesra sungguh seorang lelaki memeluk pasangannya. bercumbu. dan siap menyontet ! sumpah. tak tipu. rasa nak gugur jantung ku saat ituw. teketar ketar jari aku klik satu persatu gambar yang memaparkan aksi aksi yang wat aku rasa nak muntah darah. wadehel ? lelaki itu tak lain tak bukan adalahhhhh..

SUAMI AKU dolll!!!

aku rasa nak bunuh diri !!

suami aku sebenarnya adalah GAY !! yucks !!

aku rasa putus harapan. dunia aku rasa sudah gelap gelita. hancur hati aku. petang tuh aku tunggu suami aku balek kerja dengan mata yang bengkak cam kena sengat tebuan. kali nih apa nak jadi jadi la. aku nak suh die lepaskan aku. pedulik la. ko menyundal ngan jantan lain upenyer selama nih ! dan aku tak boleh hidup dengan orang yang aku tak boleh percaya. kalu kena beparang pon aku sanggup asalkan dia lepaskan aku. aku rasa hina sungguh ! sanggop suami aku tipu aku hidup hidup. arghh ! kenapa air mata tak nak berhenti !!

TIBA- TIBA...

hek hek hek hek


laaaaa... mimpi upenyer.. seb baek mia menanges nak nenen. kalu tak kompom laki aku da mati dalam episod mimpi ngeri tadi kena parang ngan aku..! kus semangat ! seb baek mimpi.. kah kah kah kah.... aku harap sok aku tak mimpi camnih lagik. ngeri der. kalu mimpi makan  ke. mimpi melancong kat paris ke. mimpi kawen ngan jude law ka. memang aku mau. muahahahhaa.

moral of the story : kalau anak kau bangun kul 11 pagi, ko pon jangan la juin sekaki. tak pepasal mimpi ngeri... tata.

daaaaa....


satu lagi contengan jiwa oleh: