Rabu, 18 April 2012

Khamis, 12 April 2012

penolong kanan ibu

semenjak menjadi ibu dan isteri yang bekejaya nih, masa untuk aku mengemaskini rumah amatlah terhad. walhal sebelum bekerja pon sama jerk. mahahaha biasanya masa masa cuti hujung minggu baru la berpeluang nak kemas kemas umah. tu pon ikut mood la. hihihi.

tapi sebulan ni aku hepi gila.sebab? sebab laki aku dapat kerja baru. dan mula keja Mei ni. so, sebulan ni dia cuti goyang kaki kat umah sebab nak habiskan cuti annual leave kampeni lama dia. jadi, sebulan ni laki aku jadi bibik tak betauliah la. semua kerja rumah dari membasuh pinggan, cuci baju, sidai baju, sapu sampah sampailah menghantar mia ke sungai buloh rumah mak aku semuanya laki aku monopoli. ahahaha. jadi, bila aku balik rumah sejuk je mata memandang sebab sumanya tesusun besih. mekasih b ! ^_^

tapi laki aku mana boleh kasik aku goyang kaki cam tu je kan. so, dia sengaja tinggalkan baju begunung gunung untuk aku lipat. T_T tak baik kan..jadi, semalam kan cuti umum. aku pun kekunun tunjuk rajin la nak lipat baju baju yang macam setahun tak berlipat. mana taknya. baju mia da sebakul. baju aku ngan laki aku usah cakaplah. da tinggi menggunung cam bukit broga dah.

so, memula nak wam up, amik yang sikit dulu la. lipat dulu baju mia. tapi aku lupa. anak aku nih rajin. mana boleh nengok ibu dia wat keja sensorang. maka ngan baik hatinya mia tolong. tolong la sangat kan.. T_T


penolong kanan ibu..
T_T

masalahnya baju yang dah lipat pon dia pergi punggah balik tau. sadisss.. tapi mia kemain suka dapat baling baling baju. sabar jer la.. sudahnya baju mia jer yang habis lipat semalam. baju aku ngan laki aku? arghhhh ! ujung minggu je la sambung. tu pon kalau rajin. hahahahaa..



Ok.Byebye ^___^

Selasa, 10 April 2012

1st year with damia......


08 April 2011


08 April 2012

selamat hari jadi sayang... anak ibu dah setahun dah hidup sama sama ibu ngan papa. moga menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendapat keredhaan Allah ya. ibu selalu doa yang tebaik untuk mia. selagi hayat dikandung badan selagi itu kasih sayang ibu takkan luak walau seinci pun untuk kamu. jangan dah besar nanti lupa diri, lupa jasa orang tua. memang ibu sumpah mia jadi kredit card. hahahaa. tipu jer. 

ibu ngan papa sayang mia banyak banyaaakkk. nanti mia da besar sikit kita tiup lilin kek sama sama ya ! 

"HEPI BESDAY NUR DAMIA BATREESYA"


notakaki : mia demam dari semalam. genap setahun terus sakit. doakan mia sembuh ya ! mungkin mia demam sebab nak pandai jalan kot ! yey !






Ok.Byebye ^___^

Rabu, 4 April 2012

bila nak gaji?

damn ! hari ni da 4hb. masih belum ada tanda tanda akan gaji. T__T

duwet pon tinggal kaler merah je. sekeping pulak tu. takpe. balik ni pau en suami. nak pau man, joyah kedekut ! kata sharing is caring. tak baek joyah menghabiskan reta family dia sensorang kannn...

doakan aku. mana tau tetiba tejumpa duwet ke terjumpa kad kredit ke. boleh aku beli sambal bini wan basir. muahahaa....




Ok.Byebye ^___^

Khamis, 29 Mac 2012

demam lagi T_T

aku demam lagi. sejak 2 minggu lepas aku demam. kejap ok. kejap datang balik. malam tadi da start gigil gigil. tidur pon pakai stokin. selubung ngan toto masih rasa sejuk cam dalam freezer. apekah?

semalam da telan 2 biji panadol pon masih macam ni jugak. aku risau denggi or kencing tikus jer. jauh jauhkan ya allah T_T

balik ni aku try togok ubat demam dulu if minggu ni masih macam tu jugak, nak gi hospital check. takut jugak.

sekarang dah rasa seram sejuk. sweater pon tak jalan. so, dengan sedih nyer peluk je la diri sendiri nak kasik badan hangat . sadiss T_T

doakan aku sihat ya !

**taip gigil gigil tapi gagah nak berblog. ahahaha :P

Ok.Byebye ^___^

Sabtu, 24 Mac 2012

kerja di pagi sabtu

aku kerja hari ni. memang macam haram kan? T_T

APE? ingat bangla je kerja hari sabtu?

DIAMMMM korang !



Ok.Byebye ^___^

Khamis, 22 Mac 2012

hepi besday papa...

hubby.. hepi besday ya... moga sentiasa dirahmati allah. dipanjangkan umur dan dimurahkan rejeki. moga bertambah kaya raya**nantibolehbelikanibugalaxynote.. ngehngehngeh**

moga bey menjadi suami dan papa yang lebih bertanggungjawab, yang gemilang, yang cemerlang, yang tebilang.. moga sentiasa gembira dengan hidup sama sama ngan ibu dan damia.

selalu doakan bey sukses dalam semua yang bey buat. dan yang paling penting sentiasa cintakan ibu sorang ! itu mesti !!

HEPI BESDAY BEY ! I LOVE U !

p/s: takdapatbalikawalnakdinnernganbeysebabadameeting!shit!!
Ok.Byebye ^___^