Khamis, 28 Julai 2011

luahan perasaan seorang ibu. erkk

**mata rabak sebab tak cukop tido**

mia malam tadi kemaen susah nak tidokan. kau bayangkan. dari kul 6 petang semalam pukul 1 pagi baru dia tido. aduhh ! letih ibu nak. bekuda kepang bagai tapi mata kau bukan tepejam tapi boleh tebukak besar siap sengih sengih pandang ibu. nape? tak besz ke lagu kuda kepang ibu dodoikan kat mia tuh?? haishhh !

dulu sebulan dok umah mak aku ramai la melayan si mia. lepas sorang, sorang dukung ko. skunk kat umah, ade ibu ngan mia jerk. pengsan ibu. T____T tulang belikat ibu tak sempat nak bercantum da terabak balek dok hayun kau kiri kanan.. sroottt T________T

mia bila kena letak jerk, nangess.. bila ibu amek jerk teros kau ketawa bedekah dekah eh. wah ! ibu pulak yang menanges.kadang kadang tak sempat nak kencing berak. kasihan kan? pas nih kena masuk dalam list pampers tok ibu biar senang nak melepaskan hajat. rasenya cerah masa depan aku dapat penyaket batu karang sebab manjang terlupa nak kencing. nak makan pon tercekik cekik. kekadang sampai terlupa nak minum. pastuh dok ralat apsal la tekak kering sangat. cam bepasir la. upernyer tak sempat minum. nanges lagik T___T. aku rase nasik yang aku makan minggu lepas pon tak proses lagik sebab tak sempat nak kunyah. maen telan jerk. da macam ular sawa ibu kau nih mia oit.. menanges lagik.

mia oh mia... bila nak marah pon terpakse postpone sebab pandang mia jerk kau boleh senyum ek. terus ibu pon cool down. pandai pon. ikut gen sape? gen ibu la kan? wakakaka.... apak ko??? **tak brani nak kuarkan statement** wakakaka

mia ade satu peel. bila ngah nenen dia boleh stop kejap. then pandang aku pastu sengih.. pastuh sambung nenen balik. geram aku la. tuh bila mud die bukan nak tido la. masa nenen pon sempat nak maen.. gediks taw ! tapi bila angin meroyan dia sampai time dia nak tido, tuh dia. nak tecabot nenen kau !! sekalik dia hisap tak kasik peluang punya ! sampai tesedak sedak pon rileks je dia nenen. aku yang takot ! gagah betol anak ibu nih la..

tapi bila mia tido, aku renung renung dia rasa syahdu pulak. macam tak percaya aku da jadi ibu. dan sesungguhnya melihat mia membesar adalah satu anugerah yang tak ternilai walaupon kekadang aku naek darah ngan budak kecik nih **masih membiasakan diri ngan perubahan perubahan hormon**. aku bersyukur kerana sekurang kurangnya Dia memberi aku peluang nikmat menjadi ibu. moga aku dapat menjadi ibu yang terbaek tok mia buah hati ku.
************

dari jauh kedengaran jeritan seorang ibu yang macam kene rasuk:

"MIAAAAA...!! JANGAN MELALAK LAAAAAA!"



satu lagi contengan jiwa oleh:

Tiada ulasan: