Selasa, 28 Februari 2012

korang rasa tak apa yang aku rasa ha?

koranggg.. nak tanya ni. korang pernah tak rasa macam apa yang aku rasa? kalau tengah tengah malam. masa semua orang lain dah tidor. tapi korang masih berjaga.puas pejam mata. tak boleh tidor jugak. golek kiri. golek kanan. mata degil jugak nak tidor. haaa.... tu la yang aku rasa semenjak dua menjak nih.

time time tuh fikiran melayang layang ntah kemana kan? macam macam dok pikir. dok berangan. aku kekadang suka berangan kalau lah aku kaya. time time macam nih aku ada kat mana ek? kata pon kaya. kawan kawan pon stok kaya gila babi la ek?  tak urban la kalau 1, 2 pagi kat umah kan?? paling koman pon ngah berparti ngan mak mak datin. huuu.. sosial sosial.. tuh kalau da kawin. kalau tak kawin lagik kompom kompom ngan belipur lara ngan kawan kawan kupu kupu malam kat disko ke. karaoke ke. wah.. sosial sosial. agaknya sebab tuh la aku tak kaya kaya. sebab bila kaya jer sume tempat yang aku nak pergi semuanya soSIAL ! sigh~**istigfar panjang**

ok. lupakan angan angan yang menyesatkan tuh. sebab lepas tuh aku selalu terbayang. terpikir sebenarnya.  kalau la tiba tiba Tuhan amik nyawa aku saat mia masih kecil macam nih. macam mana la agaknya mia kan? suami aku kan? mak bapak aku kan? kawan kawan aku kan? dorang sedih ke tak ek? sapa yang datang ziarah aku buat kali terakhir ya? berapa lama diaorang akan sedih atas kehilangan aku. sebulan? setahun? ke lepas 2 tahun da tak da sapa ingat aku. oh ! kalau betul ini memang sedihhh. hurm **menangis**

yang paling aku risau ialah kalau mia menangis. siapa yang boleh pujuk dia. papa mia pon surrender bab bab pujuk memujuk mia kalau dia mengaruk. selalunya hanya aku seorang jer yang boleh pujuk mia. nanti dia nak menyusu macam mana? sebab dia menyusu badan.. nanti mia boleh ingat ke muka aku bila dia da besar? mia boleh ingat ke betapa aku sayang kat dia?? **menangis lagik** pastu siapa yang jaga mia? nanti ada orang berebut ke nak jaga mia?? oh ! sadisssss...

pastu, rasa rasa pas aku mati nanti, laki aku kawin lain tak ek? ngan anak dara ke? ngan janda ke? ke dia tak kawin kawin sebab nak tumpukan perhatian kat mia? atau pon baru seminggu aku mati, dia senyum lebau sebab leh cari orang baru?? oh ! ini lagik menyedihkann T___T

nanti mia ada ibu tiri dia dera mia tak?? berani dia nak dera mia.. ibu bangkit dari kubur cekik dia ngan papa papa mia sekalik. ok. ini lawak. hahahaa. tapi kalau betul syok jugak kan???

Tuhan.. aku tau aku hambaMu yang hina. tak malu nak meminta minta. aku tau ajal maut semua ketentuanMu. Tapi, tolong ya Tuhan. jangan ambil nyawaku sekarang. berikan aku kesempatan untuk lihat damia membesar. berikan aku peluang untuk lihat damia berjalan. aku ingin melihat damia bersekolah. aku ingin merasai kegembiraan bila mana damia tamat pengajian di universiti. aku juga ingin bersama sama damia di hari perkahwinannya. aku juga ingin merasa nikmat menjadi seorang nenek. tolong ya Tuhan. T___T

ok. da cukup sesi berangan di sini. air mata tetiba mengalir laju pulak.dah. aku nak basuh muka jap. kang mak mertua aku ingat aku gaduh ngan laki aku lak sebab mata bengkak menangis.


Ok.Byebye ^___^

Tiada ulasan: