Selasa, 21 Februari 2012

seksenya menunggu camni..

penantian tuh memang menyeksakan kan? memeritkan kan? menyakitkan kan? mendebarkan kan? haish !

Tuhan, permudahkanlah semuanya. Aku benar benar inginkannya. 

Ahad, 19 Februari 2012

kisah si nur damia batreesya

mia da sepuluh bulan sekarang. lagik 2 bulan da setahun. oh ! kejap jer anak ibu da besar. rasa macam baru semalam jer mia baru lahir.

gigi pon da tumbuh 2 batang. senang sket nak makan. biskut pon da pandai gigit sendiri. bagus anak  ibu !

mia sekarang da ada tabiat baru. suka joget joget. tak kira la bediri ke. duduk ke. merangkak pon dia boleh joget joget. kelakar ok. siot ! aku tak sempat nak rakam la kasik korang tengok ! sekalik tengok cam teletubbies da budak kecik nih. kalau mood dia baek, camtuh la. joget sane. joget sini. tapi, sekalik dia mengaruk, aku yang naik hantu. wakaka.

pastu suka sangat jerit jerit. kalau kita jerit 2 harkat, dia jerit panjang 4 harkat. kita jerit panjang 6 harkat dia punya jerit berharkat harkat. da la kuat. nyaring. bingit telinga aku.  oh ! baru aku sedar kenapa sekarang ni aku makin pekak. huu

pastu bila malam mengigau ngigau. menangis sokmo. sebab siang da penat joget sana. menjerit sakan bagai. time tido la dia wat hal. kekadang aku yang naik hantu. aku pulak yang terjerit jerit tengah malam sampai laki aku pon tekup ngan batal telinga dia. mana taknya, baru je nak lelap dia wat perangai. sori papa. mia nih wat ibu naek hantu. hahaha. mia mia... macam macam peel taw.

nie ada gambar mia. bukan yang latest pon. gambar bulan lepas masa aku ngan suami bejimba kat penang. so, cekidaut !




MIA.. JANGAN CEPAT SANGAT BESAR TAU. NANTI IBU TAK BOLEH NAK PELUK AND CIOM MIA.. 
T_____T





kisah si penganggur tua.. wakakakaa...

tajuk tak ley blah ek? hahaha

ok. memang dah lama tak hapdet apa apa kat sini. rindu.. sro0ott T_________T banyak benda aku nak share ngan korang tapi macam tak tau nak start dari mane. haish !

oh ! semalam aku cuba nasib pergi interview kat menara ambank. diaorang wat open interview. ala. korang pon tau kan yang aku nie sekarang penganggur yang berjaya.. wakaka. so, dengan semangat berkobar kobar ngan hati cekal dan waja, pagi pagi lagik aku, mia ngan suami keluar umah ke sana. sesi temuduga bermula dari 9.00 pagi sampai pukul 5.00 petang. so, pukul 9.30 pagi da keluar umah sebab kalau boleh nak setel cepat. ingatkan aku adalah orang yang terawal sampai. sekalik sampai amek kau. penuh gila ngan manusia. dari yang baru lepas spm sampailah autie cina yang jual telur ayam pon ada. huhuhuh. jadi, bila aku nengok ramainyer umat manusia semalam secara tak langsung aku tau yang ramai jugak manusia menganggur cam aku nih yerk **padahal sedapkan hati sendiri**. so, aku rasa lega. kahkahkah..

nak amek borang pon kene beratur bapak punyer panjang. da macam audition akademi fantasia okey ! ada gak dalam sejam beratur nak amek borang. then nak submit pon kena beratur lagik. dah macam budak sekolah rendah nak bebaris kat kantin beli makan doh. ahahaha. then diorang terus interview hari tuh jugak. tapi kau ingat time time tuh jugak nama kau kene panggil? sila bermimpi 40x sebab belum tentu pas mimpi 40x tuh nama kau kena panggil ! aku tunggu turn nak interview adalah dalam 2 jam setengah. dalam pada tuh mia mengamuk ngamuk ngan papa dia. aduhh ! banyak betul dugaan. dah la pakai heel. saket kaki aku. selamba je aku bukak kasut kat situ. gasak !

interview sampoi jerk. dalam 10 minit kot sebab masa tuh pon da pukul 4.15 petang.. kau bayang dari pagi sampai petang nunggu tak makan tak minum. oh ! lupa.. aku ada minum masa curik curik kuar nak nenenkan mia. sian anak ibu ! ibu yang interview dia pon sama letih.

interview tuh cam aku cakap sangat sempoi. tapi contract basis la. tapi aku tak kisah pon. asal keje udah. kol 5.30 petang sume setel. balek terus drive thru mekdi. bapak punyer lapar. mia pon tak makan nasik. sian gile. makan roti jer budak kecik tuh. srooott T_____T

pihak bank cakap if aku berjaya, diaorang akan call dalam masa 1-2 minggu nanti. oh ! aku inginkan kerja ini..... Tuhan, permudahkanlah segalanya...

DOAKAN AKU YA !

Ahad, 6 November 2011

selamat hari raya aidiladha..

selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua umat Islam... selamat makan rendang. lemang dan ketupat. makan tuh ingat ingat sket. jangan sampai sakit perut tercirit cirit dek melantak sambal rendang.. huuu

kepada para jemaah haji, moga kalian mendapat haji yang mabrur. aminn

selamat ari raya haji semua dari kami sekeluarga....

ondeway ke jb tok sambut raya ngan keluarga mertua. kene ikut turn la.. naseb kawen ngan orang jauh...
T______________T


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Ahad, 30 Oktober 2011

hukum karma kah ini?

dari dulu lagi aku terpikir pikir
kenapa aku tak henti henti diberi bermacam macam bentuk ujian...
dugaan.
cubaan.
adakah disebabkan dosa dosa lampau aku
atau...
adakah ia hukum karma?
yaaa... dulu aku pernah buat seseorang menangis kerana aku.
kini, aku pula yang menangis kerna seseorang.

hukum karma kah ini?
hukum karma kah?
jika ya, aku da terima balasannya.




"awak, orang mintak maaf sebab pernah sakitkan hati awak............ orang da taw rasa peritnya awak dulu. maafkan orang......."

T_______________T




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Jumaat, 28 Oktober 2011

mengandung?

malam tadi telah bermimpi. mimpi aku mengandung lagik. apekah?? apekah maknanya?? so, saja jer gugel tafsiran mimpi nak taw makna mimpi tuh. saja suka suka. bukan nak percaya sangat pon sebab hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui kan?

so, gugel punyer gugel terjumpalah blok nih ha blog keluh kesah Mrs Chot. tak taw la betul ke idak sebab penulis blog ni pon mimpi perkara yang sama macam aku.

disebabkan malas nak huraikan dengan menggunakan idea sendiri, so aku copy paste jer la dari blog beliaw eh.


1) Untuk suami yang bermimpikan isterinya mengandung :
Tafsiran = Sesuatu yang buruk mungkin akan menimpa / berlaku.. (Wallahualam.ALLAH saja yang lebih mengetahui)

2) Kalau diri sendiri (perempuan) yang mimpi dia mengandung :
Tafsiran A : Generally membawa maksud akan mendapat keuntungan besar berbentuk wang & harta... (Wallahualam.ALLAH saja yang lebih mengetahui)

Tafsiran B : Kemungkinan juga membawa maksud mimpi mengandung ni mungkin jugak dia bakal mengandung tak lama lagi....(Wallahualam.ALLAH saja yang lebih mengetahui)

But for those yang belum kawin tapi mimpi mengandung, bermaksud orang2 terdekat akan mengandung...(Wallahualam.ALLAH saja yang lebih mengetahui)

tapi mimpi aku adalah dalam kategori kedua. dedua pon menunjukkan benda yang positif. aku mungkin lebih mengharapkan yang A. mana la taw kot kot aku dapat keja dalam masa terdekat nih. mana taw ade interviewer yang kasihan nengok aku so, nak kasik kerja kat aku. kekadang, nak aje aku apply jadi kliner. kliner pon kerja yang halal ape. jangan pandang rendah ngan mereka yang bekerja sebagai kliner eh korang. kalu dorang takde, sape nak kemas opis. sape nak cuci toilet pas korang berak? sanggop kau nak masuk toilet yang hancing, hapak, kotor?? aiyakk.. geliiii aku ! tapi kan kalau la aku dapat kerja, seronoknyerrr ! da lama giler tak soping soping. kasihan kan? de curve tuh memanggil manggil jer suh aku  abiskan duwet laki aku. tapi aku kan isteri yang baek. teguk air lior jer la.. T____________T

tapi kalau yang B pon aku on jerk. wakakaka. tapi sakit la nak bersalin. hold dulu la.. kihkihkih.

da, jangan nak percaya sangat. if betul, alhamdulillah. tapi ape ape pon kena la usaha kan. kalau tak usaha camne nak dapat. caiyok caiyokk ! 



TAPI AKU BANYAK KALI GI INTERVIEW ! APSAL TAKDAK SATU KOMPENI PON NAK HAMEK AKU?? 
**stress T______________T**



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Khamis, 27 Oktober 2011

berjimba di lumut

wakakaka... cite da basi baru sekarang kau nak reveal? ah.. biarlah. orang baru jumpe internet memang gini jakunnya. muahahaa. walaupon kisah jimba di lumut nie telah lama berlalu kira kira 3 minggu yang lepas, aku tetap nak hapdet gak. sile baca sampai lebam !

aku malas nak cite banyak. korang layan je la gambo gambo kat bawah nih. cekidauttt !


haa.. ni la pantai yang menghadap hotel aku tuh. petang petang nyaman weh. angin sopan sopan jerk betiop.. memang romantik la kalau kapel kapel tuh nak berdating kan? cam aku takda maknenyer. baru nak tunggu sunset, da laki aku ajak balek takut mia selsemer kena tiop dek angen. musnah impian... T_________T


nih kawasan pool tempat mia tunjuk skill swimming dia. ok la.ada 2 pool. satu tok kekanak satu tok yang dewasa. naseb baek masa aku stay sini takdak minah salleh sesat yang swimming. kalu idak, kompom bedarah hidung para lelaki kat sini kan? atternyer mandi berbikini. silap silap ngan idung aku skalik berdarah... muahahaa. ok. abaikan. 


pool dia ok la. tapi tak tau napa masa aku bawak mia mandi, air dier macam keruh jerk. agaknyer ramai naw bebudak bekubang kot sebab masa aku stay kat sana, ramai gak famili yang stay kat hotel nih. masa ngah bawak mia swimming nih pon ade budak cenonet swimming sama ngan bapak dia.

disebabkan datang lumut ni pon sebab folow en suami bekoje, maka waktu waktu senggang adalah telepet di bilik hotel saja gamaknya. so, takda la gamba gamba gedik kat sana sebab kalau nak berambu ramba, kereta tak ada. laki aku guna gi port. ape? kau suh jalan kaki? panas weh ! abes la lemak lemak yang aku kumpul nih ha. aset tuh. mampos. huhuhu. lagipun sian kat mia. takkan kau nak menolak stroller tengah tengah terik tuh ha ngan budak kecik? tak sanggup la aku. adalah lebih baek biarkan mia di dalam bilik yang ada EKON. sejuk gituw !

on de way nak balek, singgah jap kat taman nih. hape ntah namenyer. ada kapal laut kat situ. nak masuk 15 hengget sekepala bagi orang dewasa kalau aku tak silap. yang kekanak free kot. ntah. tak ingat aku. so, disebabkan kami pasangan suami isteri yang memegang moto "kedekut akan jadikan kita cepat kaya" maka hanya bermimpilah nak naek kapal tersebut. T___________T


haaa... tempat nih free. kau boleh la beposing sampai lebam kat situw. kasihan kiteorang kan??? wakakkkakakaaaa....

pastuh, on de way nak balek. eh, kejap. berapa banyak on de way daaaa... tak pe la. on de way kiteorang nak balek tuh, nampak signboard menara condong teluk intan. nak gi menara condong pisa mahal sangat. mati hidup 10 kali pon lom tentu dapat pegi lagik. aku yang jakun nih da tentu tekinja kinja nak gi sana. orang jakun. tak pernah nengok menara condong. maapkan lah yer. padahal kalu nampak tiang letrik condong tak pulak aku heran. muahahahaaa. so, disebabkan laki aku laki mithali walaupon agaknya dalam hati dok maki seranah aku, dia ikutkan jugak la sebab taknak aku mati ngan mata tebukak. huuu.. cuaca masa tuh tak berapa good good. hujan. tapi perjalanan tetap diteruskan ke menara condong PISAAA.. haipp.. kasik can la aku rasa ala ala gi menara condong pisa gituw.. muahahhaa


menara condong teluk intan pon menara condong teluk intan laaaa.. ape ada hal. condong gak kan? sila abaikan nyonya jual telur yang pegang payung tuh ek. :P tak dak orang pon kat sana. so, snap 2, 3 keping, kiteorang terus blah. 


so, pas blah dari menara condong tuh, kiteorang terus straight balek umah. sampai umah semua terbungkang. nak nak si mia. kemaen lagik. cam dia yang drive.

ok la. mia da bangun. nak kasik susu jap. jumpe di laen entri ya.

babai.


satu lagi contengan jiwa oleh: