Rabu, 3 Ogos 2011

da malas tapi nak jugak

sekarang tuan puteri da beradu. **hati girang. eh?** buley bemalas malasan sambil makan kentaki nengok tv.
tapi hati nak gak hapdet blog tapi malas nak mengarang. eh, berapa banyak tapi da...

ok. mia da berjaya dibutakkan 31 julai ari tuh. so, saje nak letak pic mia butak yang nampak taf tanpa rambut T___T. tapi masey comel ok. nengok la baka sapa.. ngeh ngeh ngeh...

lebatkan rambut mia? sehari sebelum dibotakkan

ibu amek gambo kenangan sebelum mia botak

ok. da botak. GAGAH sungguh anak ibu... but still cute..
^______________________^

lepas butak, tros gi umah wan.. sume gelakkan mia butak sebab nampak macho..
T_____T 



ok. da mula rindukan mia yang berambut.

rambut oh rambut. cepat tumbuh semula !




satu lagi contengan jiwa oleh:
 

luahan perasaan seorang ibu dan isteri.

hari nie aku rasa sangat meletihkan. rasa nak melepet jerk. rasa nak tegolek golek atas katil jerk sambil minum jus epal yang sejuk sambil kaki digoyang goyangkan. ok, berhenti berangan ! bulan puasa nih ! **sambil mengerling jam di dinding dan berkira kira berapa jam lagik nak berbuka puasa**

nak kata tak sahur, pagi tadi rileks jerk melantak nasik 2 pinggan dengan laok semalam yang hanya sempat dipanaskan pagi tadi. mane nak dan masak, mia buley lak tejaga pukol 5 pagi tadi. stress mana nak masak. stress mana nak jerang air lagik. stress nak senyapkan mia merengek. stress nak jagekan bapak si mia lagi. aduhh.. menangess. T____T

tadi cuba setelkan suma kerja yang tergendala. lipat baju. setel. basuh pinggan. setel. sapu umah. setel. basuh baju. setel. pendek kata sume kerja da dibereskan sebab di otak da set kalu suma kerja setel, jap gi ko buley la bemalas malasan atas sopa embuk sambil layan pesbuk.

TAPI.....

aku lupa perkara yang penting sekarang nih ! lupa pada si kecik nih.. dari tadi namo tido. nenen da. main pon udah. mandi udah. kasik nenen lagik dengan harapan si tuan puteri tido ngan amannya. TAPI.. tuan puteri kemaen segar bugar. tak jugak tido tido. menanges lagik aku T____T

kadang kadang aku rasa da takda masa langsung nak berehat. ni pon aku taip entri ngan kaki menghenjut kerusi jongkang jongkit si tuan puteri. **nasib dia diam nengok tv, kalu tak pasti air mata aku da penuh sebaldi**  ok. korang jangan salah paham. bukan aku tak iklas jaga si tuan puteri. aku sayang mia ok. lebey dari apa yang ada kat dunia nih. cuma kadang kadang aku rasa masa tok aku da tak da. sadis kan? sila menanges berjemaah bersama sama aku T___T

arghhh ! kesimpulannya aku perlukan spa sekarang !

b, sok sila cuti ! jaga mia. orang nak gi oliday !







satu lagi contengan jiwa oleh:

Isnin, 1 Ogos 2011

salam ramadhan al mubarak


wah ! pejam celik pejam celik da masuk bulan ramadhan. sekejap je masa berlalu. lagik 29 hari da nak raya.

meh sini rapat rapat dengan skrin laptop. meh aku nak cerita pasal benda benda yang berkait rapat dengan bulan ramadhan nih. yang pertama skalik, op kos la kita suma paling suka adalah BAZAR ramadhan aka tempat jual segala makanan untuk dimentekedarahkan masa berbuka nanty. sila lap air lior korang yang meleleh tuh ek, nampak naw tak kuat iman. baru cita pasal makanan da air lior meleley cam hape. **mencari cari tisu lap mulot takot kantoi ngan korang**

masa nih la kita jumpe macam macam kueh. aku paling suka kueh tepung pelita. **menanges nak tunggu berbuka** laki aku lak suke kueh akok. tak urban betol kan dier? muahahahaa. tuh belom cita pasal agar agar. ada macam macam paten agar agar nih upenyer. ada agar agar pandan**fevret aku..menanges lagik T___T**  ada agar agar buah. ada agar agar pelangi. pendek kata sumanya wat air lior ko meleley jerk la.
belom masuk bab ayam percik, ayam madu , ayam itu ayam ini.. wah ! kali nih aku betol betol menangesssss... ahahahaha

nengok lak air yang ade. memang ko pengsan dok mikirin air ape nak beli. kalu boleh setiap jenis ko nak beli satu. kemaen tamak ! alahai.. tak yah nak tipu. sebab aku pon rase camtuh jugak. muahahahaa.

kalu da napsu cam gini gayenyer, camne nak berjimat jermat? kalu da kat bazar ramadhan pon ko tak ley kawal diri cam nampak mega sale, jimat kemendernyer. skalik membeli tak sukop 2 tangan menjenjeng plastik. siap kalu buley nak sangkot kat bahu wat ala ala henbeg paris hilton **joyah mesti jaki ngan statement nih**. haishhh.. nasib aku tak gituw. pandai kan aku berjimat? untung somi aku**padahal duwet blanje somi aku yang kasik T____T**

ada orang tanam azam nak diet masa bulan pose **aku lah tuh**. tapi kalu da memborong makan cam nak mati esok, diet kemendernyer. pas bebuka, ko yang tergolek dog. kenyang cam ula sawa. pastuh sawan bila dok timbang berat bukan nyer bekurang. silap silap jarum penimbang beputar 2 kali. muahahahaa. da kenyang cam tuh, ko rase ley nak gi teraweh?? usah ko bermimpi. kalu pergi pon silap silap nak makan moreh.. ha, yang nih bukan aku eh. muahahaaha

ape ape pon, besederhana lah. jangan ikutkan sangat napsu tuh. masa lapa sume ko nak beli. sume ko nak makan. kang bila da berbuka, tak habisnyer deh.. kan da membazir. tak pe. ley simpan tok sahur**sedapkan ati sendiri** ye la tuh. kalu basi, tak guna jugak kan?

ok korang. selamat menjalani ibadat puasa. moga kali nie ibadat kita diterima Allah dan sentiasa mendapat keberkatannya. lagik 29 hari jerk nak raya. hep hep hureeyyy ! aku suka sebab raya tahun nih ngan mia. mesti bessz !

aku bizi nih. ngah list apa nak beli kat bazar jap gi.yang penting mesti ada kueh tepung pelita ngan kueh lopes. tak lupa juga kueh buah melaka. nyum nyum nyum. pastuh tekak macam nak makan roti arbak, so mestilah kene belikan? tapi tekak  nak roti jala jugak. kene beli jugak kalu tak kempunan nanti. pastuh nak basahkan tekak yang kering nih ngan air kelapa.wallawehh... pasti nyaman. dapat nasik ayam pon cara gak jap lagi. jangan sesekali ditinggalkan ayam percik. wah ! sudah mula lapar ! tak sabar nak pegi bazar !
** erk ! siapa yang napsu kuda sekarang nih ? pengsan**



satu lagi contengan jiwa oleh:

Sabtu, 30 Julai 2011

selamat pengantin baru angah.

kepak kepak kebumm kebummm** bunyi kompangg**

rasanya masih belum terlewat untuk aku wish selamat pengantin baru kat satu satunya dik bujang aku yang telah melangsungkan perkahwinan beliaw dengan isteri terchinta pada 24 julai lalu. majlis berlangsung dengan meriahnya dan alhamdulillah, semuanya bermula dan berakhir dengan meriah. tema warna umah perempuan adalah kaler pepel. orang ada tema warna. kau pon nak jugak. haruslah kan ! 4 bulan sebelom majlis da migrain pikir tema warna apa. ngalahkan artis gituw. akhirnya kami sepakat nak pakai kaler ijaw pucuk pisang. mestilah sebab ayah aku kejer jabatan alam sekitar. warna mesra alam gituw. ko hader? muahahaa.

terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan majlis tersebut, sedara mara, sahabat taulan dan rakan rakan yang bertukus lumus dan mengrah tenaga pada masa kejadian kerana tanpa anda semua tidak mungkin majlis berjalan dengan lancar.

kat bawah ada beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan tersebut

cekidaut !

selepas akad nikah... da halal da :P

majlis malam berinai di sebelah rumah perempuan 

peranten ngan mak bapak belah lelaki

kami sekeluarga :)

adik beradek peranten haruslah mencapap pada masa kejadian.. lalala

waktu bersandeng di majlis belah perempuan
santek kan kaler dier.. i loike 
pelamen dier pon gojes
kami sekeluarga
kandid ! pandang penganten sume-->>kata aku macam potograper
Alololo.. kemaen manje ko eh ngah. naseb da halal. kalu tak, da kono sosah da ekaw..

dan yang nih paling penting. tanpa dorang majlis mungkin tidak berjalan dengan lancar.
penanggah yakni orang kuat  pada masa kejadian.



 hurm.. ape ape pon, selamat pengantin baru angah dan ida. moga korang berdua bahagia selalu hinggan ke akhir hayat. akhir kata cepat cepat proses anak buah aku. baru mia ade geng nak di buli. wakakaa :)



satu lagi contengan jiwa oleh:
 

Khamis, 28 Julai 2011

semangat harimau belang.. opsss... harimau malaya


wah ! tuan puteri da titon. dapatlah mempokuskan sepenuh perhatian ngan match kejap lagik. games timbal balek malaysia vs singapore.

bedebar debar la pulak cam nak gi nikah. muahahaha. go go malaysia.. sila baham singapura.. belasah mereka cukup cukop... kami rakyat malaysia beri sokongan padu pada anda untuk berjuang ! tidak mustahil anda berjaya mencipta sejarah  mengalahkan singapore malam ini dengan sokongan padu penyokong malaysia di stadium bukit jalil malam ini. tiket 85 ribu sold out tuh ! singapore ade??

aku?? sokong dan bersorak dari rumah je la. janji ade semangat kesukanan.

mia, jangan teperanjat dengar papa dan ibu menjerit taw ! ngeh ngeh ngeh.

ok. da stat. fokussss !!!


satu lagi contengan jiwa oleh:
 

benarkah BF akan menyebabkan anda kelaparan seperti di afrika?

semenjak lepas bersalin, aku mengalami momentum kelaparan yang sama tahap dengan orang yang tidak pernah berjumpa nasik selepas terhumban di afrika selama setahun. ya ! itulah perumpamaan yang cocok dengan orang yang batak nasik cam aku sejak kebelakangan ini. **ke sebelum nih pon same?? aiseymen !**

aku pelik dengan perubahan luar biasa ini sedangkan sebelum ini rutin memakan nasik adalah seperti orang normal yang lain. kalau dulu kau makan sepinggan nasik pon da sendawa besar tp skunk kau tala 3 pinggan pon rileks jerk. siap makan bubur kacang semangkuk penuh pas tuh.

aku pelik napa setiap kali aku makan, setiap kali itu jugaklah suami aku menjegil jegilkan mata seakan akan bagi hint " oit, apsal ko makan banyak sangat ??" oh ! baru aku teringat. kan aku BF!! orang kata. bukan aku kata. orang kata bila bf kita akan sentiasa lapar.dandan jadikan BF sebagai sebab utama mengapa kau jadi jakun nasik dan sedapkan hati sendiri kenapa berat badan kau naik mendadak kebelakangan ini.

ciss !

satu lagi contengan jiwa oleh:

MIA HARI INI

disebabkan budak kecik namo tido langsung, maka aku suh die layan toys yang papa dia belikan tok dia. memula ok la. dok pegang pegang. dok gigit gigit. kau tunggu lagik seminit. meraung cam kene cubit. nak tak nak dokong je la mia sampai lebam.. ni tulis entri nie pon sambil dukong dier. taip sebelah tangan. hebat?? ko boleyy?? menangessss.....

so, td busan busan snap gambo mia... mud tuan puteri ngah baek. baru pas nenen kater..

cekidaut !!







satu lagi contengan jiwa oleh: